Super Mokh @ Istana Budaya - Teater Musikal Mokhtar Dahari

/
0 Comments

Assalamualaikum :-)

Hari ini di bawah Yes Club Malaysia, pius berpeluang ke teater musikal Mokhtar Dahari 'Super Mokh' di Istana Budaya. Tak perlu dipersoalkan lagi, memang sangat best! First class rasanya.

Kalau tahu teater ni berkenaan Mokhtar Dahari dan best pulak tu, dah tentu pius invite seorang kawan yg sangat gila pada bola. Aishhh... Ingatkan apa dia Super Mokh ni, rupanya Mokhtar Dahari. Rasa menyesal tak sudah sebab tak bawa kawan... hehehe.

Kalau saya kata best tu, memang best lah! Jangan tanya lagi, pergi terus beli tiket :-)

Lakonan awie sebagai Mokhtar Dahari, saya rasa sangat berjaya. Ditambah watak-watak lain.. adoiii yaii.. berbaloi lah.

Banyak betul nilai-nilai yang dimasukkan.. tak kurang jugak lawak-lawak sampingan. Gelak besar saya dibuatnya. Tak peduli orang sebelah lagi.  Sedey juga ada bila mengenangkan sikap penonton iaitu kita yang hanya tahu mengkritik pemain bola. Betapa sokongan dan kata-kata positiv memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Peringatan, janganlah kita sesedap hati menilai dan mengkritik sesuatu tanpa kita tahu situasi yang sebenarnya. Siapa kita untuk menilai? sedang diri kita juga kita tidak tahu apa nilai dariNYA. Eee... emo pulaak. Semangat juang yang ditunjukkan begitu menaikkan semangat, seolah saya pulak nak masuk padang. sorakkan sama. hehe.

Banyak.. sangat banyak nilai yang ada..  Kisah Mokhtar Dahari.... uishh.. ni baru kisah Mokhtar Dahari, dah rasa best sangat.. belom masuk lagi kisah sahabat-sahabat Nabi yang hebat perjuangannya. Mesti lagi best lah. Hee. peace no war :-)

Nati saya update 'charity day nurqilan kasih viva palestine' . saya tunggu gambar. Takde gambar tak seronok nak bercerita :-)  heee. Tunggu kelapangan ye.



No comments:

Powered by Blogger.