Assalamualaikum :) waalaikumusalam *jawab sendiri*

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu entry apa yang ingin saya karang pada kali ini. Bila tidak menaip seakan banyak sungguh perkara yang ingin dikongsikan tetapi bila sahaja jari menyentuh papan kekunci *hehe* terus lenyap semuanya.Yang mana terlintas...

Insya Allah, 5 hari lagi kita semua akan bergerak ke tahun baru 2014. Alhamdulillah, 2013 tahun yang penuh dengan pengajaran serta ilmu. Saya yakin di setiap perjalanan suka dan duka saya tersimpan hikmah yang sangat besar. Seseorang pernah berkata pada saya.. "pandanglah pada hikmah, belajar daripadanya"... Sungguh, pandanglah pada hikmah.. belajar dari situ...

Sungguh, saya gembira dengan penghujung 2013 yang saya lalui.. :) Saya gembira Allah pertemukan saya dengan sahabat yang sentiasa mengingatkan saya.. dan saya rindu self programming :) saya rindu segala positivity yang saya dapat 2-3 bulan ni...

broga
saya rindu Puncak Broga..

saya rindu Ya Hanana.. 

 Allah, Saya rindu charity day di Putrajaya..

Awal tahun sinonim dengan AZAM baru, MATLAMAT baru tetapi saya masih dengan MATLAMAT saya yang satu, masih sama seperti dahulu. Cuma akan lebih diperkemaskan dalam MKB hujung bulan ni.

Akhir sekali.. perkongsian dari seorang rakan.. moga dapat manfaat.


Assalamualaikum :-)

Salam sejahtera pembuka kata, malam ini kita pakai kaca mata.  leerrrrr... 

Lama rasanya tidak mengupdate blog jika dibanding dengan sebelum ini... sekejap sekejap, buka blog. now, nak tulis tajuk pun malas. Nak menaip pun malas.. sekejap lagi tengah menaip, tidurrr...  semua dah campak ke mana...

Haa.. bai la.. negetip sangat entry ni.. hahaha..

nati ada idea nak menaip, baru up aktiviti.. banyak nak taip..

Raise your hand, Alhamdulillah....

Alhamdulillah, selesai millionaire day untuk malam ni :) Millionaire day lebih senang diringkaskan sebagai hari perkongsian dari mereka yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi. Jika sebelum ini kita berkongsi pengalaman dan tip-tip berjaya dari Miss wani (Qatar airline) En. Solah ( tak ingat apa, yg berkaitan dengan kereta, restauran dan perniagaan lain), hari ini kami berpeluang mendengar sendiri pengalaman dan 'passport to success' yang dibentangkan sendiri oleh pengasas 5 best, Tuan Haji Azmi di rumahnya sendiri.  

Perkongsian yang sangat membuka minda dan menarik dari Tuan Haji Azmi, sangat memberi inspirasi. Alhamdulillah untuk ilmu yang diberi :-) Okay saya sharing sedikit ilmu yang saya dapat sebentar tadi.

Antara kunci kejayaan, PASSPORT TO SUCCESS adalah 

HIJRAH. SOLAT MALAM. PERBAIKI DALAMAN IAITU KEROHANIAN. TAKWA. QONAAH. WARAK. YAKIN.

Banyak input hari ni dan dari kebanyakkan perkongsian yang saya terima, kunci untuk berjaya adalah satu, kembali pada Allah S.W.T. Siapa yang memberi rezeki dan kekayaan itu? Renung-renungkan.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Semua orang dah tahu akan kunci rezeki ini, tetapi masih tidak bergerak ke arah itu. Terasa berat untuk buat. Jom sama-sama kita bangunkan hati kita yang masih tidur ini! Bermula dengan perkara-perkata kecil yang membawa kebaikan. Kuatkan hati! ESOK, ada benda baik akan berlaku, BESOK!

Banyak sungguh rezeki yang Allah beri pada malam ni. Ilmu, rakan, makan.. hehehe.. Sudahlah dapat ilmu, dijamu makan pulak. Alhamdulliah :-) 



Assalamualaikum :-) 


 Alhamdulillah, yeay yeay yeayyyy selesai hiking di Bukit Broga. Smile :-)
 
Seawal pukul 2.30 pagi, saya dan dua rakan yang lain bangun untuk bersiap. Malamnya memang saya tidak lena.. hati penuh excited memikirkan agenda pada pagi harinya. Walaupun ini kali kedua saya ke Broga hill tetapi saya tetap teruja mengenangkan tentativ yang telah di atur. Perkara yang tidak pernah saya lakukan dan ternanti-nanti.

Powered by Blogger.