Millionaire day : Passport to Success

/
2 Comments
Raise your hand, Alhamdulillah....

Alhamdulillah, selesai millionaire day untuk malam ni :) Millionaire day lebih senang diringkaskan sebagai hari perkongsian dari mereka yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi. Jika sebelum ini kita berkongsi pengalaman dan tip-tip berjaya dari Miss wani (Qatar airline) En. Solah ( tak ingat apa, yg berkaitan dengan kereta, restauran dan perniagaan lain), hari ini kami berpeluang mendengar sendiri pengalaman dan 'passport to success' yang dibentangkan sendiri oleh pengasas 5 best, Tuan Haji Azmi di rumahnya sendiri.  

Perkongsian yang sangat membuka minda dan menarik dari Tuan Haji Azmi, sangat memberi inspirasi. Alhamdulillah untuk ilmu yang diberi :-) Okay saya sharing sedikit ilmu yang saya dapat sebentar tadi.

Antara kunci kejayaan, PASSPORT TO SUCCESS adalah 

HIJRAH. SOLAT MALAM. PERBAIKI DALAMAN IAITU KEROHANIAN. TAKWA. QONAAH. WARAK. YAKIN.

Banyak input hari ni dan dari kebanyakkan perkongsian yang saya terima, kunci untuk berjaya adalah satu, kembali pada Allah S.W.T. Siapa yang memberi rezeki dan kekayaan itu? Renung-renungkan.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Semua orang dah tahu akan kunci rezeki ini, tetapi masih tidak bergerak ke arah itu. Terasa berat untuk buat. Jom sama-sama kita bangunkan hati kita yang masih tidur ini! Bermula dengan perkara-perkata kecil yang membawa kebaikan. Kuatkan hati! ESOK, ada benda baik akan berlaku, BESOK!

Banyak sungguh rezeki yang Allah beri pada malam ni. Ilmu, rakan, makan.. hehehe.. Sudahlah dapat ilmu, dijamu makan pulak. Alhamdulliah :-) 





2 comments:

Juliet ❤ said...

http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/12/giveaway-giga-join-win-by-wanie-putri.html

TAG AWAK

Pius xtau said...

juliet.... baru bukak full blog harini... :)

Powered by Blogger.