Sedamai Puncak Broga dan Sungai Tekala

/
0 Comments
Assalamualaikum :-) 


 Alhamdulillah, yeay yeay yeayyyy selesai hiking di Bukit Broga. Smile :-)
 
Seawal pukul 2.30 pagi, saya dan dua rakan yang lain bangun untuk bersiap. Malamnya memang saya tidak lena.. hati penuh excited memikirkan agenda pada pagi harinya. Walaupun ini kali kedua saya ke Broga hill tetapi saya tetap teruja mengenangkan tentativ yang telah di atur. Perkara yang tidak pernah saya lakukan dan ternanti-nanti.


Saya bawa dayah dan ain tidur di rumah agar mudah perjalanan pergi nanti. Yang lain akan berkumpul berdekatan masjid negara.
 
Selepas masing-masing mengisi perut di restaurant berdekatan masjid negara, kami mulakan konvoi 4 buah kereta yang diketuai oleh akmal. Kereta saya meriah dengan ain, dayah, acap dan juga wan. Lebih kurang pukul 4 kami mulakan perjalanan dan sampai di kaki bukit lebih kurang pukul 5 pagi.
 
warming up serta bacaan doa.
 
Pagi tu cuaca sangat baik serta langit cerah dengan bintang bertaburan penuh ruang angkasa. Ya Allah, saya sangat suka pemandangan itu. Sangat suka sehingga langit bilik saya juga penuh dengan bintang. ermm.. palsu. Takpe, terubat juga kerinduan saya walau itu semua hanyalah bintang palsu. huaahhh.. teringat pengembaraan zahariz dan juga basikalnya. Perjalanan yang sangat indah. Bukan senang nak lihat pemandangan sedemikian rupa bila kita sudah biasa dengan silauan lampu-lampu neon dan mentol dan adik beradiknya. Jadi, dalam pikiran saya.. waktu terbaik untuk lihat bintang di langit adalah sewaktu 'blackout' dimana mata kita tidak disilaukan oleh cahaya lain. Waktu itulah langit sangat cerah di mata kita :-)  Subhanallah. Sangat cantik!
 
Bila mata dah dikaburi, langit yang cerah juga kelihatan pudar dan tidak bersinar. Dalam pemahaman tu :-)
Juga teringat saat di atas bukit di kampung lebok mela, jerantut pahang. Ya Allah... tak dapat saya gambarkan betapa penuhnya langit yang luas itu dengan bintang. Ya Allah. Rasa nak baring atas kereta je masa tu. Maha Hebat CiptaanNYA.
 
panjang jadinya bila cerita pasal bintang.. hehehe...
 
Seperti yang diatur, kami sampai ke puncak broga selepas beberapa minit azan di handphone berbunyi. Dan waktu itulah bermulanya detik-detik yang saya tunggu iaitu solat subuh berjemaah. Memang itulah yang membuatkan saya teruja untuk pergi hiking buat kali keduanya. Jika sebelum ini saya hanya solat di bawah tetapi kali ini di puncak broga. Buat pertama kalinya berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit.
Itu pengalaman pertama buat saya.. waktu tu tak peduli lagi apa orang sekeliling buat, cakap dan lihat. Saya hanya mahu ambil wuduk dan solat berjemaah bersama rakan lain. Tidak mahu saya lepaskan peluang yang ada.
 
Sejadah dibentang, telekung disarung, azan dilaungkan oleh acap. Memang waktu itu semua yang ada memperlahankan suara masing-masing sehingga terdengar saya akan suara mereka 'shhh azann'. Ya Allah.. sewaktu solat juga ada beberapa orang lain yang turut serta berjemaah.
 
Pengalaman yang indah.. kelakar juga ada.. sebab masa nak sujud tu.. terasa macam nak terbalik.. hahaha.. sebab tempat kami solat agak condong sedikit ke bawah...   apa-apa pun, Alhamdulillah, selesai solat subuh pagi tu.
 
Selesai kami solat dan doa, sekumpulan lelaki lain mengambil alih tempat tersebut untuk solat berjemaah. Ramai... bukan sedikit. Ya Allah, best tengok orang jemaah.
 
Sementara tunggu sejadah, kami berkumpul setempat membincangkan plan seterusnya.

suasana pagi

di sebalik bukit

 Waiting for sunshine dalam suasana angin damai.. macam titanic ma..


yeaaaayyyyyyyyy
panjangkan entry kali ni... heeeeeee..... senyum :-) belom masuk sungai tekala lagi ni.. hehehe

wajah-wajah gembira
wajah orang demam :)

heeeeee
bersama extrajos..hahaha... happy noh muka mereka
going back
Dan pendakian kali ini membawa saya ke puncak ke-3, yeaayyyyy.. hehehe.. sebab tak jejak lagi dekat situ.

Thank you Allah.... Thank you Allah..

Tak banyak gambar, bateri kamera habis pulak. Menunggu gambar lain dari yesclub malaysia.. panjang pulak nak sambung mandi manda di sungai tekala. sambung next entry...

p/s: nak join bersama saya? jommmmmmmm....


No comments:

Powered by Blogger.