A thousand star dreaming!

/
0 Comments
Assalamualaikum

hehe tajuk jer omputih, isinya melayu. takut kang kalau tulis omputih korang pulak tak paham. aku yang tulis ni lagi pusing-pusing.

Tiada cerita menarik sebenarnya nak share, kalau ada pun dah basi (tunggu gambar tak kunjung tiba). hehe. Tapi rindu sangat nak menaip panjang-panjang. Rasa tak puas nak menaip, taip jugak walaupun kadang-kadang entry tu bukan-bukan jer. Haha.. itu namanya entry hentam kromo serta entry lepas perasaan.

Aku rasa ramai jer dalam dunia ni yang sangat suka pada bintang. *high five! sama lah kite* Aku pun tak tahu sejak bila aku suka dengan bintang.. aku suka bintang ke? rasanya aku suka langit yang penuh dengan bintang la.. kalau orang suka bintang, mesti nama-nama bintang semua dia tahu, kan? tapi aku nama bintang pun tak tahu. hehe.. setakat polaris tu tau la, tu pun sebab tengok winter sonata. hik! yela, aku rasa aku suka langit yang penuh dengan bintang. Kalau suka bintang mestilah suka kalau ternampak bintang sebutir dekat langit. Aku kalau langit penuh dengan bintang baru rasa nak terlompat-lompat. Eh, dah conpius la..

Haha.. dah kenapa nak conpius. Yang pasti pius suka tengok langit yang penuh dengan bintang.

Mata pius ni silau sikit waktu malam, jadi kalau tengok langit tu selalu rasa tak puas. Lampu kiri kanan banyak sangat sampai silau mata nak tengok ke langit. Sebab tu pius selalu teringin nak pergi camp site yang boleh nampak langit yang luas. Jauh dari silauan lampu. camping atas bukit pun best jugak kan. Lagi best kot rasanya. Owhh... terbayang je pun dah buat pius rasa teruja. hahahahaahaha. Haritu ke Broga hill, memang rasa puas sangat. Sebab waktu tu langit penuh sangat dengan bintang. Subhanallah... rasa nak baring tengok langit time mendaki tu jugak. Ya Allah.. cantik!

Zahariz : Dengan Basikal aku menjelajah
Disebabkan aku suka sangat dengan langit yang penuh dengan bintang, langit bilik pun pius hias dengan bintang. Glow in the dark tu kan.. time sekolah menengah dulu, kalau ada jer duit lebih mesti pergi kedai beli bintang glow in the dark tu. Bintang tu size kecik sangat, adalah dalam half 10sen size dia, ke lebih kecik! memang terasa macam langit betul bila lampu bilik dipadam. huhuu..murah je dulu, 20sen sepaket kecik. Dalam tu tak pasti ada berapa, 10 agaknya. Belilah sikit-sikit sampai penuh langit bilik. Punya suka nak tampal kat ceiling rumah. Sampailah one day, bilik tu disapu cat....~ dengan bintang-bintang tu pun kena sapu. Yela, macam mana nak cabut satu-satu bintang tu dekat ceiling? Dah la time nak lekat tu bukan main guna batang penyapu. letak bintang dekat hujung penyapu, panjat kerusi.. lompat!!  haha, korang boleh bayangkan ke?... dekat belakang bintang tu memang beli siap dengan gam belakang dia. Nasib baik la tak berlubang ceiling rumah tu.

dekat mana nak carik bintang yg kecik ya? dekat luar banyak besar-besar la. tak cantik.
contoh....
Sekarang dah ganti dengan bintang baru, tak jumpa bintang kecik tapi boleh la daripada takde kan..

:) :) :) korang bayangkan lah pius tengah senyum lebar time taip entry ni. dah macam syok sendiri..

Heeee.. entahlah.. suka sangat la. sampai rasa nak beli rumah yang ada rooftop garden. Nak tatap bintang sangat kan.. tak kiralah rumah jenis apa, janji atas rumah boleh naik. hahahahahahaha.. adoiiii la.. berangan tak ingat. takpe, kita program diri kita dengan angan-angan ya :) kita adalah apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat. so, start dari berfikir dulu.. hehe. (Fikir, rasa, cakap, buat = itu semua Doa)

okay, nak rumah macam ni!
Sabar hati, nati kita pergi camping ya :)

Bai.. Ingat, kita sama-sama baiki dalaman diri ya :) hope you find your way, take care :) take care.



No comments:

Powered by Blogger.