Mencari yang namanya UMAR

/
0 Comments
Assalamualaikum..

Lama pius teringin menaip mengarang panjang lebar, rindu sangat...  itunya tiba-tiba sahaja teringat akan adik UMAR. Saya pasti dia seorang adik :) Harap korang tak salah anggap ya baca cerita pius ni. Hehe. Cerita jer.

Bagaimana saya tiba-tiba boleh bertemu dengan yang namanya UMAR ini? Bukanlah tiba-tiba, tapi bertemu UMAR ketika Majlis Jualan Amal untuk GAZA di Putrajaya. Seingat saya Perdana Global peace Foundation (Pengasasnya Tun Dr Mahathir) yang menjemput untuk sama-sama menyertai Majlis Amal ini. Majlis ni berlangsung selama 3 hari dan hari terakhir adalah hari kemuncak acara iaitu makan malam amal. Entahlah, dah lupa sebab gambar yang ada pada saya cuma sedikit.~ mengeluh.

paling awal bukak Booth :) , masih kosong :)
Banyak booth menarik dekat sini, antaranya booth yang paling kerap saya singgah adalah booth ________ tak ingat nama. Hahaha. Tapi yang pasti booth tu belakang booth saya jer. Banyak tulisan khat dekat booth tu, sebab tu saya tertarik.. belajar macam mana nak membaca khat khufi. Hehe.. bukan mudah :) dan paling saya seronok tengok orang lain tulis khat. Leka saya dibuatnya.

Cantikkkk... hadiah buat saya :) tq ustaz
Hari pertama majlis, masih belum ramai yang buka booth jadi saya banyak tertumpu pada booth tulisan khat tadi. Dan dekat booth tu la saya bertemu yang namanya UMAR itu, tapi saya macam biasa saja. Masa terus berlalu *ewahh* dan barulah saya tahu yang namanya UMAR itu pun pandai menulis Khat. Booth dia sebaris dengan booth saya cuma selang satu meja sahaja. Bila ada pelanggan menempah nama untuk ditulis di booth UMAR, saya akan turut menyinggah, Sebab saya suka tengok orang tulis khat. Cantik sungguh!

Hari pertama berakhir dengan lancar beserta sedikit kerisauan, sebab besoknya hanya saya seorang sahaja perempuan yang hadir. Tapi saya pergi juga memikirkan janji saya untuk membantu selama 3 hari. Tambahan saya suka dengan environment serta ilmu yang saya dapat sepanjang majlis.

Hari kedua juga kami buka booth awal, dimana dewan masih kosong. Disebabkan masih awal dan tak ramai orang datang menyinggah dan membeli, saya decide bawa baju-baju (jualan) untuk diseterika dalam surau. Entah berapa lama saya duduk iron baju.. selesai sahaja terus saya kemas semua barang dan bergegas keluar. Waktu tu banyak booth dah buka termasuk booth baru. Waktu itulah mata saya melilau.. sambil jalan (pegang baju berhanger) melihat dari jauh ahli kumpulan saya yang dah hadir. Memang fokus saya pada booth sahaja.. dan tiba-tiba saya tertoleh kanan.. terlihat UMAR memandang saya dengan muka yang agak pelik. Saya senyum nipis dan terus berjalan.

Hari kedua inilah baru saya betul-betul sedar ada hamba Allah bernama UMAR dekat situ. Tak..tak.. rasanya masa ni saya tak tahu lagi nama UMAR. Cuma sedar akan kehadirannya. Disebabkan tak tahu nama, saya gelar dia ustaz sahaja memandangkan dia berperwatakan seperti itu :)

Hari kedua majlis, saya sedar.. UMAR banyak tersenyum. Sama ada senyum pada saya atau Idris (pooh), itu saya tak pasti. Mungkin pada idris..

Idris turut bercharity :)
Sampai la masuk waktu untuk solat, semua rakan saya (lelaki) bergerak pergi masjid besi. Disebabkan saya tidak boleh solat, maka saya suruh semua pergi. Tak payah gilir-gilir tunggu dekat booth sebab saya okay je sorang dekat sini. Bosan-bosan boleh berborak dengan ahli-ahli booth yang lain. Time tu la UMAR datang.. belek-belek t-shirt gaza... saya tak faham sangat apa dia kata sebab suara dia perlahan. Saya dengar sedikit ajer waktu dia membayar duit t-shirt gaza tu.. kalau tak silap saya, dia berkata sesuatu berkaitan dengan kehadiran saya pada hari kedua ni. Something yg macam.. "ingat tak datang harini, sebab sorang je perempuan" something like that la.. saya seperti biasa senyum ajer. Mungkinlah sebab tu lah muka dia sedikit pelik waktu tengok saya awal pagi hari kedua tu. Dia tak jangka saya datang..

tulisan khat UMAR
Perwatakan UMAR ni sangat buat orang lain sejuk mata melihat.


Hari ketiga iaitu hari terakhir majlis adalah hari paling meriah. Semua booth ada, malah malamnya ada Majlis makan malam Amal Nurkilan Qaseh. Cuma waktu ni saya lihat umar dah tak senyum lagi. hahaha. Hari ketiga semua ahli group saya puasa kecuali saya yang tidak boleh berpuasa. Dah lupa hari apa, kalau tak silap saya puasa hari asyura. Waktu berbuka tu, semua siap sedia air untuk berbuka. Azan berkumandang.. rupanya ahli booth umar juga berpuasa dan dorang pun tertanya-tanya.. korang puasa ya? lebih kurang lah pertanyaan itu. Dah beberapa bulan berlalu, saya pun dah lupa apa yang diperkatakan. Mungkin dorang terkejut agaknya lihat rakan-rakan (lelaki) saya berpuasa pada hari tersebut yang rata-ratanya kelihatan seperti budak nakal. haha.. maafkan saya.

Hari terakhir baru saya berpeluang berborak dengan umar, memandangkan semua dekat situ dah saling mengenali dan mesra kecuali umar. Semua dekat situ saya tegur dan berborak mesra.. sampaikan sebelum balik ada makcik singgah booth, masih makcik ingat akan nama saya :) Subhanallah, terasa best! hehe..

Hari terakhir ni memang lama saya berborak dengan umar dan kebanyakkannya pasal kerja, pasal yayasan ___ tempat umar bekerja. Pasal software..

Banyak benda yang buat saya rasa UMAR ini special.. tapi tak mampu saya cerita melalui kata-kata sahaja. Saya suka perwatakan yang bernama umar ini. Saya gembira mengetahui persekitaran tempat umar bekerja. Bagi saya, dengan siapa kita berkawan, bagaimana persekitaran kita, apa aktiviti kita.. semua itu menunjukkan kita ini orang yang bagaimana. Sedikit sebanyak, itu semua mencerminkan diri kita.

saya doakan umar dapat yang terbaik dalam hidup :)

Persoalannya siapa bakal "umar" dalam hidup saya???  terus terasa kalau ada anak nati nak letak nama umar, harap saya dapat didik anak saya menjadi sebaik peribadi umar. Insya Allah :)

Let's Improve ourself :) Jom perbaiki dalaman diri kita :)

Just a story  to keep me writing.. Best story should come from heart :)


No comments:

Powered by Blogger.