Panadol

/
0 Comments
Assalamualaikum

Apalah agaknya fairus jaafar ni nak update dengan bermodalkan tajuk panadol. Hehe :) Btw, Selamat tahun baru semua :) masih belum terlambat rasanya nak wish tahun baru.

https://www.facebook.com/kalerfess
pinjam kalerfess punya banner :)
 Seperti awal tahun sudah, permulaan tahun ini juga pius demam :) Kenapa mesti awal tahun baru? Sudah menjadi pattern agaknya. hehe.. Takpe, syukur.. ini semua kan penghapus dosa-dosa kecil. Insya Allah.

Itu yang tajuk secara tidak langsung bertemakan demam.. panadol. Jarang sebenarnya nak makan panadol time tak sihat badan, selalu rehat baring-baring je. Kali ni makan jugak lah.. kunyah-kunyah... hehe.. entah lah, kalau makan panadol mesti nak kunyah. Pahit?? tu la korang.. betapa nikmatnya gigit panadol yang pahit tu..tau.. Terkejut kawan bila tengok pius kunyah panadol.. alaa... pahit je pon.. tapi yang bestnya, air masak/mineral yang kita minum selepas tu terasa sangat manis. Korang tak tahukan... cubalah. tak tipu!

Permulaan 2014, pius mulakan dengan resolution 2014 iaitu mission board untuk 2014 hasil dari MKB haritu. Korang pun buatlah mission board korang dan lihatnya tiap-tiap hari. Senang jer.. ambil cardboard dan tampalkan gambar berkaitan misi anda. Mesti korang tertanya kan, kenapa gambar? dan kenapa kena tengok hari-hari... senang jer. tu salah satu cara untuk kita program mind kita dengan apa yang kita inginkan. Pius nak terangkan lebih-lebih tak reti, kang takut korang bertambah tak paham.

Itu jugak lah cara pius time belajar dulu.. tampal besar-besar "DEKAN" dekat meja study. Biar bangun-bangun je terus nampak, hari-hari tengok. Secara tidak langsung nanti, kita akan bekerja ke arah mencapainya. Insya Allah.

Ya Allah, dah pukul 12.30mlm.. tak perasan masa langsung. cepat sangat masa berlalu...

okaylah.. jumpa next time. Insya Allah.





No comments:

Powered by Blogger.