Yes Apprentice : Street Challenge

/
0 Comments
Assalamualaikum :)

Pada hari sabtu lepas, pius join Yes Club Malaysia dan aktiviti minggu itu adalah Yes Apprentice. Cabaran kali ni, peserta perlu menjual produk masing-masing di tepi jalan iaitu berdekatan Lowyat, Sungai wang dan Pavillion.. Jualan tertinggi pada hari itu akan dinobatkan sebagai pemenang. Untuk program ni pius satu group dengan dayah dan kak aida. Serius! tak tahu nak jual apa. Malam sebelum apprentice baru decide nak jual makanan. Teruja, neves semua ada... benda tak pernah buat selama ni! Nak kena approach orang untuk beli barang kita.. tak boleh bayangkan... Dalam fikiran pius "macam senang je".. sebab dah biasa dengan perkara tu semua masa join Yes Charity.

Group pius ditempatkan berhampiran sungai wang.
 
  
Group niki, ayu and the geng
Nampak macam senang je kan nak jual barang tepi jalan kan.. tapi hakikatnya bukan mudah. Tambah-tambah tengah K.L ni kan, owhh... tak sangka orang bandar macam ni.. huahhh... nanges. hahaha. Jauh beza dengan Kota damansara, senang nak approach orang. senang nak ajak borak dengan orang. Dekat sini.. dia pandang sebelah mata jerk.. jerk..  

Penat approach orang, berhenti rehat.
Apprentice ni sampai pukul 3 Petang. Dan yang bestnyer.. satu apa pun tak terjual.. hahahahahahahahahahahahahaha... Bukan senang. Antara cabaran yang perlu korang hadapi, kena halau dengan polis, kena reject, reject dan reject. Lepas tu tak leh bukak booth. Bag duit korang tk boleh pegang langsung. Pihak pengurusan yang pegang sepanjang program berlangsung. So, korang kena survive dengan produk korang sahaja. Huhukhuk..

Pemenang untuk program ni adalah kumpulan Ain dan Faiz dengan jualan berapa ratus tak ingat. Produk dorang adalah cupcake yang sangat la comel, gebu dan mengiurkan. Lupa nak ambik gambar.

First time join aktiviti macam ni memang sangat la mencabar bagi pius. Walaupun belom berjaya sepenuhnya untuk runtuhkan tembok diri tapi banyak perkara yang pius dapat dalam aktiviti ni. Pius sempat berkongsi cerita dan pengalaman bersama peserta baru yang join event yesclub.  Dorang semua memiliki perniagaan sendiri dan Insya Allah, usahawan berjaya. Pius doakan. Doa kan pius sama :)

Banyak tips pius dapat dari korang semua :)

Berangin
Balik dari program, pius n dayah terus singgah tasik.. ambik angin dan makan-makan. Jangan tanya mana datang makanan tu.. hahaha. :p


Itu jela, update. Tak sempat nak update aktiviti lain. sebab takde gambar. Ni pun nasib pius bawak kamera. hehe.


No comments:

Powered by Blogger.