Assalamualaikum :)

Buat apa tu? Skodeng blog kita ya.. : ) huhu..

Semalam sebelum tidur bosan pulak rasanya, padahal masa tengok tv mata dah berat sangat. Dah cuci muka semua, segar pulak. Buka la almari cari bahan bacaan.. terjumpa lah jurnal inspirasi diri ni haa.. time beli dulu berkobar la buat.. lama-lama tinggal almari yang guna. Ni namanya hangat-hangat taik ayam.. ngeee..


Okay la.. kita letak la atas meja, biar selalu nampak.. takdelah lupa nak tulis. Orang lain dah bertukar buku dah, kita satu ni pun tak habis lagi. Buat kerja tak konsisten.. apa ni piuss.. tapi baca balik tulisan lama kelakar pulak. Ishh malu jer kalau ada orang baca.. hahaha.


Kadang nak buka buku tiap-tiap hari malas.. senang saling ayat-ayat tampal dekat board.. biar penuh. Senang nak tengok tiap-tiap hari. Bajet macam sibuk sangat duduk dalam bilik buat kerja, rupanya dok menampal notis.. bz la jugak tu.. kita memang suka poyo2 macam buzy sikit. Huhuuu.. bz ni bz..

ni pun buat-buat bz..

mak : fairuz, buat apa? (niat nak suruh buat kerja)
pius : Tengah buat kerja ni mak. ( Padahal dok menaip blog)



Takde apa nak ditaipkan sebenarnya.. tengah menunggu orang.. 

Pius :Okay, konsisten buat nak tengok hasilnya pada diri.
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, lagi sekali Allah izinkan untuk ke majlis Selawat dan qasidah (acara bulanan) anjuran Richwork. Kali ini dekat Masjid yang baru dibina di seksyen 13 Shah Alam. Cantik masjidnya.

Penggunaan khat kufi


 Dah ada gambar ni barulah seronok nak update blog. huhuu.

Dapat duduk depan :)
Selepas solat insyak, semua berkumpul diluar perkarangan masjid. Keluar lambat sikit sebab sibuk nak ambik gambar. Tapi dapat juga duduk depan.. makcik shiera (hehe) tolong tengokkan tempat kosong. Jadi dapatlah auntie pius (nama glamour sikit) dan mak duduk depan. Dah hampir pukul 12, majlis tamat. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu.

Sharing is caring
Sama macam sebelumnya, makan nasi dalam talam tapi kita girl2 makan sikit tak habis. Next time satu talam makan 6 orang.

dah jadi makcik da kite ya...
Habis majlis singgah sekejap dekat booth jualan, sempat la beli kayu siwak, habbatus sauda dengan cd qasidah. Tak pernah guna kayu siwak tu sebenarnya.. baru nak cuba..



Rasanya pelik-pelik sikit la.. :)

Bulan Mac ni ada Majlis Selawat Perdana dekat Putrajaya.



Pius: Usaha perbaiki diri, Insya Allah.. yang buruk akan berlalu pergi dan yang baik akan datang pada kita.
Assalamualaikum :)

Di kala pagi embun nan sejuk, aku disini menaip entry.. madah-madah sikit. huhu. Baru berpeluang buka blog harini, ni pun dah pukul 3 pagi. sob sob sob.. nak main game pun dah tak sempat sekarang, apatah lagi melayan cerita korea mahupun runningman. hehe, nampak nau la masa banyak habis ke tv. kuikuikui.. takk.. dah tak sempat dah nak tengok tv sekarang.. nak online pun kena pikir 2 3 kali.

Harap lepas ni dapat susun jadual, takde lah buat kerja sampai lewat pagi.. heeeee.. Insya Allah, tengah sesuaikan diri. Tu yang cari kacip kak timah tadi buat penahan tidur tapi kacip tu rasa tak sedap, macam dah lama. 

nanti nanti nanti nanti sambung cerita.. banyak benda nak taip tapi dah lupa bila kejadiannya.. haha. nanti lah kita :)

Pius: Lagi 3 jam nak subuh :)
Assalamualaikum

Ayoooo.. tak sempat nak update (alasan dah lapuk) sekarang ni. Tangan gatal-gatal..hehehe..  kena taip laju-laju sebab nyamuk banyak sangat. Tak sempat taip 100 patah perkataan dah kena gigit-gigit. Ya Allah, berapa banyak protein yang hang nak ni wahai nyamuk!! Dah macam nak cabut pc ni masuk kelambu dah.. nasib dalam kelambu takde plug, kalau tak dah bawa masuk dah ni. Industrial take note! ini satu masalah besar ni...  huhuuu..

PPPSSsss sssss  PPPSSsss sssss *spray nyamuk - nasib spray nyamuk sekarang ni dah wangi.

Sebenarnya ada je upda *plap! tepuk nyamuk* huuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

ada je update entry rasanya dah nak masuk entry ke 4 tapi hold dulu masuk draft... haha. Tak tau bile nak upkan entry tu. Tunggu masa sesuai baru kita kasi up.. ngeeeee.... May Allah bless us :) to follow this journey.

okay, nebes nebes

Pius : Let's follow the Sunnah :)
Assalamualaikum.... kom apa? kombet, bet apa? betman, man apa? mentol.. lalalala.. sendiri sambung...

Alhamdulillah untuk hari ini.

Hik, tangan bau majerin.. sedap! rasa nak makan tangan sendiri. hahahaha.. I'm just happy :) :) nak senyum bebanyak. Seronok pula harini dapat membusykan diri with a great result! ermm... 90% la great, tak semua tapi still belajar banyak perkara harini :) Huahahahaha.. nak gelak, nak senyum.. nak geletek diri sendiri.

Entah la korang, selalu aku pikir.. kenapa laluan hidup aku macam ni dan macam tu.. mencari apa hikmah disebalik setiap perkara yang terjadi dan belajar dari situ. Time goes by, pius mula menyedari banyak perkara... 'owwhh... patut lah itu terjadi... owh.. agaknya sebab inilah semua tu terjadi ' . I learn many thing from that. searching for hikmah, anything happened with a reason. I believe that. Walau pahit sekalipun sesuatu perkara itu, pasti hikmahnya memberi banyak kebaikan kepada kita. Allah sayang kita :) kita patut bersyukur.


Pernah tak korang terfikir kenapa waktu kita belasan tahun dulu, parent kita akan pantau dengan siapa kita berkawan. Kalau boleh tak nak kita berkawan dengan orang yang tak tentu arah. Sebenarnya siapa kawan kita melambangkan bagaimana diri kita juga. Jika pemikiran kita matang, kita lebih suka berkawan dengan mereka yang berfikiran matang. Jika kita kepala masuk air, dah tentunya kawan kita juga sejenis. hehe. Kita akan terdorong kepada sesuatu yang kita selesa. eh! dah la. tiba-tiba je masuk bab semua ni. Topik rambang sangat. entah korang paham ke idok...

Kesimpulannya, Jom Baiki dalaman diri :) Bak kata Prof Dr Muhaya, Celik mata resit minda - Jom fahamkan betul2 :)

kan.. penutup takde kena mengena dengan tajuk... hahahahahaha. owh lupa, sedap!

Assalamualaikum

Belajar buat costing.. hukhukhuk... Macam ni rupanya orang buat kerja, kena kira harga satu-satu.. Okay, belajar benda baru :)

On the right track, Insya Allah.
Assalamualaikum

Allah..

I just found myself in love with your truly meaningful love. It's the meaning of love? If yes, I should Bersyukur a lot because i already have it!

Pius: Just in front of me!!

Allah, permudahkan urusan kami. Jadikan lah langkah ini permulaan bagi kami untuk memperbaiki diri menuju ke arah MU. Allah..

Terasa hampir...

:)

We should start appreciate people around us, Lets start today :)

Powered by Blogger.