Assalamualaikum..

Yeahh isnin.. hehe..

Semalam pergi putrajaya, hot air balloon. tapi takde mood nak update pasal belon-belon panas. huhu.. Banyak sangat aktiviti dekat sana, yang seronoknya layan anak buah la , nak main itu ini. Lain kali la update, itu pun kalau rajin.

Disebabkan semalam jalan banyak sangat.. balik tu singgah kedai beli koyok.. hehe.. sebab tau malam kang nak tido mesti sakit kaki, lenguh bahu.  Berdenyut-denyut tak lena nak tidur nati.. belilah sekotak ada 10 keping. Tampal satu badan..

Time tidur tu terjaga sebab dengar macam orang ketuk lantai bilik.. entah mamai ke mengigau ke.. dengar macam orang ketuk lantai guna kayu.. rumah pius lantainya kayu.. jadi kalau ada orang ketuk2 ni dengar la.. buka mata... takde pulak bunyinya... okay la tidur balik.. baru nak tidur, dengar lagi.. siapa pulak menukang pagi-pagi buta ni. Bangun.. tengok babah tak tidur lagi, duduk depan komputer.  takde pulak nampak sesiapa menukang. hurmm.. kejut pius solat tahajud barangkali...

misteri tak? hahahahahahaha.....

okay. fine. tak misteri.bai

pius: kejut kita bangun ke?
Hello hello testing... Betul ke ni blog picturefinding??

----------
Sent via ?
Assalamualaikum..

Ya ke lama-lama jdi bukit? hahahaha.. haaaaaaaaaaaa.. buat kerja sikit-sikit.. sampai bila pun tak siap. sob sob sob.. apa yang lambat sangat pius bergerak ni.. siput (Turbo) zaman sekarang pun dah makin pantas. Orang dah push pun lambat jugak buat kojer. Stress la duduk rumah! ~alasan~ padahal lemak makin bertambah. Ayooo... Masa, ilmu, duit > invest... korang paham takk... tengah invest masa ni.. rugi sebab buat kerja lambat! haha. Rugi masa!

Rasa macam lamanya tak buka blog. Nak update aktiviti tapi rasa malas je. Pergi mana-mana pun dah malas nak bawa kamera.. sejak skrin hp da rosak, daku pun malas mahu bergambar... hahaha.. kalau orang hantar mesej, sebelah je nampak, sebelah lagi kena teka sendiri. Huhuuu.. kesian kat diri sendiri.. huuuuu.. nak hadiah hp baruu.. 

Alhamdulillah, Minggu lepas sempat jugak pergi Selawat Perdana dekat Putrajaya. Memang Subhanallah, ramai sangat orang.. Ni la first time pergi orang ramai sangat-sangat.. Sebelum ni ramai la jugak, tapi semua tersusun duduk dekat kerusi (Stadium).. yang ni macam melimpah-limpah.. pius duduk belakang sebab sampai agak lambat, tapi elok baru sampai, selawat pun baru mula. Bila dah belakang-belakang, duduk pun main redah jer.. kira dah bercampur lelaki perempuan. Mostly datang dengan keluarga. Yang bahagian depan je tersusun elok lelaki perempuan. Kalau dekat stadium dulu mmng dah khaskan pintu masuk lelaki dan perempuan.. tapi yang ni kawasan terbuka.. mungkin susah sikit nak kawal. Orang pun main duduk je..macam pius. Maafkan sayaaaaaaaaa....

semua semua semua aktiviti malas nak update. tunggu hp baruu.. haha.

pius: Self improvement = Success. Setiap kejayaan ada 'bayarannya'... Sila bayar!
Assalamualaikum

Hukkkkk _______ datanglah wahai rajin. Awatlah malas sangat niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii . Lemah.. lemah... lemah semangat nak siapkan kerja.. hukhuhkhukkkk *batuk alaf baru*

Semua orang dah tanya.. huaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... rajinlah wahai diriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Okay-okay nak siapkan kerja cepat-cepat.

Pius: Jom sesame ke Majlis Cinta Allah dan Rasul 21 Mac ini di Putrajaya.





-Mari terus berdoa untuk MH370-
Assalamualaikum

Semenjak dua menjak tiga menjak cerita korea yang digemari sudah tamat -.-" maka pius beralih ke siaran 550-555. Tapi cerita wang's family tu memang best la, rasanya banyak kali jugaklah meleleh air mata menengoknya. Tapi... tapi... masih tak boleh lawan Taegukgi (movie) la... sepanjang cerita menangis..

Semalam, mengadap komputer sampai tak perasan waktu dah bergerak ke pukul 11 malam. Kalau tak kerana word buat hal agaknya pukul 2 pagi pun tak tidur lagi. Dah tutup komputer barulah terasa lapar.. hehe.. buka tv channel history 10 things you don't know about Malaysia.

Rasanya ulangan , astro kan memang suka ulang tayang tapi bagus jugak sebab pius tak pernah tengok lagi. 10 perkara tersebut...

1# Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk tahan salji
     KL railway station is built to withstand 2 feet of snow.


Ya.. fakta yang ini memang pius tak tahu. Di dalam negara beriklim  tropika ni ada juga bangunan yang dibina untuk tahan salji dengan ketebalan 2 kaki salji. Siapa yang sangka..

Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?
Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.



Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.

2# KL ibukota kilat di dunia
     KL is the top capital city for lightning




 tak tau kan..kan... kan... huhu.. pius sebenarnya yang tak tau tu.

Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.

Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.

Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.


 3#  Jambatan Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia
       The world's highest suspension bridge is in mountain Kinabalu 3,600 meters above the sea


Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara Berkembar Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

ya, memang saya tak tahu.

4# Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia
    The world longest insect is discovered in Sabah

tengok betul-betul..
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.

5# Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia
     Biggest cockroach infestation on the planet is in Gomantong caves, Sabah

yeahhhhh _____"
Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!

adoiii.. penat copy paste..


Surrender.. bendera putih! pi sambung baca dekat link bawah... kalau dapat carik full video lagi best kot. Seriously!

Link  :  http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=7702

10 things you don't know about Malaysia - History channel

1# KL railway station is built to withstand 2 feet of snow.
2# KL is the top capital city for lightning
3# The world's highest suspension bridge is in mountain Kinabalu 3,600 meters above the sea
4# The world longest insect is discovered in Sabah
5# Biggest cockroach infestation on the planet is in Gomantong caves, Sabah
6# No bats, no Durians
7# Malaysia has a pet cementery
8# Malaysia has 140 different languages spoken
9# National car (Proton Saga) named during a scramble game and top selling car in UK (1989)
10# The largest roundabout in the world is in Putrajaya


 Pius : Okay nak sambung kerja, penat copy paste... penat..
Assalamualaikum

Harini dok keluarkan cd-cd lama mencari assignment ETR masa part 5 diploma dahulu. Kalau tak silap la.. Kalau Uitm memang ada course ni. Subjek keusahawan. Kita tulis melayu lah.. :) kononnya nak dijadikan bahan rujukan tapi.... haper pun tak boleh bila baca balik rancangan perniagaan tu.. hahahaha.. korang paham-paham jela, student kalau benda tak tahu tu memang standard copy paste la jawapnya. Bila ditanya, memasing kecut perut sebab tak tahu nak jawap apa. huhuuu..

Ada satu tu, syarat perkongsian bahagian salary.

Rakan kongsi tidak akan menerima apa-apa gaji bagi perkhidmatan yang diberikan kepada perkongsian itu (translate bm)

Bila ditanya, masing-masing pusing belakang.. sok sek sok sek... dok bincang sebab tak tau nak jawap apa.. hahaha... Nak jawap macam mana, kita sendiri pun tak paham apa-apa.. huhuhuhu... tu la copy paste lagi.. nak nanges baca... 

bajet umur 26 la time ni..




Dalam file etr ada pula gambar meja study dulu.. dah macam meja dalam bilik dah rupanya.. cuma yang ni sepah banyak.. haha.. dah kata dah, bab-bab menampal ni memang kesukaan hati.. hehe..



Benda bajet-bajet sibuk ni memang suker la.. suka nak bajet bajet bz... 

Pius : Alhamdulillah, jumpa dah bahan rujukan. Boleh la rujuk sikit-sikit.

Link :  http://jutawan-kini.blogspot.com/2011/10/20-kertas-kerja-rancangan-perniagaan.html
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah siang tadi dapat ke Melaka, majlis perkahwinan mawi. Tapi pius tak drive pun... rupanya penumpang lebih pening dari orang yang drive ya. Huhu..

Bukan nak cerita pasal Melaka, lagipun gambar takde.. tengah mencari lagu 'Stay on track' tak jumpa-jumpa dekat internet. Ada tu memang la ada tapi kena beli. hehehe... korang pernah dengar tak lagu 'Stay on track' ? Sedapnya lagunya, lirik pun bagus untuk didengar. Pius copy paste lirik dia ya.. carik mp3/video tak jumpa. Nak dengar full versionnnnnn... haritu semmpat dengar sekali je dalam kereta... sob sob sob...

betul la agaknya kumpulan ni
Stay On Track
Performed by: Noor
Written by: Tarik

Don't look back
Don't give up
Just stay on track

Trying hard every single day
Fighting the urge to go astray
I don't want to run away
My will you'll never sway

Doing my best to watch what I say
Don't like regrets on my heart to weigh
I'm telling you I won't be your prey
I'm back on track now I've found my way

(Chorus)

You try to push me into deep dark caves
Your whispers loud like crashing waves
I don't want to misbehave
My soul I'm gonna save

It's not easy to resist what I crave
Sometimes I feel like I can't be brave
I'm telling you I won't be your slave
I won't give up till my heart is safe

Not gonna look back
Not gonna give up

The time is now to make a change
With my whole life ahead of me

Not gonna look back gonna stay on track
Not gonna give up gonna stay on track
Powered by Blogger.