10 things I don't know about Malaysia

/
4 Comments
Assalamualaikum

Semenjak dua menjak tiga menjak cerita korea yang digemari sudah tamat -.-" maka pius beralih ke siaran 550-555. Tapi cerita wang's family tu memang best la, rasanya banyak kali jugaklah meleleh air mata menengoknya. Tapi... tapi... masih tak boleh lawan Taegukgi (movie) la... sepanjang cerita menangis..

Semalam, mengadap komputer sampai tak perasan waktu dah bergerak ke pukul 11 malam. Kalau tak kerana word buat hal agaknya pukul 2 pagi pun tak tidur lagi. Dah tutup komputer barulah terasa lapar.. hehe.. buka tv channel history 10 things you don't know about Malaysia.

Rasanya ulangan , astro kan memang suka ulang tayang tapi bagus jugak sebab pius tak pernah tengok lagi. 10 perkara tersebut...

1# Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk tahan salji
     KL railway station is built to withstand 2 feet of snow.


Ya.. fakta yang ini memang pius tak tahu. Di dalam negara beriklim  tropika ni ada juga bangunan yang dibina untuk tahan salji dengan ketebalan 2 kaki salji. Siapa yang sangka..

Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?
Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.



Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.

2# KL ibukota kilat di dunia
     KL is the top capital city for lightning




 tak tau kan..kan... kan... huhu.. pius sebenarnya yang tak tau tu.

Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.

Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.

Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.


 3#  Jambatan Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia
       The world's highest suspension bridge is in mountain Kinabalu 3,600 meters above the sea


Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara Berkembar Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

ya, memang saya tak tahu.

4# Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia
    The world longest insect is discovered in Sabah

tengok betul-betul..
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.

5# Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia
     Biggest cockroach infestation on the planet is in Gomantong caves, Sabah

yeahhhhh _____"
Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!

adoiii.. penat copy paste..


Surrender.. bendera putih! pi sambung baca dekat link bawah... kalau dapat carik full video lagi best kot. Seriously!

Link  :  http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=7702

10 things you don't know about Malaysia - History channel

1# KL railway station is built to withstand 2 feet of snow.
2# KL is the top capital city for lightning
3# The world's highest suspension bridge is in mountain Kinabalu 3,600 meters above the sea
4# The world longest insect is discovered in Sabah
5# Biggest cockroach infestation on the planet is in Gomantong caves, Sabah
6# No bats, no Durians
7# Malaysia has a pet cementery
8# Malaysia has 140 different languages spoken
9# National car (Proton Saga) named during a scramble game and top selling car in UK (1989)
10# The largest roundabout in the world is in Putrajaya


 Pius : Okay nak sambung kerja, penat copy paste... penat..


4 comments:

Hanif Idrus said...

Aku pun tak tahu...kikiki

Pius xtau said...

@Hanif Idrus hahaha..

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Fairuz Jaafar said...

@Muhammad Taufiq Insya Allah, akan saya blogwalking :)

Powered by Blogger.