Adoii.. nak nanges membacanya...

/
0 Comments
Assalamualaikum

Harini dok keluarkan cd-cd lama mencari assignment ETR masa part 5 diploma dahulu. Kalau tak silap la.. Kalau Uitm memang ada course ni. Subjek keusahawan. Kita tulis melayu lah.. :) kononnya nak dijadikan bahan rujukan tapi.... haper pun tak boleh bila baca balik rancangan perniagaan tu.. hahahaha.. korang paham-paham jela, student kalau benda tak tahu tu memang standard copy paste la jawapnya. Bila ditanya, memasing kecut perut sebab tak tahu nak jawap apa. huhuuu..

Ada satu tu, syarat perkongsian bahagian salary.

Rakan kongsi tidak akan menerima apa-apa gaji bagi perkhidmatan yang diberikan kepada perkongsian itu (translate bm)

Bila ditanya, masing-masing pusing belakang.. sok sek sok sek... dok bincang sebab tak tau nak jawap apa.. hahaha... Nak jawap macam mana, kita sendiri pun tak paham apa-apa.. huhuhuhu... tu la copy paste lagi.. nak nanges baca... 

bajet umur 26 la time ni..




Dalam file etr ada pula gambar meja study dulu.. dah macam meja dalam bilik dah rupanya.. cuma yang ni sepah banyak.. haha.. dah kata dah, bab-bab menampal ni memang kesukaan hati.. hehe..



Benda bajet-bajet sibuk ni memang suker la.. suka nak bajet bajet bz... 

Pius : Alhamdulillah, jumpa dah bahan rujukan. Boleh la rujuk sikit-sikit.

Link :  http://jutawan-kini.blogspot.com/2011/10/20-kertas-kerja-rancangan-perniagaan.html


No comments:

Powered by Blogger.