Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

/
0 Comments
Assalamualaikum..

Ya ke lama-lama jdi bukit? hahahaha.. haaaaaaaaaaaa.. buat kerja sikit-sikit.. sampai bila pun tak siap. sob sob sob.. apa yang lambat sangat pius bergerak ni.. siput (Turbo) zaman sekarang pun dah makin pantas. Orang dah push pun lambat jugak buat kojer. Stress la duduk rumah! ~alasan~ padahal lemak makin bertambah. Ayooo... Masa, ilmu, duit > invest... korang paham takk... tengah invest masa ni.. rugi sebab buat kerja lambat! haha. Rugi masa!

Rasa macam lamanya tak buka blog. Nak update aktiviti tapi rasa malas je. Pergi mana-mana pun dah malas nak bawa kamera.. sejak skrin hp da rosak, daku pun malas mahu bergambar... hahaha.. kalau orang hantar mesej, sebelah je nampak, sebelah lagi kena teka sendiri. Huhuuu.. kesian kat diri sendiri.. huuuuu.. nak hadiah hp baruu.. 

Alhamdulillah, Minggu lepas sempat jugak pergi Selawat Perdana dekat Putrajaya. Memang Subhanallah, ramai sangat orang.. Ni la first time pergi orang ramai sangat-sangat.. Sebelum ni ramai la jugak, tapi semua tersusun duduk dekat kerusi (Stadium).. yang ni macam melimpah-limpah.. pius duduk belakang sebab sampai agak lambat, tapi elok baru sampai, selawat pun baru mula. Bila dah belakang-belakang, duduk pun main redah jer.. kira dah bercampur lelaki perempuan. Mostly datang dengan keluarga. Yang bahagian depan je tersusun elok lelaki perempuan. Kalau dekat stadium dulu mmng dah khaskan pintu masuk lelaki dan perempuan.. tapi yang ni kawasan terbuka.. mungkin susah sikit nak kawal. Orang pun main duduk je..macam pius. Maafkan sayaaaaaaaaa....

semua semua semua aktiviti malas nak update. tunggu hp baruu.. haha.

pius: Self improvement = Success. Setiap kejayaan ada 'bayarannya'... Sila bayar!


No comments:

Powered by Blogger.