Dihentam teruk.

/
0 Comments
Assalamualaikum

Tajuknya agak 'teruk' sedikit dengan berperisakan negativity. Tajuk je macam bukan main je bunyinya... kan.. tadi pagi pius pergi interview tapi interview untuk apa tu tak nak lah cerita. Biarlah rahsia.. haha.. Sebelum interview kena isi borang dan jawap kertas soalan dulu tapi pius sekadar isi borang je dulu dan kertas soalan pius tak jawab sampai habis. Dah selesai interview baru nak disudahkan. Nak interview cepat la kiranya. Panel interview ada 2 orang dan 4 orang calon akan serentak diinterview. Kira open interview la ni sebab bukan 4 orang calon tu je dalam bilik tersebut tapi semua calon yang ada hari ni. So sementara menunggu giliran memasing, dorang boleh dengar dan tengok la 4 orang depan mereka di interview. Dan... pius adalah 4 calon terawal di interview *sebab tak siapkan soalan, terus pecut masuk duduk depan panel*.

Masa di interview, ada 2 lelaki 2 perempuan. Pius selalu kalau pergi interview memang selalu jawap nak skema ajer tapi harini tiba-tiba pulak rasa nak luahkan pendapat sendiri. Sampai la giliran pius... bila dia tanya... pius jawap la mengikut kehendak dan pemahaman pius sendiri. Yang tanya tu panel perempuan, cara percakapan dan muka kira lebih kurang seiras la dengan lecture time belajar dulu. huhuu.. kira cakap tu ada bunyi macam kasar sikit la. Macam orang melaka kan intonasi dia macam marah tapi sebenarnya biasa jer. normal. Kita family belah melaka, jadi rasa biasa jela. Jadi, berbalas-balas la antara pius dengan panel tu tadi...



Panel : kenapa tak buat macam ni, kenapa nak buat macam tu..bla bla bla.. *lebih kurang la yer... kita ringkas kan kasi padat*
Pius : Kenapa saya tak boleh buat macam ni? bla bla bla...

Jadi berbalas-balas la.. yela, kita manusia berbeza.. ada pendapat dan cara masing-masing. Mesti la kita nak tau kenapa dia suruh kita buat ikut cara dia, kenapa tak boleh buat ikut cara kita.. gitu la.. ni bukan gaduh.. tau.. huhuu...

Selesai interview pius terus keluar dari bilik tersebut untuk sudahkan soalan sebelum berangkat pergi meninggalkan penemuduga tersebut. panjang la ayat.. nak siapkan soalan la lepas tu boleh submit dan balik rumah.. gituuu...

Masa naik lift ada seorang calon lelaki tegur.. "macam mana interview?" tapi tak sempat nak jawap sebab ada calon lain masuk jugak lift. Jadi si lelaki ni tadi tanya jugak la dengan calon yang baru masuk lift.. "macam mana interview tadi bang?" eh.. kita belum kasi lagi jawapan dia dah tanya orang lain.. takpe, dengar jela dorang berborak, yela kita pun nak tau jugak kan.. hehe..

keluar lift, dia terus sambung balik pertanyaan dia tadi.. kita panggil dia "M" je la sebab tak tau nama. Pius jawap jela okay. Yela, memang okay pun.

"Awak yang kena hentam teruk tadi kan?"  eh, sejak bila pulak kita kena hentam? aku pun tak ingat itu adalah hentaman ataupun sesi soal jawap.. hahaha..

"Teruk jugak tengok tadi, panel perempuan kan" teruk?? eh konpius aku.. aku sendiri pulak yang konpius bila masa aku kena hentam.. bagi pius benda tu biasa jer.. Belajar industrial dulu lebih kurang jer, ada hentaman ker? Apa maksud "hentaman" tu pun tak tau la.. haha.. Si M tu jela yang paham.

Dari tempat interview ke area parking adalah dalam 15-20 minit. Jadi sepanjang perjalanan tu sempat la berborak tanya itu ini, yela bukan senang kita nak jumpa dengan orang yang sealiran dengan pemahaman kita. korang paham ker? huhuu.. maksudnya orang yang punyai minat yang sama dengan kita la. Kalau kita borak dengan orang yang mempunyai mind yang berbeza, dorang mesti lah tak paham dengan apa yang kita katakan.. Ale-ale kita dituduh mengarut pulak.. korang tak paham dah... bai..

Pius bukanlah pandai sangat nak berborak dengan orang ni tapi bila kena dengan tajuk nya.. hurrmmm laju jela. Borak benda kita minat kan.. tapi serius la.. pius memang tak berapa suka sangat nak berborak dengan orang sebab selalu jumpa orang je cerita pasal masalah. Kalau nak bercerita masalah, cerita jela dekat sorang jer, nak kasi lega perasaan kan. Ni semua orang kita jumpa, kita nak cerita masalah tu.. dah kenapa? Masalah ni kalau sebut-sebut datang la dia.. cuba cerita pasal matlamat ker, pasal idea-idea bernas ker, tak kira la asalkan namanya positif. Tak pun tulis jela surat, meh pius baca, kalau nak cerita sangat la.. hahaha.. Kalau bercakap berdepan lagi lah direct negativity kita terima. Pius memang tak boleh la orang doplohempatjam nak cerita pasal masalah ajer. Pernah satu hari, pius bawak kereta orang dekat sebelah tak berhenti cerita pasal masalah. Ya Allah, rasa nak pecah kepala ni. Pastu berulang-ulang penceritaannya. bayangkan..rasa macam kena hentam, ya! ini barulah dinamakan "hentaman".. huhuuu.. aku pun dah jadi pencerita masalah dah sekarang ni.. Instead of cerita masalah, apa kata tukar cerita jadi situasi dan penyelesaian (SOLUTION).. haa.. kan.. lepas-lepas tu pergi mana pun tak ajak dah la.. Sebelum blog picturefinding ni, pius buat blog private. Disebabkan pius tak suka dengar orang cerita pasal masalah, jadi pius pun tak suka nak cerita sangat pasal masalah diri dekat orang. Sebab tu buat blog private.. cerita la sengsorang kat situu.. tapi kalau baca blog orang lain takde rasa apa-apa pulak.. kiranya direct face 2  face pengceritaan tu la tak berapa suka.. Masalah orang lain pun kita boleh jadikan rujukan untuk diri sendiri.. bukan la tak boleh nak cerita, benda-benda kecik tu tak kesah. setakat cerita kucing berak tepi jalan ke, anak tak pergi sekolah ke.. boleh lagi terima tapi jangan lah cerita benda melampau sangat.. Janganlah 24jam cerita pasal masalah tapi 5 saat je cerita pasal penyelesaian... Pius pun sebenarnya gitu jugak dulu.. asyik nak cerita pasal masalah jer. Ini tak kena, itu tak kena.. cerita cerita bukan selesai pun. Lebih baik lah carik penyelesaian dari asyik nak bercerita pasal masalah. Kengkadang tu adalah terlepas jugak, tapi mostly jarang la cerita pasal masalah diri walaupun dengan kawan rapat sendiri. Dekat blog adalah la jugak tuliss tapi benda merapu-merapu la, kadang-kadang bukan masalah pun tapi saja buat dia nampak jadi masalah.. apa ni? hahaha.. dah la.. fairuz jaafar ni bajet bagus pulak dekat sini..

tadi cerita pasal interview tiba-tiba pasal masalah pulak ya. Secara ringkasnya nak menampakkan perbezaan antara "hentaman teruk" dengan "hentaman sebenar" kot.. kot la.. tak paham? apa masalah korang ni tak paham??

Pius: yang kau tulis ni bukan masalah ke pius?




No comments:

Powered by Blogger.