Ini satu isu!

/
0 Comments
Assalamualaikum 

Semalam ahad, lagi sekali dapat sertai talk usahawan Bangkit berniaga. Alhamdulillah dengan ilmu yang diberi. Dah banyak kali pius attend seminar percuma Dr Azizan tapi kali ni betul-betul buat hidup pius resah gelisah...huhuu...

Tapi itu bukanlah isu utama yang akan dikupas di sini.. Ewahh.. Apa kejadahnya semua ini???!

Malam sebelum pergi seminar, pius siap-siap la baju seterika supaya besoknya tidak la kelam kabut. Ringkas seluar jean dan blouse labuh.

Paginya pius terjaga agak lambat akibat penangan 2 episode runningman yang disiarkan dekat ONE 393. Seronok sangatkan.,, itulah padahnya... Hukhukkk.. Target keluar rumah 6.30/6.45 pagi tetapi 7 lebih baru tersedar. Terus meloncat bangun, terkejut! Akhirnya dalam pkul 8 barulah keluar dari rumah. Di sebabkan harini kawan yang drive maka pius bersenang hati duduk di seat penumpang berkasut flat. Kalau drive kena pakai kasut tinggi. Kalau tak rasa macam kaki tak sampai. Kalau pakai kasut flat boleh je tapi nati brek selalu macam mengejut. Dah terbiasa drive pakai kasut bertumit, bila tak pakai rasa lain.

Ini bukanlah isu utama...

Maka pagi tu ber'KL drift la kami dari Selayang ke Shah alam. Alhamdulillah, sempat sampai 8.45pagi.. seminar pun baru hendak bermula. Malah dapat duduk dihadapan sekali. Ehemm.. nak lambat selalu lah macam tu.. hehe..

Dan itu juga bukanlah isu utama.. Let's flash back.. Ewahh... Masa tengah bersiap nak pakai seluar jean.. Tiba-tibaaaa... Seluar jeans tak muaaaatttttt... Huaaaaaahhh... Huahhhh... Hahahaha macam mana boleh masuk separuh jerkkkkk.??? Were got. Were got?.. What happend..? Masuk semua skrip #ohmyenglish.

Semenjak habis belajar, pius lebih suka pakai skirt labuh jadi dah makin jarang pakai jean.. Tengok saiz jeans..Saiz S.. Sendat.. Sob sob... Terus tengok saiz seluar jean yang masih boleh dipakai... Saiz 29?? Okay. Nak pandang secara terbalik supaya 9 bertukar menjadi 6.. Dan petang harini...

Mak :   fairuz, nak tak seluar ni. Mak beli tapi tak pakai.
Pius  :   tak nak la, kita mana sama citarasa.
Mak :   cubalah tengok..
Pius  :   tak muat.. Pinggang dia besar *ukur seluar dekat leher*
Mak :   cuba lah dulu..

Pius  :   tak muat... *masuk bilik nak cuba pakai*

seluar pertama, muat.. Seluar kedua.. Muat walaupun longgar sedikit. Tengok saiz.. Saiz 32 dan XL... Haaaaaa... Pening.. Peninggg... Seluar ni salah saiz agakkknyaaaaa...

Mak :   Muat tak? Nak mak tambah cangkuk?
Pius  :   tak payah..
Mak :   kalau nak, boleh pasang cangkuk.
Pius  :   tak payahhh... Boleh pakai * terus sambung tengok tv.. xnak mengaku!*

tak puas hati...

Pius  :   kenapa mak taknak seluar ni? Mak tak muat ke? *tag masih tak bertanggal*
Mak :   mak beli dekat terengganu haritu, sebab tak bawak seluar lebih.
Pius  :   yela.. Mak tak muat ke? Kalau muat fairuz tak nak ambik *paksa mak mengaku dirinya dah semakin berisi*
Mak :   ambik la.. Mak taknak pakai..
Pius  :   fairuz tanya kenapa mak tak nak jawap.. Mak tak muat ke? *paksaan melampau suruh orang mengaku*
Mak :   tak la.. Mak tak nak * still taknak kalah*
Pius  :  yelaa.. Mak muat ke tak seluar ni * dah nak meletup*

haaa.. Mak lagi berisi dari pius! Tak kira... *tak dapat terima kenyataan*

Sekian, fifi fairuz fuyoo melaporkan!

Pius: Bukan isu pun.. haha.

----------

Sent by fairuz success, InsyaAllah.


No comments:

Powered by Blogger.