Katakan tidakkkkkk...

/
0 Comments
Assalamualaikum.

huuuuuuuuuu.. baru nak update entry. punyalah bersungguh update guna handphone jer sebab line internet rumah slooowwww.. sehingga boleh mendatangkan kemarahan.. hahaa.. yoyo la taip sekali nak send hilanggg.. dah kenapa?? penat la gini. mana sama nak taip balik semula kan. malas dah la.. akhirnya buka laptop jela. huh, elok pulak internet. takpe! kita update merapu tanda protess.. hahaha.. sebelum start buat kerja kan.. amik mood sikit. kononnya laaaaa.... meh la update pasal meja *dah kenapa meja?* sebab meja jer yang berada depan mata sekarang ni. jangan banyak soal. Marah sebab taip entry panjang lebar pastu hilang.. hehe..

meja cik pius sepah sikittt jer..
Sabtu ahad lepas pergi negeri sembilan rumah mak mertua kakak. Ada lah sepupu-sepupu amiya sekali. Dorang dok main, biasalah budak-budak. Dorang pun dok tanya la acik pius. Soalan apa dah lupa, tapi pius bahasakan diri auntie la, macam biasa. terus dorang bisik-bisik.. kenapa pulak budak-budak ni. Okay, fineee.... sebab biasakan diri auntie. "Kita tak biasa panggil auntie, kita panggil acik jela" hahaha.. ikut korang laa... auntie piyush tak kesahhhhh.


ha, cerita pasal kampung pulak. kata protes nak cerita pasal meja je. ya, baiklah.. kita teruskan penceritaan tersebut...

Ni la satu perangai dah baca buku tak reti nak masuk balik dalam almari. Yela, kadang-kadang tu baca ikut mood. harini baca buku lain, esok nak baca lain pulak. padahal tak habis baca lagi. Esok lusa baca balik buku minggu lepas. Rasa macam nak letak kabinet buku pulak tepi katil ni. Senang nak ambik baca buku. Letak dalam almari tak nampak.. Lepas kemas pun, esok lusa jadi balik. haha.. tunggu beli rumah sendiri la kan.. kikiki.. bilik pius ni hah banyak sangat barang. almari buku pun dah jadi almari baju. hehe.. perempuan ramai, baju asyik nak membeli jer sampai almari pun dah tak muat. Tapi banyak yang tak pakai. Rasa macam nak sedekah je semua, tag tak bukak pun ada.. sabar jelaa... suruh pilih baju mana taknak pakai sampai ke sudah tak pilih. Tapi yang peliknya, bila nak keluar rumah rasa macam takde baju nak pakai. ale-ale pakai baju tu jugak ulang-ulang. Padahal banyak baju dok tergantung.. saiz adik-beradik pun sepesen je semua..

motif : tidak diketahui
tengok la apa ada dekat meja pius ni.. saja nak buat korang bosan.. tadi update entry tapi ghaib pulak. Nak taip balik dah tak seronok. tengok la meja ni hah..

declaration la ni ... poyo tak? haha..
bunga dah layu, tinggal kad jela...
nama pius jangan dilupa..
tengah usaha la ni!! sungguh!!

nahhh... tips.. huhuuuuuuu
siput sedut barangkali... 
marilah kita buat kerja dekat bawah jer.
lepas ni tah bila nak update lagi, nak cerita aktiviti diri rasa mcm tak best pulak. Dia kalau kita cerita result baru rasa best sebab benda dah jadi kan.. kan.. takpela, kita buat jeruk dalam draft. Jeruk ni kena simpan lama sikit baru sedap kan.. hehehe...

Pius: Entry merapu pun boleh jadi panjang jugak eh.


No comments:

Powered by Blogger.