Cerita minggu ni yang sebegitu seronok

/
0 Comments
Assalamualaikum

Ecehh, seronok la sangat.

Macam nak bermadah puisi pulak petang-petang ni tapi kang ado yang geli geleman. Rindu pulak nak menaip mengarang dekat blog yang lama diabaikan ini.. Walaupun takde cerita menarik tapi tetap nak mengatalkan tangan. Ahad lepas pius ke seminar Dr.Azizan, tambah-tambahkan sikit motivasi diri yang semakin lemah ni. Dengar story Aflin shauki dengan pelekat pant dia... kelakar.. "mamamama... harini ada orang order 100"

owhh..lupa, kak long pun pergi sama :)
Macam biasa, keluar dengan shira dan nadia. Antara kawan belajar yang duduk berdekatan. Ehem.. dulu kan..kan.. pius sebenarnya kan.. tak berapa suka sangat berkawan... dengan kata yang lebih tepat lagi.. "pilih kawan". Huhuuuu.. yang mana banyak sangat bergosip, kita jauh-jauhkan.. hahaha.. kepala mesti sama. Tapi bila umur semakin meningkat, sendiri dapat lihat kawan macam mana yang seharusnya kita jadikan kawan. Kawan seronok tak semestinya baik untuk kita dan kawan yang tidak kita gemari tak bermakna tidak memberi kebaikan pada kita. Umur semakin meningkat, kawan-kawan pun semakin matang. Mengajar kita bukan dengan cara tengkingan ataupun melalui kata-kata tetapi dengan tingkah laku yang baik. Hurmm, sejujurnya kawan karib pius sekarang adalah kawan yang pius benci satu masa dahulu. Huhuu... nak yang seronok ataupun yang memberi kebaikan? Tepuk dada tanya selera, kita sambung cerita...

lepas habis seminar, ada pendaftaran untuk next klass. Rezeki, dapat tiket dengan harga murah.

Ingatkan lepas seminar nak pergi putrajaya, ada hari belia. Bila tengok tentative program rasa macam tak berbaloi pulak nak pergi, takde program yang diinginkan. Jadi pakat teman nadia pergi kwc carik manik untuk tudung kahwin dia nati. Seronok la kan jenjalan, setengah jam kemudian semua dah seret-seret kaki.. tak tahannnn!!! Lenguh tak terkata.. huhuuu... Semua pakat nak balik sebab dah sakit kaki. Nasib tak krem tapak kaki ni.

berselfie dengan  #pantangjumpacermin!

selesai drama seret kaki..huhu..
3 hari ni pius stay up duduk buat kerja depan laptop, sekejap duduk, sekejap baring. Hampir terkehel leher gara-gara buat kerja sambil baring.. itulah padahnya. Dah siap kerja barulah terasa lega sangat.. terus terbayang ada orang belikan sushi kegemaran letak depan mata.. haha.. walhal baru dua hari lepas makan.. Pagi tadi mak, kakak n nenek ajak pergi mall.. nak beli kasut and makan-makan. kejap jer katanya. Hermm.. memang tidak la nak bangun bila kerja tak siap. Nasib jugak tak pergi, sekejapnya tu sampai ke pukul 3.

Pius: Marketing strategi menggunakan cerita-cerita kontroversi? Hurmmm... tertipulah kiranya kita ni?


No comments:

Powered by Blogger.