Jomm buat 'cover hardisk' dari Seluar jeans lama

/
0 Comments
Penat layan program tv yang entah haper-haper? Jom buat 'cover hardisk' dari seluar jeans lama!! Huhuu...


Disebabkan beberapa kejadian tidak diingini telah berlaku maka bertambah lah koleksi seluar jeans di tempat kejadian. Menjadi tabiat, pantang melihat kain perca atau kain apa-apa ajer la yang tak guna lagi.. terus terbayang-bayang nak jahit itu ini. Jadi kita buat sarung Hardisk jela memandangkan rupanya yang gemilang itu telah beralih zaman.


kesiannya :p
 Untuk cover baru, pius pilih 2 jeans berbeza warna.


Pius suka ambik part-part yang cantik macam poket belakang, poket depan, jenama jeans, saiz jeans pun nak jugak. Huhuuu.. Hardisk saiz 27! Saiz ikut pinggang masing-masing. haha. Tak detail pun cara menjahitnya sebab rasanya korang tau ajer nak menjahit, tunjuk kreativiti jela. ehem... kasi korang idea recycle jeans lama.
Part basic ada 3 ajer. depan, belakang dan sisi.
First pius jahit part depan + sisi dan jahit poket kecik sebagai hiasan. cover belakang pius jahit macam poket tapi jahit sisi je supaya ada lubang.


Cantum belah belakang (Tak jahit habis sebab nak masukkan hardisk) then lalukan dekat api. Nak matikan benang biar tak serabut. Anak-anak jangan ikut! Tunggu siang pi jahit tepi. Terbalikkan jahitan, masuk hardisk. Last sekali jahit pakai tangan ajer.

Taraaaa.. dah siappp..
Bila dah siap nampak macam wallet pulak.. bag duit pun dah usang..huhuu tapi tetap jugak jeans ya. Okay, cover hardisk dah siap! Hardisk jenama Vior saiz 27.

wayareee..
Bahagian belakang pius buat untuk letak wayar. Selalu noh la letak merata, kang nak guna tercari la wayar nyer. Ni kita organize kasi cantik sikit. Senang letak dalam bag tak serabut. Tapi makesure jangan longgar la poket tu kang jatuh pulak wayar.


Okay, Cover hardisk dah siap! Penambah koleksi made by me. hehehe....

Pius: cantik jugak kalau buat wallet ya...



No comments:

Powered by Blogger.