Assalamualaikum :)

Harini handphone setiap saat berbunyi, sana sini orang whatsapp sampai nak buat keje pun kejap-kejap pegang hanset. Tak sempat baca dah masuk yang lain.

Whatsapp
Shira: kita dah depan toilet dah ni. Nak mandiiiiii
pius: hahahaha kejaaapppp

hahaha, kesian dekat acik shira sampai nak mandi pun tak senang. Pius tak nak miss sebarang maklumat order untuk printing. Sama laju je tangan dia dok promote sana sini.

Ni baru senyap whatsapp,huhuuu.

Pius: seronok bernetworking sesama rakan bisnes :)

----------
Mobile upload
Harini banyak pulak nyamuknya, spray-spray pun ada lagi. Tak jadi nak sambung buat design, mata pun dah ngantok. Musykil ni, spray nyamuk sekarang macam bau perfume ajerrr. Macam penarik nyamuk ajer. Seminggu ni selalu tertidur dekat lantai, kadang-kadang lepas insyak dengan telekung tidur terus atas sejadah. Malas nak naik katil da, ngantuk punya pasal. Kenkadang buat kerja, lena terus dengan kerja2 pun tidur sama. Mengantok awal sangat. Habis tangan da bintik2 kena gigit nyamuk. Ni tengah mengadu ni...hahaha... Tula, dah beli kelambu princess *eheh* taknak guna, pi tidur kt lantai.. Haaa padanlah muka, pagi2 dapat treatment botox terus jadi anita sarawak!

Bebel before tidur :) it's free to have a dream. Good night!
Assalamualaikum :)

Korang dah balik terawih ker? Jeles!

Bulan jun haritu ke Setiawangsa ada program Perjuangan Subuh. Programnya 2 Hari, start 20hb malam-21hb tengahari. Pius pergi 21hb dalam pukul 5 pagi gerak dari rumah. Yang hadir kebanyakkannya pelajar sekolah, kolej.

kena paksa senyum!
Makcik Shira ni rajin update aktiviti macam ni, dia lah yang paling semangat sekali. Bangun awal 4 pagi. Ada geng jalan terus :) Selalu berempat tapi yang selalu goyang kaki duit masuk tu kita dua jela. goyang kaki.. eh! 10 hengget! hahaha.. gurau.

dekat acik pius xde orang pun nak bergambar ~
21hb, terbahagi kepada beberapa slot antaranya Slot PU Hafiz, Helmi Yusof, Heliza Helmi, Ustaz *saya dah lupa nama, Gotong royong masjid.

Assalamualaikum :)

Katakan tidak pada negativity!
Selamat berterawih korang :) ahhh, jeles kat korang dapat pergi first terawih. huhu..

Sebenarnya sejak pius belajar dan tahu betapa penting positivity, pius jadi macam rimas je dengan keadaan sekeliling. Dah rasa macam alien je bila duduk dalam environment yang kurang positif. Rasa macam, nak senyap je. Hehe. Rasa macam malas nak berborak. malas je rasa nak buka mulut, rasa macam ringan je kaki untuk bergerak pergi. Alhamdulillah, dapat jugak paham kepentingan positivity ni dari pada tak tahu langsung.

Keadaan macam mana yang kurang positive tu? contoh keadaan,

-Bergosip, mengumpat.
-Memperlekehkan orang lain.
-Pandang rendah pada orang lain.
-Berkata perkara yang tidak baik

Mungkin la, korang rasa biasa je tetapi seriusly semua tu beri kesan pada badan kita. Bila kita banyak berkata negatif, pikiran negativ, kelakuan negativ.. badan akan mudah lemah. Alaaa... macam mana nak terang ya.. Kenal Prof Muhaya kan? Haa.. cuba dengar dia punya talk. Tv Oasis selalu ada dan Prof Muhaya selalu tunjuk demo.

Tengok video la...  hahahaha, apa aku nak bagitahu sebenarnya ni???? Tengok video laaa..




Pius: Minta maaf dekat korang dulu banyak sangat cakap benda negatif. Ni usaha nak ubah percakapan :)
Assalamualaikum

Lama rasanya tak mengupdate blog! Dengan internet yang serba laju ini betul-betul membuatkan hati terasa nak update blog setiap hari. Huhu, Bersyukur la ada internet dekat rumah.

Bulan Jun memang banyak sangat aktiviti pius sampai rasa macam.. eh! banyaknya.. Macam nak update setiap cerita! Hahaha... Itu time emosi tengah tinggi menggunung. Bila tiba nak update blog tetiba rasa, waduhhhh, kok malas!

Gitu la pengakhirannya~~~

Ni pun terasa macam lemah ajer nak up entry, nak detail cerita setiap event pun dah rasa tak seronokk... Cikgu kata next time beli smartphone, baik cikgu! Walaupun saya tak suka sangat touch screen tapi demi kebaikan, next time saya beli! Hai la smartphone~ ada tak telepon yang lagi smart? tak payah sentuh tapi masih boleh hantar msg and call orang lain. Huhuu...

Kenapa semua benda pun jadi lemah ni? Laptop lemah, internet lemah... ikut tuan ke apa ni~ Nak upload gambar tapi tunggu lama pulak. 

Koranggg. line internet slow sangat la malam ni. Nati la sambung balik.

sambung (26/6/14)

Huhuhuuu... nak upload gambar dari hanset tapi cepatt sangat loadingnya jadi print screen fb jela. So, gambar tak banyak la sebab ambik dekat fb jer. Cerita yang mana ada je :)

12-15 Jun, pius ke Imkk (Seminar Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan) dekat Seri kembangan. Sewa hotel murah dekat situ jadi tak payah ulang-alik balik rumah. Dapat lah semalam dalam RM50 itupun dah okay sangat. Bilik kemas, bilik air besar cuma ruang nak solat tu kecik sangat.

Nak cerita pasal imkk ni memang panjang sangat, huhuuu banyak betul kejadian-kejadian yang mencabar sepanjang seminar ini. Pasal hotel, pasal makan, letak kereta... macam-macam laa... boleh kata semua nak cepat ajerr.. Balik seminar pukul 12 malam, pukul 4 lebih dah bangun siap-siap nak ke dewan seminar. Ahhhh.. panjang.... nanti cerita lain. Yang pasti Imkk memang the best!



Balik dari Imkk, kita cuba try test sedikit tip yang di beri.. hohohoooo... Kita tulis pengalaman diri! Hurm, memang betul, orang memang suka membaca kisah dan pengalaman hidup orang lain. Pius ni memang jenis malas sangat nak update fb apatah lagi nak taip pendapat sendiri. Nak upload gambar??? Paling malas! Orang kata suka duduk belakang tabir..hahaha... Tapiiiii...jeng jeng jenggg... la ni dah rajin sikit laa. Siap tukar gambar profile lagi. Itupun sebab cikgu suruhhhh.... hehehe... with reason bukan saja nak tunjuk comel.. walaupun itulah hakikatnya.. hahaha.. *lempanglah*

ada berani? hikhik...


Baca feedback kawan-kawan dekat email rasa macam nak gelak guling-guling jer, hahaha. Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat sudi beri feedback tapi tak dapat nak up dekat fb sebab korang komen letak nama. hehe. Ni semua dalam usaha keluar dari sempadan diri, buat apa yang tidak berani buat selama ini. keluarkan segala apa yang hendak diperkatakan. Keluarkan pendapat sendiri. Sesi membuang segala perkara yang tidak sepatutnya ada dalam diri, No more penghalang kejayaan!

Rasa sendiri perubahan diri lepas join great seminar Imkk! Korang patut pergi jugak.

*******

Kami sudi membantu anda yang memerlukan Sampul Duit Raya tahun ini. Jangan jadi macam tahun lepas, last minit baru terpikir untuk membuat tempahan. Tahun ni saya tak ambik lagi tempahan last minit. Minta Maaf, untuk kebaikan anda juga. 
  
Sempena musim perayaan yang bakal tiba ini, kami menawarkan perkhidmatan Rekaan dan cetakan bagi SAMPUL DUIT RAYA (MONEY POCKET) untuk kempen Ramadhan dan Raya anda!

PERCUMA! Pelbagai Rekaan sampul duit raya. Khas buat anda pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi kami:

Kalerfess Printing Solution (fb)
017-2838058 - Fairuz
019-4541302 - Shira


EBOOK : BANGKIT DARI HATI YANG REMUK!

Alhamdulillah, masih bernafas di pagi hari 

Sejak dahulu lagi saya selalu berangan menjadi seorang penulis dan teringin menghasilkan novel satu hari nanti. Kerana minat saya dalam bahagian penulisan, saya mula menulis melalui blog tentang kehidupan saya setiap hari.

Sejak diploma lagi saya sering menulis cerpen, banyak giler cerpen yang saya tulis tetapi ajaibnya semuanya tergantung dan tidak pernah habis. Baru saya sedar kenapa semua cerpen itu tidak dapat saya habiskan kerana itu semua tiada manfaat di dalamnya buat pembaca.

Alhamdulillah, harini saya berjaya menyiapkan penulisan ebook saya (sepanjang cerpen) yang pertama. Dengan niat agar pembaca mendapat manfaat dari kisah hidup saya ini. Terima kasih Allah kerana membantu dan mengizinkan saya menyiapkan ebook ini.





Ebook ini adalah 100% dari kisah hidup saya ditulis dengan niat untuk  membantu mereka yang sedang mengalami proses kekecawaan dalam percintaan mahupun yang sedang bercinta.

Cara Mudah mendapatkan Ebook:

1. Bank in RM1 ke 162106895232 (Maybank)

2. Sms/komen : Nama, Email, No Rujukan pembayaran

3. Email akan di hantar pada anda.

PERCUMA BAGI 20 ORANG PERTAMA!

Moga bermanfaat buat semua.

Assalamualaikum

Arghhhhhhhhhh!!!! *jeritan tiada suara*

Pius ingatkan zaman-zaman berkutu ni dah luput dek zaman tapi masih lagi available eh! Ayoooo... Standard kanak-kanak kalau ke sekolah pasti berjangkit kutu kan.Tak memasal auntie piyushh pun berjangkit sama! Ahhh.. sudah luput zaman berkutu ni.

Puas lah tadi sikat-sikat rambut ni, takut-takut kutu mengyinggah..hurmmm ada sekor! Tak percayaaaaaaaaaa.... huhuhuuuu... Kesian dekat anak buah dok garu-garu kepala.  Rasa macam nak tenyeh bawang putih je dekat kepala dorang tapi risau tak tahan pedih.. geram tengok! Kena buat treatment bawang putih ni, kang tak pasal-pasal beranak pinak satu kepala.

hahaha.. ni lah entry berkutu namanya

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi kutuuuuuuuuu....."

Pius: Mood nak update panjang-panjang belum tiba lagi.. baiii baiii... ada kerja nak buat :)
Assalamualaikum :) *angkat kening*

Ya, pengalaman pertama selama 8 minit yang pastinya tidak boleh dilupakan. Huhu ^_^ Rabu, 4hb Jun 2014 adalah pengalaman pertama saya sebagai...... ermm.. rahsia... hahaha, jadi apa motif entry kalau tidak mahu bercerita?? kekeke...

owhh.. shawl membuat ku kelihatan tembam
Menunggu giliran sambil berusaha menenangkan diri di dalam kepasrahan. InsyaAllah, akan berusaha membaiki diri untuk menjadi yang lebih baik di masa akan datang. Bersama partner :)


Selesai dengan keterujaan selama 8 minit itu, pius terus gerak ke PWTC ada KLIGP. Rasa macam ke shopping mall la.. pergi shopping mall pun tak pernah shopping lama-lama sebab sakit kaki.. huhuu... yang ni sakit bahu ke kaki ke.. tetap jugak nak teruskan perjalanan. 

Simbol keterujaan??
2014, TAHUN KEJAYAAN!

Pius: Ya Allah, permudahkan urusan fairuz jaafar dunia dan akhirat dengan ilmu yang bermanfaat. Amiinnn...
Assalamualaikum :) *tenang*

Korangggggggggg!!!!! *jeritan hati dan perasaan*... haha.. Ya Allah, Alhamdulillah.. Rasa bersyukur sangat! Rasa macam nak berendam dalam air sejuk *motif? sejukkan badan la*.

Korang, korang , koranggggggg!!!!! Bestnya rasa bila Allah beri rezeki ilmu.. Pius banyak benda nak tulis, pasal kereta tak boleh start sebab cip alarm hilang, pasal 1,2,3,4 hb Jun 2014, Pasal 12-15 jun 2014... Ahhhhh banyak sangat rasa nak ditaipkan... rasa macam membuak-buak la rasa nak menaip tu... tapi ku tahan kan ajer, simpan dalam draft biar penuh sebakul melimpah-limpah baru share... kan... macam nak cover alasan je kan.. huhuuuu....

Koranggg..... eh. aku cakap dengan siapa ni?? Kot la sesiapa yang lalu lalang dekat sini, alang-alang tengok profile hanis kamal, baca la jugak luahan kata hati ku iniiiiii.... hakhakahak *gelak excited*

Motif: Menyalurkan keterujaan yang sedang melimpah ruah tanapa diketahui puncanya.

Ya Allah, permudahkan urusan fairuz jaafar dunia dan akhirat.
Powered by Blogger.