Cerita Bulan Jun

/
0 Comments
Assalamualaikum

Lama rasanya tak mengupdate blog! Dengan internet yang serba laju ini betul-betul membuatkan hati terasa nak update blog setiap hari. Huhu, Bersyukur la ada internet dekat rumah.

Bulan Jun memang banyak sangat aktiviti pius sampai rasa macam.. eh! banyaknya.. Macam nak update setiap cerita! Hahaha... Itu time emosi tengah tinggi menggunung. Bila tiba nak update blog tetiba rasa, waduhhhh, kok malas!

Gitu la pengakhirannya~~~

Ni pun terasa macam lemah ajer nak up entry, nak detail cerita setiap event pun dah rasa tak seronokk... Cikgu kata next time beli smartphone, baik cikgu! Walaupun saya tak suka sangat touch screen tapi demi kebaikan, next time saya beli! Hai la smartphone~ ada tak telepon yang lagi smart? tak payah sentuh tapi masih boleh hantar msg and call orang lain. Huhuu...

Kenapa semua benda pun jadi lemah ni? Laptop lemah, internet lemah... ikut tuan ke apa ni~ Nak upload gambar tapi tunggu lama pulak. 

Koranggg. line internet slow sangat la malam ni. Nati la sambung balik.

sambung (26/6/14)

Huhuhuuu... nak upload gambar dari hanset tapi cepatt sangat loadingnya jadi print screen fb jela. So, gambar tak banyak la sebab ambik dekat fb jer. Cerita yang mana ada je :)

12-15 Jun, pius ke Imkk (Seminar Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan) dekat Seri kembangan. Sewa hotel murah dekat situ jadi tak payah ulang-alik balik rumah. Dapat lah semalam dalam RM50 itupun dah okay sangat. Bilik kemas, bilik air besar cuma ruang nak solat tu kecik sangat.

Nak cerita pasal imkk ni memang panjang sangat, huhuuu banyak betul kejadian-kejadian yang mencabar sepanjang seminar ini. Pasal hotel, pasal makan, letak kereta... macam-macam laa... boleh kata semua nak cepat ajerr.. Balik seminar pukul 12 malam, pukul 4 lebih dah bangun siap-siap nak ke dewan seminar. Ahhhh.. panjang.... nanti cerita lain. Yang pasti Imkk memang the best!



Balik dari Imkk, kita cuba try test sedikit tip yang di beri.. hohohoooo... Kita tulis pengalaman diri! Hurm, memang betul, orang memang suka membaca kisah dan pengalaman hidup orang lain. Pius ni memang jenis malas sangat nak update fb apatah lagi nak taip pendapat sendiri. Nak upload gambar??? Paling malas! Orang kata suka duduk belakang tabir..hahaha... Tapiiiii...jeng jeng jenggg... la ni dah rajin sikit laa. Siap tukar gambar profile lagi. Itupun sebab cikgu suruhhhh.... hehehe... with reason bukan saja nak tunjuk comel.. walaupun itulah hakikatnya.. hahaha.. *lempanglah*

ada berani? hikhik...


Baca feedback kawan-kawan dekat email rasa macam nak gelak guling-guling jer, hahaha. Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat sudi beri feedback tapi tak dapat nak up dekat fb sebab korang komen letak nama. hehe. Ni semua dalam usaha keluar dari sempadan diri, buat apa yang tidak berani buat selama ini. keluarkan segala apa yang hendak diperkatakan. Keluarkan pendapat sendiri. Sesi membuang segala perkara yang tidak sepatutnya ada dalam diri, No more penghalang kejayaan!

Rasa sendiri perubahan diri lepas join great seminar Imkk! Korang patut pergi jugak.

*******

Kami sudi membantu anda yang memerlukan Sampul Duit Raya tahun ini. Jangan jadi macam tahun lepas, last minit baru terpikir untuk membuat tempahan. Tahun ni saya tak ambik lagi tempahan last minit. Minta Maaf, untuk kebaikan anda juga. 
  
Sempena musim perayaan yang bakal tiba ini, kami menawarkan perkhidmatan Rekaan dan cetakan bagi SAMPUL DUIT RAYA (MONEY POCKET) untuk kempen Ramadhan dan Raya anda!

PERCUMA! Pelbagai Rekaan sampul duit raya. Khas buat anda pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi kami:

Kalerfess Printing Solution (fb)
017-2838058 - Fairuz
019-4541302 - Shira




No comments:

Powered by Blogger.