Hai, Assalamualaikum.

Macam mana raya?? Beraya ke melepet depan tv? Huhuhu... tahun ni pius tak balik melaka sekadar beraya ke rumah jiran, kawan ayah, sedara terdekat. Adalah rasa macam tak raya sikit sebab tak balik melaka.. huhuuu. Raya first jela meriah sebab semua berkumpul dekat rumah nenek, makan-makan borak. Owhh lupa, tahun ni tak ambik gambar big family sedara mara gpatut la rasa macam kureng je.

Raya ni rasa macam awet muda sikit, raya rumh jiran still dapat duit raya... ehhh.. malu pulak kita. rasa macam baru sekolah menengah je. Ada tu ampau RM2, simpan lagi dm almari. Terima duit raya dari adik beradik tu biasa jela. Itu dah jatuh sunat muakad dah tu... hahaha.. main-main. Gurau.

Semalam, buka almari ternampak la tablet dok ceruk almari. Beli tahun lepas, tapi awal tahun ni tiba-tiba tak boleh on, kalau on pun dia macam stuck dekat icon android. Nampk macam tengah loading tapi sampai kesudah dok loading sampai bateri pun kering. Dah lama dok on of, siap buka dalam dia lagi.. kenkonon pro la nak baiki. Tu yang simpan je buat pekasam... nasib tak buang...

Semalam saja on, tiba-tiba keluar icon android macam tengah sakit.. warning sign + recovery mode. Cuba google, baca forum sana sini. Rupanya device ni boleh reset balik. Okay lah, cuba recovery balik ke factory default. 

Hai, Assalamualaikum :)

korang da tukar duit raya???? Tau, mesti korang dah tukar punyer. Semalam pius pergi tukar duit raya... Ayooo last minit baru nak tukar duit raya. Dah la last minit, keluar rumah pun last minit jugak. pukul 3 baru nak keluar. Kononnya cakap dekat mak 'buat kerja' padahal kerja dah lama habis. Dok update blog...hahaha....  

Hurmmm sekali punya jem la jalan. Dah macam dekat kL pulak jemnya. Bank pukul 4 lebih dah tutuppp... Pukul 4 sampai bsn, duit habis. 4 lebih sampai cimb, maybank dah tututp... Hahahahaha.... 

Okay, tahun ni takdak duit raya!! Nanti pius buat askrim malaysia la ganti duit raya.. 

Otw pergi mall, terpikir mesin autopay. Selalu time nak bayar parking, bakinya singgit singgit. Huhuuu tapi area sini takde mesin autopay..


'mak, kita tukar dekat orang parking la'

kan.. Setiap kali masuk mall mesti kena bayar RM1 dekat guard. So, mesti dia banyak RM1. Huaaahahaha.. Hulur RM50....

'Uncle, saya nak baki RM1 RM1, nak buat duit raya' okayyyyy banyak!! 

'uncle tukar lagi RM50 boleh' okayyy... volehhh..

'Uncle tambah lagi RM100 boleh?'

Hahahaha... Bersusun duit seringgit dia. Dah siap-siap ikat RM100 RM100.. 

"ada lagi, kalau mau tukar bagitau"

Pius: Nahh, tukar lagi lambat-lambat.... 
Hai, Assalamualaikum :)

Alhamdulillah...


Bermula dengan esok, kalerfess akan bercuti sempena Syawal 1435H dan akan operasi semula pada 4 Ogos 2014. Tapi dalam tempoh cuti tu, boleh aja msg-msg whatsapp. nak tanya apa-apa ke.. Cuma kalau lambat sangat reply tu, pepaham laaa... mungkin agak sibuk mengunyah ketupat :)

Alhamdulillah, tahun ni Allah beri dan membuka banyak peluang. Mana terkurang tu pius minta maaf, pius akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan :) agar dapat bantu korang semua sediakan bahan-bahan untuk promosi syarikat dengan lebih berkualiti! Doakan pius.

Harini last hantar tempahan pelanggan.. esok dah start cuti...yeahhhhhhh...


Hantar namecard customer tadi tapi takde orang pulak dekat rumah..hehehe.. yang mana dekat dengan rumah tu, pius hantar by hand je. Yang jauh-jauh akan dihantar melalui pos.


Tahun depan taubat, taknak open tempahan sampul lambat-lambat.. huhuuuu :) Sebulan sebelum puasa pius akan open dan 2 minggu before raya close. Kalau tak huru hara la hidup.


Yang mana baru order, lepas raya pius proceed printing okay :)

InsyaAllah, akan masuk produk baru pula. Moga Allah permudahkan.

[COMING SOON]




Pius: Cuti raya :)

Aliiiiiiiii.... Sedebuk dia baling mainan dekat kepala.. Waduhhhh.... Sedap jer baring tengok tv dalam bilik, sedebuk kena.

Pius : Dah, auntie tak nak dah mainan ni *terus ambik masuk bakul sampah* dah, semua main dekat luar, auntie taknak kawan lagi dah.
Miya: haaa...tula...
Pius: dah, semua main dekat luar.. *paksa amiya n ali keluar*
Ali: ermmmm *mengeluh merajuk* terus baring depan pintu.

Eehhhh, ni siapa yg buat siapa sebenarnya ni?? Dia pulak merajuk.

Pius: Ali baling auntie, sakitt...... sakit ni.. *gosok kepala sambil buat muka* gosok balik.
Ali: *datang gosok kepala*
Pius: minta maaf dekat auntie....
Ali: hulur tangan minta maaf, sengih!

Pius: kenapa ali baling dekat auntie.... Sakit auntie. *peluk* Ali tak sengaja kan... Ali sayang auntie kan....

Hai la budak pelat ni, nasib baik la hencemmm!!!

Pius: tunggu besar sikit auntie kacau sampai nanges :)
Hai, Assalammualaikum :)

Jika di tempat lain ada Pasar Karat, di Kota Damansara ada Pasar Percuma! Hahaha, perumpamaan apakah ini.... Tak, tadi ada pakcik seorang ni tanya.. ingat pasar karat. 'Tak pakcik, semua belom karat lagi'

Harini kita ke Kota Damansara #Free Market. (Esok 20 Julai, di Kajang)

Beri atau ambil apa sahaja :)
Tak pasti siapa yang invite event ni. Lepas balik dari seminar haritu, ramai kawan-kawan dari latar belakang usahawan add dekat fb. Rasanya dorang la kot yang invite, sebab tak kenal muka. hehe.. apa-apa pun terima kasih invite :)

Hai, Assalamualaikum.

Hari ni last day bersama Siti Sifir before balik Raya. Hehe :)  Korang..... seronok rupanya mengajar kanak-kanak ni. Aduhh, dah jatuh cinta rasanya. Bila balik rumah tu rasa macam adeh, berbunga-bunga rasa hati ni. Terbayang-bayang lah perangai sensorang sampai boleh gelak sensorang la kalau teringat. Minggu depan dorang balik raya rasanya, ada ke labuan, kajang, Johor. Jadi 2 minggu takde klass.

Bergambar sebelum balik ngaye..
Yang dekat atas ni ramai pulak jadinya sebab bercampur dengan kelas sebelah. Yang mana badan besar-besar kebanyakkannya kelas sebelah. Yang kecik-kecik comel, aaahhh yang tu baru betul. Hehe.. Yang baju hitam kanan sekali tu, pius! Kita kasik potong di situ sebab nampak macam gemuk ajer. Tak dapat terima kenyataan..hahahaha.. okay, tangan kurus. 

Hai, Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama sangat tak beraktiviti. Ermm maksudnya aktiviti melibatkan alam semulajadi. Rasa jela macam lama, padahal before puasa haritu sempat mandi mandi di ulu yam. Ya Allah, rasa macam memberontak sangat hati ni nak pergi berkemah, meredah hutan. Takpun bersnorkeling di laut biru.

Tadi ada google pasal Royal Belum, ahhhhh rasa nak giler tengok gambar-gambar yang ada. Macam nak gigit-gigit jari ni.

Pius : Mimpi berkhemah di bawah jutaan bintang. Ah terharu!! Bila boleh follow zahariz ni???

You, Keep stronger! Everything happened with reason. Masa akan buktikan semuanya. Smile la :) :)

----------
Sent via Email
Rindu pada laut biru,
Rindu cahaya pagi terbitnya matahari,
Rindu taburan bintang di langit,
Rindu kesejukkan air terjun,
Rindu pada lensa mikro,
Rindu pada baju baru serba putih,
Rindu....

Bersabar segala cabaran.......

Pius: Mimpikan bintang di puncak bukit.

----------
Sent via Email
Assalamualaikum :)

semalam, mimpi yang terasa sangat indah sebelum dikejutkan dengan ketukan pintu dari mak. Sahur.

Ahhhhh... Dah lama rasanya tidak bermimpi indah sebegituuuu.. Kenapaaaaaaa????

Bangun makan kurma dan air kosong.

Pius: Moga kita sama-sama berada dlm ruang kasih dan sayangNYA. InsyaAllah. :)
----------
Sent via Email
Assalamualaikum :)

Siapa tahu di dalam kesibukkan kawasan yang penuh dengan urusan jual dan beli (Pasar Borong) terdapat satu tempat teduhan bagi anak-anak yang istimewa ini. Di sekitar kawasan yang agak tidak terurus dan berbau itulah tinggalnya anak-anak kecil ini. Jika di tanya pada diri, mesti jawapannya kita sendiri tidak mahu berada di kawasan penempatan tersebut.

Pada 13 Julai 2014 berlangsungnya Shopping Raya 2014 bagi Madrashah Hashimiah Selayang. Atas inisiatif Projek IQRA', mengumpul derma dan menyalurkannya kepada beberapa rumah anak yatim dan asnaf.

a. 5hb Julai - KLANG & SIK (alhamdulillah selesai) = 143 penerima manfaat 
b. 6hb Julai - Seberang Jaya & Putra perdana, puchong ( alhamdulillah selesai) = 130 Penerima manfaat 
c. 12hb Julai - Maluri & Kuantan = 123 penerima manfaat 
d. 13hb Julai - Selayang = 70 penerima manfaat 
e. 19hb Julai - Nilai = 105 penerima manfaat


Jeng!! jeng jenggg...
 Huhuhuuu... Okay, cukup lah pembukaan yang agak formal itu. Semalam, seawal pukul 7.30 pagi pius and shira gerak ke Madrasah Hashimiah. Alhamdulillah, tak jauh dari rumah dan mudah nak carik Madrasah ni. Tak payah minta tolong abang waze. Haha :)

Assalamualaikum :)

Header lama
header baru 
Alhamdulillah, dalam buzy menyiapkan tempahan, sempat juga spend masa update blog. Huhuuu. Blog ni sekali dah sentuh habis la melarat sampai ke sudah! kerja pun tinggai tepi. Tu la al sebabnya bertukarnya wajah blog, padahal niat awal buka blog sesaje nak naikkan mood bekerja. Memang naik sangat moodnya!
Habislah kalau dah start gatai tangan edit header dekat illust, susah dah nak berhenti. Ringkas-ringkas pun berejam juga daku kerjakan. Ada la macam poyo sikit headernya. Ingat nak bajet korea tadi, hahaha.... Heeeeeee :) pastu backgrond macam tak kena pulak! Letak jela gambar pokok. Kang sampai ke sudah la dok mengedit sana sini.

Superman!!!!!!!

Pius: bebel before tidoq!!!!
----------
Sent via Email
Assalamualaikum :)

Sob sob sobb :( sedey pastu happy!!!!! :) huhu.

Pagi tadi masa nak keluar rumah tengok kereta ada taik burung, huahhhh banyak pulak cecerit dia. Kita dah siap-siap cantik berbaju kurung akhirnya mengambil baldi dan daun pandan menenyeh taik burung itu. sob sob sob.. alangkah indahnya pagi tadi.

Korang pun tau kan pius dah lama berhenti kerja dah nak hampir setahun rasanya pius tak masuk pejabat. Jadi bila keluar pepagi waktu semua berpusu-pusu pergi ke pejabat... huaaahhhh jemmmm.... sedey, janji dengan kawan pukul 9 tapi tiba-tiba pulak jem bukan main lagi dari kepong nak ke shah alam sebab ada kereta rosak dan pembinaan mrt. huuuuuuu sedey, lepas je dari ktm sg buloh baru lah jalan clear. pastuuuu... nak cepat sangat, terlepas pandang trafik light, lampu dah merah dah time tu. Nasib tak ada apa-apa, kereta kiri kanan belum jalan lagi...huuuuu terus berdebarr rasa jantung ni!!

Alhamdulillah sampai jugak tapi lewat 10 minit rasanya. Nasib belum mula lagi kelas, kalau tak rasa bersalah!

Pastu kann... kaannnnnnnnnnn, huaaahhhh jatuh tersungkur masa berjalan masuk ke dalam masjid. Hadapan masjid tu level floor dia tak sama tapi memang tak perasan sebab design dia sama tiada perbezaan. Sekali pandang memang tak perasaan lantai dia berbeza level. Dan nak dijadikan cerita, floornya guna batu kecil-kecil yang jenis timbul-timbul tu. sob sob sob. Tercedera lutut ku ini :(

Memang indah hari ini :)

#First time mengajar

Hari ni first time pius mengajar budak sekolah tapi kebanyakkannya tidak pernah terima pelajaran formal dekat sekolah. Cuma terima pelajaran dekat tahfiz dan kelas tambahan yang dibuat setiap minggu dekat masjid. Pelajar di pisahkan dalam dua group dan dalam group pius ada beberapa pelajar dari kemboja. Boleh bertutur bahasa melayu tetapi penulisan tidak berapa mahir. Umur dalam lingkungan 11-15 tahun. Ada yang berumur 15 tahun tetapi masih tidak mahir menulis. Sebabkan ni first time pius mengajar kanak-kanak jadi tiada langsung persediaan. nge~  Akhirnya decide ajar sifir 5 dan 6 sebab cikgunya dahulu ajar sampai sifir 5.  Seriusly! tak tahu nak mulakan pembelajaran macam mana, sebelum bahagi kumpulan, kita perati je gaya cikgu shira mengajar. Hohohoho.. sebab dia memang dah ada pengalaman ajar budak-budak. Banyak rupanya cara kita boleh menyumbang selain memberi duit. Selama ni tak tahu pulak ada sekolah-sekolah kecil yang perlukan sukerala mengajar pelajar-pelajar.

Sampai sekarang terbayang-bayang wajah hangpa semua, aduuhhh sudah jatuh cinta rasanya. Seronok rupanya mengajar ni ya, patut la teacher ani (kakak) bukan main lagi dok buat gift kasi dekat student. Rupanya inilah perasaannya!!!!! Huaaaahhhhhhh rasa macam dah cair sangat hati ni. hahahaha..

Tq la cikgu shira, kuikuikui sudi ajak kita sama pergi aktiviti macam ni. :) Dalam duka, ada gumbiranya.. Ewah! Niat awalnya macam nak tengok-tengok dulu, kot-kot rasa tak malu boleh la mengajar. Yela, kita ni dekat sekolah selalu jadi orang belakang takbir ajer, nak kedepan pun tak berani. Nak jadi kucing ajer keje nya. Tapi datang-datang je takde nak tengok-tengok dah, memang kena ngajar. Cikgu sangat! Matematik kita no hal, kita kan Siti Sifir. hahahaha *lempanglah*

Next time nak prepare la apa yang patut sebab dah tau setakat mana dorang dah belajar. Aduiiii rasa macam berbunga-bunga sangat hati ni. Ayooo amaaa... cinta kah ini??? kuikuikuiiii...

Selesai math, terus sambung buat kojer. update senarai harga untuk printing dan alhamdulillah makin ramai yang membuat tempahan di KALERFESS. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Berkat kerja berjemaah :) Pukul 5 lebih baru bergerak balik ke rumah.

lutut luka pun saya happyyyyyyy :) Alhamdulillah.

Pius: Seluka luka lutut ku ini, tidak dapat menandingi kebunga-bungaan yang hadir di hati.. hahaha *lempanglah, lempanglah* hahaha.
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah Kalerfess semakin berkembang. Baru kejap tadi jumpa customer. Alhamdulillah syukur sangat dapat bertemu dengan pelanggan dari pelbagai latar belakang perniagaan. Best sangat rasa bila kita boleh saling membantu antara satu sama lain dan berkongsi tip-tip berbisnes. 

Jika sesiapa perlukan bantuan saya untuk membuat bahan promosi boleh terus hubungi Fairuz, whatsapp pun boleh, if saya lambat reply, maknanya saya berada di luar jadi boleh guna mesej biasa atau terus call saja :)

bisnes kad murah!!!
KALERFESS PRINTING SOLUTION
Kepakaran kami adalah membantu anda membuat bahan promosi seperti flyer, brochure, banner, bunting, name kad, kad kahwin,cetakan baju, cenderahati koporat dsb dengan harga kompetitif dan berkualiti.

Apa sahaja anda perlukan, kami akan cuba membantu sebaik mungkin!

Pius : Selamat berbuka :)
Alhamdulillah :)

rezeki bulan ramadhan, semakin ramai yang buat tempahan. Tengah update harga promosi untuk bantu mereka yang memerlukan bahan-bahan promosi.

Kalerfess terus success. InsyaAllah. Aminnn.

Bunting : 2 x 5 kaki
RM35 (qty 1-5)
RM30 (qty 6-10)
RM25 (qty 11-20)
RM20 (qty 20 keatas)

pius : alhamdulillah.

Mobile upload.
Powered by Blogger.