FACTORY RESET: Tablet stuck! Freeze!

/
0 Comments
Hai, Assalamualaikum.

Macam mana raya?? Beraya ke melepet depan tv? Huhuhu... tahun ni pius tak balik melaka sekadar beraya ke rumah jiran, kawan ayah, sedara terdekat. Adalah rasa macam tak raya sikit sebab tak balik melaka.. huhuuu. Raya first jela meriah sebab semua berkumpul dekat rumah nenek, makan-makan borak. Owhh lupa, tahun ni tak ambik gambar big family sedara mara gpatut la rasa macam kureng je.

Raya ni rasa macam awet muda sikit, raya rumh jiran still dapat duit raya... ehhh.. malu pulak kita. rasa macam baru sekolah menengah je. Ada tu ampau RM2, simpan lagi dm almari. Terima duit raya dari adik beradik tu biasa jela. Itu dah jatuh sunat muakad dah tu... hahaha.. main-main. Gurau.

Semalam, buka almari ternampak la tablet dok ceruk almari. Beli tahun lepas, tapi awal tahun ni tiba-tiba tak boleh on, kalau on pun dia macam stuck dekat icon android. Nampk macam tengah loading tapi sampai kesudah dok loading sampai bateri pun kering. Dah lama dok on of, siap buka dalam dia lagi.. kenkonon pro la nak baiki. Tu yang simpan je buat pekasam... nasib tak buang...

Semalam saja on, tiba-tiba keluar icon android macam tengah sakit.. warning sign + recovery mode. Cuba google, baca forum sana sini. Rupanya device ni boleh reset balik. Okay lah, cuba recovery balik ke factory default. 



Dah buat recovery tapi still jugak tak boleh on....asyik repeat recovery mode.

Malam ni, baca lagi forum-forum yang ada. Ada yang suggest install firmware. Apajadah tu pun kita tak tau.. follow je. Carik brand device dulu sebab tak tau.. hahaha..

Eken w70 ... okay, dah tau brand baru senang kerja.

Misi mencari firmware pulak dan masukkan dalam sd card. Guna sd card handphone pun boleh.
First trial tak jadik, second firmware jadi tapi touchscreen tak berfungsi. Terakhir, wokey!!!!

Banyak memebebel je dekat sini. Ni pius letak pic untuk recovery mode, reset device kepada factory default.

Brand eken w70. Recovery mode. China brand
1. Try reset guna key dahulu.
2. Kalau tidak berjaya, download firmware mengikut brand dan masukkan dalam sd micro card
3. Off device, masuk sd card, on device.
4. Device akan update sendiri / manually ikut step 1.

sumber gambar : google
normal recovery
Futeko - firmware


recovery + firmware

tadaaaaa.... dah siap.
Siap! tapi harap maklum, semua maklumat telah dipadam. Kira format balik la.



No comments:

Powered by Blogger.