Hari jatuh-jatuh bangun!

/
0 Comments
Assalamualaikum :)

Sob sob sobb :( sedey pastu happy!!!!! :) huhu.

Pagi tadi masa nak keluar rumah tengok kereta ada taik burung, huahhhh banyak pulak cecerit dia. Kita dah siap-siap cantik berbaju kurung akhirnya mengambil baldi dan daun pandan menenyeh taik burung itu. sob sob sob.. alangkah indahnya pagi tadi.

Korang pun tau kan pius dah lama berhenti kerja dah nak hampir setahun rasanya pius tak masuk pejabat. Jadi bila keluar pepagi waktu semua berpusu-pusu pergi ke pejabat... huaaahhhh jemmmm.... sedey, janji dengan kawan pukul 9 tapi tiba-tiba pulak jem bukan main lagi dari kepong nak ke shah alam sebab ada kereta rosak dan pembinaan mrt. huuuuuuu sedey, lepas je dari ktm sg buloh baru lah jalan clear. pastuuuu... nak cepat sangat, terlepas pandang trafik light, lampu dah merah dah time tu. Nasib tak ada apa-apa, kereta kiri kanan belum jalan lagi...huuuuu terus berdebarr rasa jantung ni!!

Alhamdulillah sampai jugak tapi lewat 10 minit rasanya. Nasib belum mula lagi kelas, kalau tak rasa bersalah!

Pastu kann... kaannnnnnnnnnn, huaaahhhh jatuh tersungkur masa berjalan masuk ke dalam masjid. Hadapan masjid tu level floor dia tak sama tapi memang tak perasan sebab design dia sama tiada perbezaan. Sekali pandang memang tak perasaan lantai dia berbeza level. Dan nak dijadikan cerita, floornya guna batu kecil-kecil yang jenis timbul-timbul tu. sob sob sob. Tercedera lutut ku ini :(

Memang indah hari ini :)

#First time mengajar

Hari ni first time pius mengajar budak sekolah tapi kebanyakkannya tidak pernah terima pelajaran formal dekat sekolah. Cuma terima pelajaran dekat tahfiz dan kelas tambahan yang dibuat setiap minggu dekat masjid. Pelajar di pisahkan dalam dua group dan dalam group pius ada beberapa pelajar dari kemboja. Boleh bertutur bahasa melayu tetapi penulisan tidak berapa mahir. Umur dalam lingkungan 11-15 tahun. Ada yang berumur 15 tahun tetapi masih tidak mahir menulis. Sebabkan ni first time pius mengajar kanak-kanak jadi tiada langsung persediaan. nge~  Akhirnya decide ajar sifir 5 dan 6 sebab cikgunya dahulu ajar sampai sifir 5.  Seriusly! tak tahu nak mulakan pembelajaran macam mana, sebelum bahagi kumpulan, kita perati je gaya cikgu shira mengajar. Hohohoho.. sebab dia memang dah ada pengalaman ajar budak-budak. Banyak rupanya cara kita boleh menyumbang selain memberi duit. Selama ni tak tahu pulak ada sekolah-sekolah kecil yang perlukan sukerala mengajar pelajar-pelajar.

Sampai sekarang terbayang-bayang wajah hangpa semua, aduuhhh sudah jatuh cinta rasanya. Seronok rupanya mengajar ni ya, patut la teacher ani (kakak) bukan main lagi dok buat gift kasi dekat student. Rupanya inilah perasaannya!!!!! Huaaaahhhhhhh rasa macam dah cair sangat hati ni. hahahaha..

Tq la cikgu shira, kuikuikui sudi ajak kita sama pergi aktiviti macam ni. :) Dalam duka, ada gumbiranya.. Ewah! Niat awalnya macam nak tengok-tengok dulu, kot-kot rasa tak malu boleh la mengajar. Yela, kita ni dekat sekolah selalu jadi orang belakang takbir ajer, nak kedepan pun tak berani. Nak jadi kucing ajer keje nya. Tapi datang-datang je takde nak tengok-tengok dah, memang kena ngajar. Cikgu sangat! Matematik kita no hal, kita kan Siti Sifir. hahahaha *lempanglah*

Next time nak prepare la apa yang patut sebab dah tau setakat mana dorang dah belajar. Aduiiii rasa macam berbunga-bunga sangat hati ni. Ayooo amaaa... cinta kah ini??? kuikuikuiiii...

Selesai math, terus sambung buat kojer. update senarai harga untuk printing dan alhamdulillah makin ramai yang membuat tempahan di KALERFESS. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Berkat kerja berjemaah :) Pukul 5 lebih baru bergerak balik ke rumah.

lutut luka pun saya happyyyyyyy :) Alhamdulillah.

Pius: Seluka luka lutut ku ini, tidak dapat menandingi kebunga-bungaan yang hadir di hati.. hahaha *lempanglah, lempanglah* hahaha.


No comments:

Powered by Blogger.