Misi tukar duit raya berakhir di.....

/
0 Comments
Hai, Assalamualaikum :)

korang da tukar duit raya???? Tau, mesti korang dah tukar punyer. Semalam pius pergi tukar duit raya... Ayooo last minit baru nak tukar duit raya. Dah la last minit, keluar rumah pun last minit jugak. pukul 3 baru nak keluar. Kononnya cakap dekat mak 'buat kerja' padahal kerja dah lama habis. Dok update blog...hahaha....  

Hurmmm sekali punya jem la jalan. Dah macam dekat kL pulak jemnya. Bank pukul 4 lebih dah tutuppp... Pukul 4 sampai bsn, duit habis. 4 lebih sampai cimb, maybank dah tututp... Hahahahaha.... 

Okay, tahun ni takdak duit raya!! Nanti pius buat askrim malaysia la ganti duit raya.. 

Otw pergi mall, terpikir mesin autopay. Selalu time nak bayar parking, bakinya singgit singgit. Huhuuu tapi area sini takde mesin autopay..


'mak, kita tukar dekat orang parking la'

kan.. Setiap kali masuk mall mesti kena bayar RM1 dekat guard. So, mesti dia banyak RM1. Huaaahahaha.. Hulur RM50....

'Uncle, saya nak baki RM1 RM1, nak buat duit raya' okayyyyy banyak!! 

'uncle tukar lagi RM50 boleh' okayyy... volehhh..

'Uncle tambah lagi RM100 boleh?'

Hahahaha... Bersusun duit seringgit dia. Dah siap-siap ikat RM100 RM100.. 

"ada lagi, kalau mau tukar bagitau"

Pius: Nahh, tukar lagi lambat-lambat.... 


No comments:

Powered by Blogger.