No Caption Available!

/
0 Comments
Hai, Assalamualaikum.

Hari ni last day bersama Siti Sifir before balik Raya. Hehe :)  Korang..... seronok rupanya mengajar kanak-kanak ni. Aduhh, dah jatuh cinta rasanya. Bila balik rumah tu rasa macam adeh, berbunga-bunga rasa hati ni. Terbayang-bayang lah perangai sensorang sampai boleh gelak sensorang la kalau teringat. Minggu depan dorang balik raya rasanya, ada ke labuan, kajang, Johor. Jadi 2 minggu takde klass.

Bergambar sebelum balik ngaye..
Yang dekat atas ni ramai pulak jadinya sebab bercampur dengan kelas sebelah. Yang mana badan besar-besar kebanyakkannya kelas sebelah. Yang kecik-kecik comel, aaahhh yang tu baru betul. Hehe.. Yang baju hitam kanan sekali tu, pius! Kita kasik potong di situ sebab nampak macam gemuk ajer. Tak dapat terima kenyataan..hahahaha.. okay, tangan kurus. 


kertas comot, asyik tulis padam, tulis padam... 

MH370
MH370
MH17

Nampaknya dorang pun update jugak pasal Kapal terbang MAS. Awal pagi sebelum sahur, ada kawan update whatsapp dengan image bercaption 'takut dah nak naik mas'. Bila tengok caption negative je, terus rasa macam malas nak tengok. Macam.. 'takpe la, sat gi tengok' . Sekali bila bangun sahur, semua dok tengok Awani update pasal MH17.

Macam tak caya...

Terpikir jugak, Pengajaran apa sebenarnya yang Allah nak beri pada kita semua. Apa agaknya yang Allah nak sampaikan pada kita semua. Tapi yang pasti, ada hikmahnya.

MH370, GAZA, MH17..... Mungkin masa untuk kita BERSATU....

Pius : .............. silent...............



No comments:

Powered by Blogger.