[PASAR PERCUMA!!!!!] #FREE MARKET Kota Damansara

/
0 Comments
Hai, Assalammualaikum :)

Jika di tempat lain ada Pasar Karat, di Kota Damansara ada Pasar Percuma! Hahaha, perumpamaan apakah ini.... Tak, tadi ada pakcik seorang ni tanya.. ingat pasar karat. 'Tak pakcik, semua belom karat lagi'

Harini kita ke Kota Damansara #Free Market. (Esok 20 Julai, di Kajang)

Beri atau ambil apa sahaja :)
Tak pasti siapa yang invite event ni. Lepas balik dari seminar haritu, ramai kawan-kawan dari latar belakang usahawan add dekat fb. Rasanya dorang la kot yang invite, sebab tak kenal muka. hehe.. apa-apa pun terima kasih invite :)



Tapak strategik beserta stand percuma!
Kita orang sampai awal pagi tadi, pukul 8 dah bentang tikar. Dapat pulak stand percuma, terus boleh gantung baju. huhuu.. tak sia-sia kita bawa hanger. Allah permudahkan :)

Time ni tengah mengemas, curi-curi ambik gambar sebelum keadaan jadi busy.

yang sorang ni pura-pura mengemas
Pius tak bawak banyak barang, kononnya nak bawa baju charity haritu, ada banyak kotak. Tiba-tiba subuh tadi... mak bagitau 'kan dah kasi dekat asnaf ' ehhhh ehhhh ehhhhhh... sendiri yang hantar sendiri yang lupa.. Jadi bawa baju yang sempat punggah jela semalamnya.

sengih, sengih juga.. tangan kena jalan..huhuu
Kereta shira paling penuh dengan barang.. memasing macam dah risau. Takut tak habis... Tu pun ada lagi penderma yang datang tambah barang-barang sebab dorang tak bawak tikar, just datang untuk kasi sumbangan saja.

Pukul 9 pagi, #FreeMarket dibuka untuk golongan asnaf dan yang terpilih sahaja. Lebih kurang 150 orang. Selepas selesai, barulah dibuka untuk orang ramai.

masuk masuk ambik ambik...
Nenek rockers ni telah mengambil maxi dress ku
aci pakai tudung ke?
Banyak ooooiiiiii baju cantik-cantik! Baju-baju mak datin semua ada. Telekung baru, Baju melayu.. eh, macam-macam la.. tepung, roti pun ada. Ketupat jangan kata, tentunya ada! dan ianya PERCUMA!

Kehulu kehilir, buzy noh nengok...
adik kecik pun nak pakai tudung :)
 Barang dah hampir licin :)

baru boleh duduk rilek
 Last, tudung dan beberapa pasang baju kurung :) lalalalalalala...

kura-kura dalam perahu lagi
Misi hampir berjaya, oyeeahhhh
Kedai sebelah hampir gulung tikar. 

Yeahhhhhhhh...gulung tikarrrrrr...

hehe :) Okay dah, jom balik! Lari sebelum orang lain ambik tikar bilik ku :) Esok Free Market Di kajang


Pius : Habis dah event... tinggal kojer ajer bertimbun-timbun :)


No comments:

Powered by Blogger.