PROJEK IQRA' Shopping Raya 2014

/
0 Comments
Assalamualaikum :)

Siapa tahu di dalam kesibukkan kawasan yang penuh dengan urusan jual dan beli (Pasar Borong) terdapat satu tempat teduhan bagi anak-anak yang istimewa ini. Di sekitar kawasan yang agak tidak terurus dan berbau itulah tinggalnya anak-anak kecil ini. Jika di tanya pada diri, mesti jawapannya kita sendiri tidak mahu berada di kawasan penempatan tersebut.

Pada 13 Julai 2014 berlangsungnya Shopping Raya 2014 bagi Madrashah Hashimiah Selayang. Atas inisiatif Projek IQRA', mengumpul derma dan menyalurkannya kepada beberapa rumah anak yatim dan asnaf.

a. 5hb Julai - KLANG & SIK (alhamdulillah selesai) = 143 penerima manfaat 
b. 6hb Julai - Seberang Jaya & Putra perdana, puchong ( alhamdulillah selesai) = 130 Penerima manfaat 
c. 12hb Julai - Maluri & Kuantan = 123 penerima manfaat 
d. 13hb Julai - Selayang = 70 penerima manfaat 
e. 19hb Julai - Nilai = 105 penerima manfaat


Jeng!! jeng jenggg...
 Huhuhuuu... Okay, cukup lah pembukaan yang agak formal itu. Semalam, seawal pukul 7.30 pagi pius and shira gerak ke Madrasah Hashimiah. Alhamdulillah, tak jauh dari rumah dan mudah nak carik Madrasah ni. Tak payah minta tolong abang waze. Haha :)


Kalau siapa yang biasa dengan area pasar borong, korang mesti tau kan keadaan kawasan sekitar Maybank, Bank Islam yang belakang pasar borong tu macam mana kan. Kan kan kan... dekat situ rumahnya.

Kita orang dimaklumkan, Madrasah Hashimiah ni special sikit dari rumah-rumah yang lain. Adik-adik ni semua adalah dari Rohingya yang mana rata-ratanya adalah beragama Islam dan ditindas oleh pemerintah beragama lain dimana sejak dahulu lagi terjadinya pembunuhan beramai-ramai untuk menghapuskan etnik Muslim di Rohingya. Boleh google.

Bergambar

Bergambar lagiii
Sementara tunggu Mydin buka, kita orang bergambar dulu la bersama adik-adik ni. Syahid dan Rafik. Fairuz jaga Rafik yang kecik sikit tu. Sorang Sukarela jaga sorang adik.

pilih selipar
nak jam.
Sorang adik dibekalkan RM150 seorang, jadi akaknya ni akan uruskan la duit tersebut. Kau cakap je nak apa, akak tolong pi bayarkan. huhuu..

Jam 10 hengget je
Muka adik Rafik yang bosan menunggu pius betulkan jam.. hahaha.. xyah la buat muka camtuuuuu...

Tunggu depa cuba baju :)

nak seluar kaler kuning.
Rafik ni semua pakaian dia nak terang-terang. Seluar kuning, baju kuning. Seluar oren. hahahaha... penat la designer ni bagi baju yang padan, nak jugak warna warni. takpe la,asal hati gembira. Shahid dah besar sikit, dah pandai pilih baju.

Selesai Shopping.
Selesai Shopping Raya :)

Rafik : Ni apa?
Pius : Ni seluar (Pelikat pant)
Rafik : Taknak, macam bangla.
Pius : Erk~~~ (Hahahaha, Ni la seluar orang dok pemes emes sekarang ni) *tak sangkaaaaaa jawapnya gituuu. haha.

Pius : Umur 13 tahun, dah hafal 14 juzuk Al-Quran. *Lempang diri sendiri!!!*


No comments:

Powered by Blogger.