Jom ke Bukit tinggi, Pahang.

/
0 Comments
Bukit Tinggi, Pahang

Hai, Assalamualaikum :)

Hehe, merajinkan diri update gambar jenjalan di bukit tinggi, pahang.

Hari: Ahad
Tarikh : 17 Ogos 2014

tiba-tiba nak letak tarikh pulak. 

Hari ahad lepas pius dan shira ke bukit tinggi, pahang. Ni kali kedua pius ke bukit tinggi dan tak kisah untuk pergi kali yang ketiga. hehe. Alhamdulillah, cuaca elok sangat hari ahad tu. Beberapa hari sebelumnya hujan turun setiap petang.

Cadang gerak dari rumah pukul 9 pagi.

nampak tak kesungguhan mengupdate disini???
Jalan-jalan Japanese Garden dulu. Lama tak bersenam, naik bukit tinggi sikit kaki dah lenguh-lenguh.

posing setiap tempat. haha
Di sebabkan ni kali kedua, adalah gambar-gambar yang serupa. Tempat ni tak pernah berubah pun :) 

penceduk dia selalu hilang, jadi ceduk guna tangan sendiri laa.....

sama la pulak gayanya~ ni memang gaya orang yang malas nak bersiap. pakai baju paling mudah je. 
lepas ni kena beli tripod, kaki 3, kaki 4 tu. baru senang nak bergambor

Dah, tu jela gambar-gambar bajet cun yang ada dekat japenese garden. kang kalau ada orang muntah hijau, saper nak lap?

Colmar Tropicale. 

Ambik angin dekat tower. Aaaahhhhhhhhh... angin sedapnyaaaaaa. Rasa nak buat rumah terus dekat atas ni. Jeles tengok banglo atas bukit! Rumah siapa la tuuuuuuuu. Gambar atas tower ada tapi angin kuat sangat sampai terbang-terbang tudung. huhuu..

belakang tu towernya
saja interframe nak ambik gambar pengantin :)

METRO : Model ini masih lagi tidak menerima bayarannya. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan???
Cukup, cukup sudah.. cukup sampai di sini saja...

Animal farm
Moh la kita main dengan rabbit.

Encik rusa tengah rehat
 Rusa ni diam je orang usik-usik dia. Ada yang dok kiri kanan kiri kanan kan tanduknya, dia diam je. Amboi sangat. kalau kita dah sondol dengan tanduk. Senonoh la sikit. eh ehhh... Badan dia gedik-gedik sikit bila kita sentuh.. hahaha.

aku yang dulu bukan la yang sekarang... lalala...
Patut la dulu arnab-arnab ni lari, rupanya tak bagi makanan. Pandai ehhhhh... Rusa dan arnab dekat sini memang jinak-jinak. Tak takut dengan orang. 

Habis jenjalan, berhenti sebelah padang golf. makan nasi goreng. hehe. Sempat lagi bawa bekal :) Dekat atas ni makanan mahal sikit. 5 kali ganda mahalnya. Jadi bawa siap-siap bekal, lagi jimat. Tak pun beli siap-siap sebelum naik atas.

Tu je kisah bukit tinggi pahang

***********************************************************
Dah, update tu jela. tadi dok mengadap pc. Mak tegur. "kita kalau buzy macam mana pun, makan kena ikut masa" "bila makan tak ikut time tu yang nati gastrik, sakit kepala"

Hahaha... ni ayat risau ke atau nak suruh kita masak ni??? terconpius pulak. 

Entah la, bila dah buat kerja tu leka sampai tak ingat nak makan. Rasa macam kenyang jela perut ni dengan kerja. Kekadang tengah malam baru terasa lapar nak carik nasi. Manalah badan tak naik. Makan secara tak sihat. 

Pius: Nak mandi sungai :)


No comments:

Powered by Blogger.