Cerita before raya buat mereka :)

/
0 Comments
Hai, Assalamualaikum

Salam raya :-) 
Korang buat apaaaaaa... malasnya nak update raya. Huhu. Aktiviti Ramadhan pun tak berupdate lagi. Last aktiviti before raya.. Sehelai baju buat menyapu si air mata.



Program ni last minit shira jumpa, malam 26 bertempat di masjid jamek. Kuala lumpur.
Mula-mula tu adalah rasa neves sikit nak join program ni sebab aktivitinya di tengah kl. Adalah macam resah sikit. Pikir dekat mana nak parking, pastu macam mana nak berjumpa dengan mereka (gelandangan).

Malam 26hb...

Masa nak pergi ni dah macam resah pulak tiba-tiba hati ni.. dengan air tumpah satu badan. Anak buah punya hasil tangan, Salin pulak baju lain....Kepala dah pikir ke lain, kl jam kot, sat gi parking kena saman kot... mulalah attract benda-benda tak baik.. haishhh....

Alhamdulillah, semuanya okay :-)

Masa sampai, cuma ada sukarelawan aje. Datang-datang terus buat kerja bungkus makanan minuman. Ada Satay, ketupat, kuih muih, kurma, roti. Banyak lagi lupa dah..huhu... lama-lama makin ramai sukarelawan yang datang, sampai penuh meja. Tangan yang ada pun terlebih-lebih... sampai pius pun tak tahu nak buat kerja apa lagi. Hahaha... kita dah datang, kalau tak buat kerja.. tak best. So, selit-selit jugak supaya dapat membusykan diri.. hahaha...

Baju melayu zizan razak
Kali ni bukan dapat baju terpakai tau tapi baju melayu zizan razak!!! huyoooo.. Baju kurung cantik-cantik!! Pius pun takde, huhuuu... Murah hati penaja ni, siap beli baju-baju dari jakel lagi. Siapa yang tak gembira kan... Lupa nak snap gambar baju kurung :)


Gambar penerima tak boleh diambil :) Memang penuh perkarangan masjid ni. Dorang ni kebanyakkannya datang k.l cari kerja. Ada dari sabah sarawak, tak pulang sebab takde duit untuk beli tiket flight.

Yang dekat atas tu, majlis dah habis :)

Pius: Bersih kolam jiwa :)


No comments:

Powered by Blogger.