Cuti melemaukan

/
0 Comments

Hai, Assalamualaikum :-)

Tula, cuti raya lama-lama lagi, huhuuu -.-

Nak switch on mood kerja pun dah payah. Rehat banyak sangat ni...  Alhamdulillah, kalerfess semakin berkembang dari hari ke hari. Rezeki tu Allah dah tentukan untuk setiap orang. Syukur sangat. Cuma nak kena tambah lagi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan printing n bisnes.

Bila kita usaha, nekad dengan matlamat kita... InsyaAllah jalan tu rasa macam terbentang luas je. ada je laluan yang DIA beri untuk kita. Kadang-kadang benda yang kita tak sngka akan jumpa, tiba-tiba je ada depan mata.

Memang ada cabarannya bekerja sendiri sama macam pekerjaan lain. Kalau kerja makan gaji, bila berlaku kesilapan client marah, tambah pula kemarahan bos. Bila kerja sendiri, pun kena marah jugak.. marah diri sendiri. Huhu.. tapi itulah ilmu yang susah nak dapat. Kesilapan untuk membaiki diri.

Orang kata, selagi tak terbang.. macam mana nak tahu selebar mana sayap kita boleh berkembang. Buat je dulu, baru tahu tahap mana kita. Just do it katanya. Hurm macam helang mengajar anaknya terbang... menarik!

Tapi satu yang pius belajar.. nak bisnes, bisnes betul-betul! Jangan berjudi. Semua main redah je, ilmu bisnes takde, system entah kemana, main langgar semua benda.. cuba try test.

Sebab tu pius percaya, Berbisnes perlu ada mentor. Mentor yang dah berjaya dalam bidang yang kita pilih. Yang tahu arah mana perlu kita tuju dan arah mana yang kita perlu skip.

Koranggg, doakan lah pius. Bukan senang kita nak jumpa usahawan berjaya yang sudi ajar kita dari A to Z. Yang sama-sama nak tengok kita berjaya. 

Pius tak kesah orang sekeliling kata apa. Yang pius tahu, pius nak capai matlamat dan contribute balik. Tak semua orang paham kehendak dan matlamat kita. Tak boleh marah orang bila ada yg laser mulutnya. Sebb dorang tak paham matlamat kita.

Harap dapat ilmu yang bermanfaat :-)

Bagi masa pada diri belajar ilmu yang betul. Taknak berjudi lagi.

Korangggg... layan feeling pulak malam ni.. hekkk :-)  sori
Bebelan yang mungkin korang tak paham........

Tak kena langsung dgn tajuk...

Kawan, jangan putus semangat. chayook la... senyum :-)



No comments:

Powered by Blogger.