Hari penuh kelajuan : Bisnes coaching

/
0 Comments

Assalamualaikum :-)

Alhamdulillah, hari yang sangat puas! Buas dan tuas. Apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Nak lelap dah ni, 3 pagi. Syoknya tidur di kala badan kelenguhan. Formal sikit bahasa.

Pagi tadi ke Sri Serdang ada bisnes coaching dengan jutawan printing. Sampai awal 15 minit, breakfast nasi lemak. Hukhukhukkk... dah naik pejabat, rupanya salah tempat.  Hehe.  Rupanya bukan di wisma sri serdang tetapi di pejabat cheras. Buka pejabat baru. Dapat la tengok document dalam proses filling. Huishhhh banyaknya. Tak sangka pulak kena buat filling sedetail dan sebanyak itu. Terkejut bila tengok gambar filling office di serdang.

Welcome to the club :-)  hehe... open la sikit mind yang tak pernah belajar bisnes ini.

Balik kepada coaching, harini belajar pasal bmc - bisnes model canvas. Alhamdulillah untuk ilmu hari ini. Terima kasih Tuan Haji Basit :-)  Banyak yang saya pelajari dan banyak juga yang perlu saya perbaiki. Terutamanya dalam bab pengiraan kos.. owhh, tak lupa medical card :-)  rahsia sudah terbongkar.

Dapat duduk semeja dengan mereka yang seangkatan bidang memang sangat saya hargai. Tak kira tua atau muda, kita masih boleh berkongsi ilmu. Dan yang penting, saya kini sudah mempunyai mentor yang betul :-)

Moga kalerfess akan lebih berkembang dengan sistem dan pengurusan yang betul.

Ada 3 owner printing lain yang mengikuti kelas bmc ini. So, dapat lah menambah kenalan dalam skop bisnes. Huhuuu.

Habis kelas bmc, terus ke shah alam. Uruskan kerja. Dari shah alam ke kepong dan batu caves berjumpa supplier. Terkejar-kejar sikit harini.

Malam, ada customer nak jumpa. Hantar baju F1 dan namecard. Dapat crunchy flakes sebalang.. sedap gila, gila pun tak sedap macam tu.

Malm, buzy buat mock instagram untuk wedding kawan. Sambil-sambil tu rehat tengok runningman. Itu yang jadi lambat kerjanya. Huhuuu



No comments:

Powered by Blogger.