Bah...

/
0 Comments
Assalamualaikum, hai....

27 Ogos lepas, pius sekeluarga hantar babah (ayah) ke Komplek Tabung Haji. Babah berangkat malam. Petang tu gerak awal sikit, nak elak jam.





Dari rumah sebenarnya dah kesat-kesat air mata, sebak rasa. Pius anak perempuan last dalam family (bawah adik lelaki) tapi pius suka buat hal sendiri. Ada masalah, tak suka share. Dari kecik babah dah ajar berdikari, jadi bila besar terlebih berdikari pulak. huhu. Allah dah atur cantik :) ada sebab semua benda terjadi. 

Tadi babah telepon, tapi line tak berapa nak clear sangat. Baru cakap sikit dah terputus. sedeyyy laaaaa.. tapi teknologi sekarang semakin maju, boleh whatsapp :) Nasib ayah pius pandai whatsapp2 ni, dapat jugak send gambar. Tadi pun rasanya, babah rehat kejap dekat hotel. tu yang boleh telepon. 

Bah, terima kasih sebab sokong apa yang pius buat. Selama ni kita tak pernah ada topik yang betul-betul kita boleh borakkan. Bab bisnes baru masuk kan.. huhu.. Terima kasih selalu bagi info pasal bisnes. Tolong itu ini. Cuma pius yang tak cukup pantas bertindak. Maaf pius kecewakan babah, pius fokus satu-satu dulu ya :)

(Y sebenar)

Bah..

Pius: Nak capai matlamat!


No comments:

Powered by Blogger.