Merajinkan Diri Update Kad Kahwin

/
0 Comments
Kad Kahwin Kalerfess

Assalammualaikum, Hai :)

Sebenarnya rajin aja tangan ni menaip cerita itu ini tapi bila nak klik button publish je, mesti tertekan button draft. Haha. Kita simpan dulu la...

Minggu ni banyak perkara yang perlu diselesaikan. Selepas balik dari Seminar Marketing ahad lepas, banyak idea-idea baru yang hendak diketengahkan. Bajet nak review dan bincang dalam minggu ni tapi ada kerja yang perlu diselesaikan dulu.

Alhamdulillah, hari ni dapat bantu 3 pasangan pengantin dan 1 lagi pasangan akan menyusul kemudian. Hujung tahun banyak majlis perkahwinan kan, jadi waktu ni adalah waktu yang sesuai untuk buat tempahan kad kahwin.


Dulu untuk produk kad kahwin, namanya cintaqaseh kad kahwin tetapi sekarang diletak terus bawah Kalerfess. Mungkin masa hadapan akan ada perubahan lain. dalam proses kemaskini :)

Layan bakal pengantin adalah yang terbaik sekali. huhu. Kadang-kadang mesej bincang sayang ayang pun di forward nya pada kita. Haha. Tiba-tiba sendiri yang malu. Pelanggan suka, kita lagi lah suka kan :)

p/s: Alhamdulillah, dapat bantu daily delicious untuk branding semula kuih tart nya:) in progress.

Kalerfess Printing Solution
"Kepakaran kami adalah membantu melonjakkan bisnes anda dengan 'Branding' yang tepat & hebat sehingga membuatkan hati pelanggan anda terpikat dan melekat"


No comments:

Powered by Blogger.