Huru-Hara + Praktis Bahasa Melayu Tinggi

/
0 Comments
Assalamualaikum :) Hai.

Ambil masa update blog santai-santai.

Korang buat apa? Pius minggu ni kehulu-kehilir dari K.L - Ampang- Kepong - Sungai Buloh. Hehe. Sekarang kan musim hujan petang-petang, pun redah jugak :) Rindu pulak nak mandi hujan... Semalam pergi sungai buloh lalu rawang, lebat sangat hujan sampai tak nampak jalan. Nampak pulak petir depan mata :) yela, lalu ikut rawang kan banyak kawasan bukit-bukau. Seram jugak petir-petir:)

slow and steady


Sebelum ke sungai buloh, hantar dulu kad kahwin.
Kad kahwin Poskad
Masa penghantaran ni, customer bayar cas penghantaran. Mula tu tengok gitu jela duit dalam sampul sekali bila dah nak balik, tengok customer bayar note 50. Mungkin dia tersilap dengar, sebab area berdekatan memang pius cas RM10 sahaja. Bila call, rupanya memang dia nak beri RM50 untuk penghantaran. Happy dengan perkhidmatan yang diberi...

Alaaaaaa, korang gembira. kita pun gembira :) Terima kasih kepada semua yang menyokong Kalerfess. Sayang Korang.

Beberapa hari lepas, pius didalam kehuru-haraan. sob sob sob... Disebabkan sistem kalerfess belom betul-betul tersusun, jadi bila tempahan masuk tak putus-putus, segala data customer dan tempahan tidak tersusun dan berserabut sekali. -___-

Untuk sistem filling, belum lagi pius kuasai. Tunggu Tuan Abdul Basit coaching pasal sistem filling. InsyaAllah, akan datang :)

Buat masa sekarang, pius dah mulakan sikit-sikit membina sistem untuk kalerfess supaya akan datang lebih tersusun dan mudah.


study BMC dan costing
Masih banyak lagi yang perlu pius perbaiki, bila ada masa waktu malam pius akan review apa yang perlu. Bersyukur sangat, pelanggan beri feedback, kata-kata semangat dan kepercayaan. Terima kasih korang sudi beri feedback :) Team Kalerfess akan terus memperbaiki perkhidmatan agar lebih baik dan baik.

Praktis Bahasa Melayu Tinggi,

Huhu. Sebenarnya semenjak serius untuk berbisnes, ramai kawan-kawan baru dikalangan usahawan yang pius temui :) Walaupun pius masih baru dalam bidang ni tetapi mereka sentiasa memberi kata-kata sokongan, memberi idea, sharing maklumat juga customer. Walaupun dalam bidang yang sama, mereka tidak pernah kedekut dalam berkongsi maklumat malah ada juga customer mereka yang di sub kan kepada pius :) Saling bantu-membantu katanya.

Jadi, bila berkawan dengan mereka ni. Penggunaan ayat serta percakapan mereka agak berbeza sedikit. Majoriti akan menggunakan 'bahasa melayu tinggi'. Tiada short form. cakap tidak merapu dan sentiasa memanggil rakan bisnes dengan gelaran Tuan/Puan/Jutawan walaupun pius boleh dikatakan baru sangat dalam bidang ni....hehe. Praktis bahasa melayu tinggi :)

Disebabkan mereka ni sering bercerita pasal solusi (penyelesaian masalah) serta idea-idea baru untuk perniagaan, jadi pius pun terikut-ikut sikap mereka. kadang-kadang bila jumpa kawan lama, berbual rasa tak feel. hahaha.. rasa macam tak masuk je.

Pius ada sorang kawan karib sejak belajar dulu. Time belajar memang kita orang rapat sangat sampai la dia dah kahwin. Kalau borak tu memang tak ingat la sampai ke pagi. huhu. Disebabkan kita orang jauh, kurang la berjumpa. Sampai la satu hari, dia mesej. Katanya nak berbisnes. (memang kita orang kaki bisnes time belajar dulu :) tetapi..... asyik cerita masalah jeeeee... adoi. pening kepala.

nak buat bisnes tapi tiada modal

macam mana fairuz? aku ni duduk dalam hutan. line internet takde

itulah masalahnya, kawasan kita tu tak ramai sangat orang.

Gitu-gitulah setiap percakapan dia, mesti dimulakan dengan "itulah masalahnya"... memang pening nak layan sebab kepala kita pun dah twist ke lain. huhu. Pening-pening sangat, terus heret dia pergi seminar bisnes. Selepas berkali-kali, barulah dia setuju untuk join. Haaaa.... lepas tu barulah "masuk" setiap kali berborak. hahaha...

Sekarang tiada lagi alasan beliau, yang dia tahu.. take action! Now, dah launch produk sendiri "Be Crunchy". Alhamdulillah. Tahniah sahabat :)

Berjaya Bersama :)

Pius: Suka jumpa Usahawan Generasi Baru :) Saling sokong-menyokong, bantu-membantu.


No comments:

Powered by Blogger.