IMKK 23-26 Oktober 2014

/
0 Comments
IMKK 23-26 Oktober 2014

Assalamualaikum, hai :)

Rasa macam baru sahaja ke IMKK Jun lalu. Jarak di antara Jun dan oktober seakan dekat sangat :) Alhamdulillah, Fairuz juga akan ke IMKK 23 oktober ini. Teruja dah ni....

Mungkin bagi korang yang pertama kali pergi IMKK ni mesti tertanya, apalah yang teruja sangat tu.. hehe. IMKK ni lebih kepada dalaman/kerohanian kita. Banyak slot-slot muhasabah diri, time slot-slot ni memang meleleh-leleh la... satu dewan akan kedengaran menangis teresak-esak. Ni nak recharge kembali, dah banyak tumpahan-tumpahan hitam. heeee :)

Bagi yang first time masuk dewan seminar, jangan terkejut pula bila semua peserta bermarathon mencari tempat duduk paling hadapan (seat general). Saya di antaranya! IMKK perlu duduk di depan. Kalau MMM takpe, sebab tak ramai sangat orang. Tetapi IMKK, ah.... harus berlarian mencari tempat duduk hadapan. Melainkan kalian seat vip ke atas :) Yang tu tak perlu bermarathon :) sebab dah sah duduk di bahagian hadapan.

Pengalaman marathon tu yang paling best! Waktu kita masih menunggu pintu dewan dibuka,kita akan bertemu ramai rakan baru. Sharing maklumat perniagaan, idea bisnes, bincang isu dalam bisnes. Best! Paling penting untuk kita ada group (whatsapp-rakan bisnes) selepas imkk untuk sentiasa bermastermind. Jadi, rajin-rajin la berkenalan ya :)

Lepas keluar IMKK, diri dah tak tentu arah nak buat itu ini. Semangat tengah naik kan, dalaman pulak tengah kuat.

Waktu saya pergi IMKK dulu, saya baru betul-betul serius nak bangunkan Kalerfess. Sebelum tu saya dalam keadaan rehat-rehat lagi, duduk goyang kaki. hehe. Buat kerja ikut mood! Tiada ilmu. semangat pun entah kemana. Matlamat pulak tak jelas. Waktu tu masih tercari-cari lagi haluan.  Asal ada sahaja seminar seminut, mesti nak pergi.

Bila saya decide sahaja nak serius bangunkan kalerfess, terus terjumpa klinik usahawan dr.azizan. Seminar free kan, buka mata sikit:) Dari seminar-seminar free ni la saya teruskan ke IMKK dan MMM :) Alhamdulillah dari sinilah saya bertemu mentor bisnes. Di sinilah dapat ilmu perniagaan, di sinilah bertemu rakan-rakan bisnes yang sentiasa memberi tips perniagaan. Alhamdulillah :)

Ni cerita syok sendiri ni, huhu. Penat nak kupas detail-detail. Kena pergi dan alami sendiri :) Bukan untuk bisnes je tau. Untuk baiki hubungan suami isteri pun okay :) Semua la boleh. Pusingkan kembali diri anda 360 darjah!



No comments:

Powered by Blogger.