Kisah disebalik Kalerfess

/
0 Comments
Di Sebalik Kalerfess

Assalamualaikum, hai :)

Saya Fairuz Jaafar, pemilik Kalerfess Printing Solution. Kepakaran saya adalah membantu melonjakkan bisnes anda dengan branding yang tepat dan hebat yang membuatkan hati pelanggan anda terpikat dan melekat.

Alhamdulillah, harini saya bersyukur sangat dengan segala laluan yang Allah aturkan buat saya. Setiap hari saya melalui laluan yang membawa saya kearah matlamat yang saya angan-angankan sebelum ini. Ya, saya bermula dengan angan-angan.

Setahun yang lalu saya nekad berhenti kerja dengan membawa harapan, masa yang ada akan saya manfaatkan sepenuhnya untuk mencapai angan-angan dan impian saya. Impian untuk memajukan empayar saya sendiri. Tindakan mengejut yang saya ambil membuatkan ibu dan ayah risau malah adik-beradik juga mempersoalkan tindakan saya yang bersifat tergesa-gesa dengan tiadanya perbincangan. Tetapi kehendak diri siapa yang dapat menghalang....

Sejurus selepas berhenti kerja, seorang rakan lama menghubungi saya. Mengajak saya ke satu program berunsurkan keusahawanan. Saya yang ketika itu tercari-cari ilmu berkaitan perniagaan bersetuju menyertai program tersebut dengan harapan dapat mempelajari selok belok perniagaan. Setelah hampir beberapa bulan menyertai, saya mula berasa ada yang tidak kena dengan apa yang saya pelajari di dalam program tersebut. Saya mula membuat siasatan saya sendiri dan ternyata apa yang saya pelajari bukanlah ilmu berkaitan perniagaan yang sebenar. Saya telah berhabis untuk program (MLM) tersebut tetapi apa kan daya, itulah yuran kebodohan yang perlu saya bayar.

Setelah berhenti dari program 'usahawan' tersebut, saya teruskan usaha membangunkan kalerfess. Setiap hari saya masih mencari ilmu dan mentor yang betul untuk membantu dan memberi panduan pada saya. Alhamdulillah, berbekalkan ebook dan panduan bisnes printing yang saya beli secara online masih dapat membantu saya. Masih ada pelanggan yang membuat tempahan walaupun saya bergerak secara online.

video

Kini, tahun 2014 saya mula bangkit semula dengan ilmu dan mentor yang betul. Alhamdulillah, semenjak saya menulis impian (video) saya dengan jelas, Allah aturkan banyak perkara yang tidak saya jangkakan akan terjadi. Daripada mentor sampai lah kepada ilmu perniagaan yang berguna. Jika dahulu saya masih mencari matlamat, tujuan serta kepakaran yang boleh saya sumbangkan kepada ramai orang tetapi kini saya telah jelas dengan apa yang boleh saya berikan kepada mereka.

Ini matlamat saya kini, berdasarkan masalah pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan dari Kalerfess.


Kepakaran saya adalah membantu melonjakkan bisnes anda dengan branding yang tepat dan hebat yang membuatkan hati pelanggan anda terpikat dan melekat. 

Alhamdulillah, Syukur. Keluarga dalam diam memberi sokongan :) Ada sahaja kenalan (kawan kepada ahli keluarga) yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan Kalerfess. Malahan, menjadi pelanggan tetap saya kini.

Moga dengan Ilmu, Mentor dan Partner akan memajukan lagi Kalerfess dari segi perkhidmatan juga sistem. Aminnn :)

Fairuz: Banggalah dengan apa sahaja impian dan angan-angan anda. Jika tanya kepada mereka yang telah berjaya.. pasti ada kisah mereka tentang impian dan angan-angan itu.

Video : Dibuat atas tips yang diberikan seorang usahawan berjaya. Katanya, selalukan tengok matlamat dan impian kita. InsyaAllah, bila otak sudah menerima.. perkara lain jadi mudah. Unconscious mind :)


No comments:

Powered by Blogger.