Ujian Pre-Success

/
0 Comments
Assalamualaikum :)

Pius harap korang sihat-sihat :)

Semalam hari yang panjang buat pius seperti study week panjangnya, hehe. Berusaha setenang mungkin hadapi cabaran yang mungkin adalah satu persediaan untuk masa hadapan :) Aturan Allah tiada yang tidak berguna :)

Tengahari semalam, pius bersiap untuk menghantar barang kepada customer di shah alam. Pos ambil masa, jadi pius sendiri buat penghantaran kali ini memandangkan regular customer dan urgent pula.



tetapi apa yang terjadi selepas itu... sob sob sob.. sedey... :)

baby bertemu kekasih hatinya :) haha
kereta tak boleh start pulok, main biola sekejap :) memikirkan solution nya. handphone pula ketiadaan bateri, terus mesej partner. Nasib juga sungai buloh dan shah alam tidak berapa jauh. Dari petang sampai lah ke malam. Nasib baik berada dalam kawasan parking giant, boleh la pergi makan dulu sementara tunggu partner datang. Tq sangat-sangat :)

Telefon pomen, jauh pulak. Tak boleh datang :) pusing area shah alam carik kedai repair kereta. Alhamdulillah :) ada satu yang buka. Hurm bateri kering rupanya. almaklum lah, pakai je tau :) haha. Dekat situ juga tukar bateri baru. Bersyukur dapat balik rumah :) Pukul 1 pagi baru sampai. hehe.

Pius: Kena cari Superhero ni :)


No comments:

Powered by Blogger.