Update: Baju korporat + t-shirt + seorang pakcik penjual tisu

/
0 Comments

Assalamualaikum, hai :-)

Saja panjang-panjangkan tajuk, orang dah lama tak update blog . Hehe. Banyak sangat cerita sampai dah jadi kimchi dah. Korea sangat~ astro problem, jadi banyak siaran tiada termasuk lah runningman. Eheh. Tu jela program yang fairuz suka. Hehehe.... tipu.

Dalam seminggu ni hujan lebat turun setiap petang. Jadi pius kena susun jadual jumpa supplier tengahari sahaja. Kalau keluar petang boleh tapi kena redah banjir. Uishh, kalau zaman kanak-kanak ni, memang dah kira heaven la dapat main hujan dan banjir. Setiap petang keluar rumah senyap-senyap sebab nak mandi hujan. Kenangan :-)

Harini update harga baju korporat (Baju F1) dan t-shirt. Alhamdulillah, selesai mengupdate harga.

Oh, ya. Berkenaan seorang pakcik penjual tisu. tadi, masa berhenti dekat traffic light. Ternampk seorang pakcik berjalan dari satu kereta ke kereta yang lain untuk menjual tisu. sebelum ni pius pernah beli tisu dekat dia. Dia memang biasa ada time traffic light merah. tapi harini lain sikit sebab kakinya berbalut. Masih nampak kesan darah. maksudnya luka tu baru lagi. Sedih pula, dia yang luka jalan terhenjut-henjut tu masih usaha mencari rezeki. 
Hurmmm.. mungkin seposen dua posen seringgit dua ringgit tak memberi nilai kepada kita tetapi sangat bernilai buat dia. 



No comments:

Powered by Blogger.