10 Cara Mudah redakan tekanan

/
1 Comments
10 Cara mudah redakan tekanan

Assalamualaikum, hi :) Ini adalah 10 cara mudah bagaimana fairuz jaafar redakan tekanan.

Tekanan boleh datang dalam pelbagai situasi termasuk lah melibatkan urusan pekerjaan, perhubungan, keadaan sekililing dan........ banyak lagi. *ehee.. malas nak pikir

Fairuz antara yang sering tertekan dengan pekerjaan. opss.. haha. Sebab selalu berhadapan dengan komputer jadi bahu sering terasa lenguh. Hurmm... adakah ini juga satu tekanan? hehe. Apa-apa pun, saya suka dengan kerja yang saya lakukan :)

Antara tanda-tanda anda sedang tertekan adalah:

1) Kelopak mata bergerak-gerak
2) Rambut gugur
3) Sakit belakang
4) Sakit perut

(Jika ia memang berlaku pada anda,segeralah atasinya)

Fairuz sendiri tidak tahu bila dan dimana fairuz sering mengalami tekanan kerana ianya berlaku secara tidak sedar. Eh.

Haha, pening sekejap nak bina ayat. Takkan tidak sedar pula kan. Ya, kadang-kadang kita sendiri tidak mengambil berat akan keadaan dan perubahan yang berlaku pada diri kita. *okay la, macam best sikit ayat ni* 

Okay, selesai kita bermukadimah. Ini antara cara mudah untuk redakan sebarang tekanan yang fairuz hadapi. (release stress katanya)

1) Mandi Sungai.



Ahh, tengok je dah rasa suka! Antara aktiviti kegemaran fairuz adalah mandi sungai. Ya Allah, seronoknyaaaa... tengok je dah rasa gigil satu badan. Haha. Sejuk bukan main airnya. Cuba teka, apa yang pius suka buat dekat sini? Mesti semua pun jawab 'mandi sungai lah!' ^_^"

Tips redakan tekanan cara fairuz jaafar #1
Terapungkan badan anda (posisi badan lurus, paras air melebihi telinga, kepala donggak sikit) dan pastikan di hujung kaki anda ada batu sebagai penahan agar anda tidak di bawa arus. Dan... wallahh.. menikmati pemandangan langit dan pokok-pokok yang indah dengan hanya mendengar desiran air. Allah, bestnya ^_^

Jangan sampai tertidur ya!


2) Bersenam/ bersukan
Fairuz ni jarang sangat bersenam, nak berjogging apatah lagi. Orang kata buat ikut mood, mood kelaut baru lah datang semangatnya. Antara aktiviti yang pius suka adalah ber-rollerblade di taman kepong. Hehe. Taman-taman sekitar kuala lumpur kini telah ada perkhidmatan sewa rollerblade, jadi tidak perlu kita keluarkan duit ntuk membeli jika hanya bersukan sekali sekala. Cuma acem sikit la ^_^"


roller blade di kaki ku.
Untuk pengetahuan, Sukan rollerblade ini termasuk dalam kategori sukan ekstrem. Jadi buat anda yang baru berniat untuk mengaktifkan diri, pilihlah sukan yang lebih mudah. Tapi tiada salahnya jika anda suka sukan yang ekstrem. Pius pun tak teror sangat, takut-takut berani ^_^" adalah lebam-lebam sikit lepas main. Hehe.

3) Bercuti
Bercuti adalah kegemaran semua orang, yeaahhh. Cuti-cuti malaysia adalah perkara yang pius suka tetapi kurang berkesempatan untuk bercuti jauh. InsyaAllah, next year kita cuti banyak-banyak ya. Bercuti tidak semestinya memerlukan duit yang banyak, perkhemahan bajet di tepi pantai juga boleh di anggap sebagai percutian. Asalkan kita detach dari rutin harian kita. Jangan pula masa bercuti kita masih lagi sibuk dengan hal kerja. 


Next: Berkhemah tepi pantai!

4) Masuk hutan
Euisshh bahaya ni kena masuk hutan. Hehe. Ideanya adalah membuat aktiviti yang melibatkan alam semulajadi dan melihat keindahan pokok-pokok. Contoh, hiking di bukit broga, hiking di frim, berjalan di bukit tinggi. Bukan lah masuk hutan belantara sangat, semuanya tempat tumpuan ramai juga :)

Bukit tinggi hanya 45minit - 1 jam dari gombak

5) Melihat bintang di langit
Ewahhh, merdu pula bunyinya. Hehe. Pius suka sangat tengok bintang walaupun tiada ilmu tentang bintang. One day...


cantikkan :)
Susah pulak ya nak tengok bintang macam ni, hehe. Alaa, tu wish jer :) kita buka tingkap duduk la tengok bintang tepi rumah tu. Nampak la jugak ^_^ 

6) Makan
Yeahhhhhh, jom makan!

amboi sedapnya...
Perkara yang paling mudah dibuat adalah makan. Hehe. Sushi adalah makanan pertama yang bermain di fikiran di kala stress. Setiap kali stress mesti mengidam nak makan sushi ni. Tetapi bukan semua yang pius makan. Hurmm, sedapnya. Selalunya kalau pius nak makan sushi ni, mesti akan makan sorok-sorok dari mak. hahaha. Makan dulu puas-puas dekat kedai sushi dan yang bungkus punya kita makan dalam kereta. Sambil memandu tu, sushi duduk di sebelah kerusi penumpang. Ngap ngap sebelum sampai rumah :) Kalau tidak nanti mak membebel, katanya sushi tak masak. Hehe, jangan beritahu mak kita ya. ^_^"

7) Menulis dan membaca
Ya, menulis dan membaca adalah satu terapi buat saya. Stress? Tulis blog. Stress? baring baca buku. Senang je :)

8) Basuh kereta
Sebenarnya nak main air je.........

9) Cuci bilik air
kan.. semuanya berasaskan air. Hehe.

10) Tidur
Senang je, tepuk-tepuk bantal, tarik selimut dan zzzZZZ.

Akhir-akhir tu macam dah kurang pula penjelasan dia. Boleh la ya. Itulah antara cara mudah fairuz jaafar redakan tekanan. Semudah 1,2,3 ewahh. Banyak lagi cara untuk merehatkan minda dan badan dan itu adalah di antaranya. Tetapi yang pasti membeli-belah bukanlah meredakan tekanan cara fairuz jaafar. Sebab utamanya, tapak kaki pius akan krem. Tapak kaki ya. Hehe. 

Pius: Selamat malam semua :) oh, belakang badan dah sakit, kena tidur ni!


1 comment:

Zulhelmi Abdul Wahab said...

Main roller blade yang best tu...

Powered by Blogger.