Energy giver

/
0 Comments

Assalamualaikum , hai:-)
Update blog santai-santai.

Semalam fairuz berpeluang date dengan bakal pengantin. Alhamdulillah, mereka adik-beradik yang sangat ceria. Dah biasa berurusan dengan bakal pengantin secara online , maka bila ada yang request untuk berjumpa.... cara berurusan tu lain sikit la. Lebih kepada berborak :-) 

Abang dan adik bakal bersanding dalam satu majlis. Allah, happy nya tengok mereka. Ceria sentiasa dengan lawak-lawaknya. Energy giver betul mereka ini. Bila balik rumah kita pun bertukar ceria :-) yeahhh.

Terima kasih:-)  jauh juga cheras ke selayang.

Sebenarnya nak update malam tadi, tapi lepas je balik dari date dengan mereka terus terlayan whatsapp group. Leka membaca pengalaman rakan-rakan niaga.  Banyak ilmu yng pius dapat :-). Hikkk malu, masih banyak kekurangan diri yang perlu di perbaiki dan tambah baik.  Seronok baca pengalaman mereka, tengok gambar-gambar sewaktu kegemilangan mereka, satu rumah penuh motor besar :-). Waduh. Itulah sofa itulah katil. Hehe. Terkejut tengok ! Dan waktu-waktu leka mereka  sebelum semuanya hilang. Dan kini bangkit kembali dengan nilai diri yang lebih baik. Aminn alhamdulillah :-) 

kalau pius upload dekat sini gambar satu rumah penuh motor, mesti mulut masing-masing pun ternganga. hehe. Tapi sayang, gambar semua dah hilang. hahaha. Before tidur semalam, pius nak transfer gambar dari handphone ke tab. Masa masuk sd card untuk transfer, tiba-tiba tab stuck. kita pun restart la tab... jeng jeng jeng..... lupa dalam sd card ada software format tab. 
Huhuhuhuuuuu... maka dengan automatiknya tablet ini telah diformat! 

hehe, pius .... pius....


Ni yang install balik whatsapp, fb, insta, blogspot...hanya kerana se-kb gambar sedang bermain game dalam kereta sewaktu menunggu bakal pengantin. yeahhhhhh.... 



No comments:

Powered by Blogger.