Album whatsapp

/
0 Comments
Assalamualaikum, hai :)
Update blog santai-santai

Rasa macam nak demam, kepala pening. Pius kalau demam memang 3-4 hari baru boleh disahkan sebagai demam :) Teringat zaman di asrama dulu, walaupun semua orang bertegas yang pius sebenarnya demam tapi diri masih lagi kata sihat. Yela, kalau boleh bangun, bersukan semua takkan lah demam kan. Nanti mulalah satu dorm marah-marah suruh rehat. Jerit dari tingkat 4 semata-mata suruh balik bilik berehat. Eh, tuan punya badan elok je bersukan kehulu kehilir. Time semua ke kelas prep, kita kena berkurung dalam dorm bersama pelajar-pelajar lain yang demam. Kena paksa baring atas katil. Pelik lah, badan rasa kuat je tapi nak kena baring bagai. Bila pergi klinik, orang lain siap kena papah lagi, kita rilek jalan sensorang. Sekali bila jumpa doktor, suhu kita yang paling tinggi. Macam mana pulak tu? Hari keempat, bila dah kena paksa dengan mama dorm suruh berehat barulah terasa satu badan panas sampai meleleh air mata. Huhu... kenangan :) sekarang bila dah rasa je tanda-tanda nak demam cepat-cepat berehat. hehe.

Tadi baring-baring kejap sambil tu tengok album dalam tab. Gambar-gambar dari group whatsapp.

Legoland,malaysia
Gambar depan hotel Legoland, Malaysia. Pergi beberapa hari lepas sabtu-isnin. Kak long upload dekat group family gambar-gambar di legoland dan doremon expo. Nanti kita update entry legoland ya sebab gambar banyak dekat kak long.

Doremon expo
Tiba-tiba sanchai sakura telah mengupload gambarnya di 3D muzium, Korea. Ewahh dia pun tak nak kalah. Haha.


muka suka kena makan ikan
Lawak, ni bukan muka ketakutan~ haha. tengok banyak kali pun rasa nak gelak. Baru tadi dia masuk hulur cadar baru beli :) tq

bilik nobita
Comel je :) keluar dari laci nobita

Gambar di majlis perkahwinan sepupu :) Semua kata badan pius dah naik, dah gemuk. haha. Memang la, dah kerja dekat rumah. Takde kehulur-kehilir sangat, asal penat buat kerja, makan! Dulu berat 46kg sekarang 55kg, hahaha. Tapi berat badan sekarang sebenarnya normal yang berat 46kg tu underweight. Masa ni lah nak bersuka-ria pun, esok lusa dah busy melampau tak sempat pulak nak naikkan badan. ahak. Okaylah, nanti kita jogging sikit :) 

gambar grill depan baru siap :)

barbeku
Gambar anak buah masa berbarbeque di rumah

jeruk asamboi
 Jeruk asamboi Syed dari group sembang niaga. Terliur~


Buku Anthony Robbins yang dikatakan menarik oleh rakan sembang niaga. Tengok full video 'Breakthrough with Tony Robbins' memang best sampai mengalir air mata.. wuuuuu~ Saya perlukan breakthrough juga!

Owh, baru sembang dengan mama ros tadi pasal perfume dan kelas buat kotak :) Info yang bagus untuk saya mama ros :)

Tahun 2015 dah hampir kan, masa untuk semak list 2014 dan renew list untuk tahun 2015. Rasa sekejap sangat masa berlalu :) dan rasanya banyak perkara yang pius nak buat sepanjang tahun 2015. Yeayyy rasa nak buat sekarang jugak list untuk tahun 2015.

Pius : Alhamdulillah, baru selesai sudahkan stiker, nak siapkan sampul duit pulak :)



No comments:

Powered by Blogger.