Bila berurusan dengan Mr.Fairuz

/
0 Comments
Assalamualaikum dan Hai :)

Baru selesai siapkan kad kahwin pelanggan. Alhamdulillah :) Hari khamis sehingga ahad berkemungkinan akan ke suatu tempat jadi harus siapkan kerja dulu. Bersyukur, selalu dapat pelanggan yang mesra dan mudah berurusan. 

Owh, berkenaan tajuk. Tak... bukan cerita pasal kahwin tetapi berkenaan pelanggan yang sama nama dengan owner printing yang comel ini. ahak, sila muntah. 


Memang, nama fairuz memang sangat senang dijumpai tidak kira lelaki mahupun wanita comel seperti yang sedang menaip ini. erk~ sendawa. Biasanya pius akan bahasakan pelanggan dengan panggilan Encik Fairuz tetapi pelanggan biasanya akan tukar nama pius kepada Cik Siti. Ahahaha. Mesti automatik convert jadi Cik Siti punya. Mungkin bagi mereka satu kepelikkan meletakkan panggilan Cik pada nama Fairuz. 

Rindu sebenarnya nak menaip panjang lebar di blog sambil upload gambar. Boleh la setakat menulis sikit sebelum tidur. Itu pun pikir jugak cerita apa yang perlu dikarangkan. Owh ya, nampaknya entry Jom buat sling bag telah mengatasi entry profile hanis kamal bakar. Pius pun rindu jugak nak menjahit, .Bawah katil dan dalam almari dah prepare kain untuk next project. Pantang jumpa pakaian dan kain yang tidak di guna terus simpan:) Tabiat agaknya. Entah bila nak next project nya. Rasa macam nak buat skirt labuh. hehe.

Banyak benda baru yang berlaku di sekeliling pius. pun nak cerita jugak sebagai penambah perasa. Ada kucing baru beranak dalam bumbung rumah jiran sebelah. huhu. Rumah pius tingkat atas jadi boleh nampak bumbung rumah jiran. Adalah dalam 2 ekor, comel sangat warna putih. Malam-malam dia keluar main atas zink. Selang 5 rumah ada gym baru buka, bangunan tinggi. Boleh dengar sampai sini musik dan percakapan mereka. Mungkin sebab bangunan tinggi agaknya, tu yang dengar sampai ke sini. Nampak lah budak-budak tengah angkat berat, hehe. Kita kasi intai sikit.

Family pulak tengah sibuk nak pindah rumah baru. Topik terhangat adalah berkaitan jubin lantai, grill, dapur dan pagar. Haha. 

Pius? Masih berusaha membina empayar :) teringkat kata-kata bos dahulu "kita berniaga jangan tamak, jangan semua benda kita nak buat walaupun kita boleh buat, kerja mesti fokus" dan pius sedang berusaha untuk memfokuskan apa yang pius usahakan. Rakan printing yang pius kenal pun dia tidak buat semua benda walaupun dia ada kemampuan untuk buat. Jadi bila ada sahaja pelanggan yang perlukan kad kahwin, mesti dia akan beri job kepada pius. Allah, best kan :) Itulah seronoknya bila kita ada rakan dalam bidang yang sama. Lepas ni bila dah fokus, maybe turn pius pulak untuk beri job pada orang lain :) Sama-sama kita berkongsi rezeki.

Banyak yang lari tajuk ni, hehe. Random jadinya. Okaylah, badan dan bahu pun dah lenguh mengadap pc. Mengadap tab update blog macam tak seberapa feeling pulak. hehe. Okay, masa untuk rehat :)

Pius: Senyum dan bersangka baik lah di kala di timpa ujian. Senyum sikit la :) Ada berita gembira bakal menyusul!


No comments:

Powered by Blogger.