First time jumpa group sembang niaga (whatsapp)

/
0 Comments
Assalamualaikum, hai :)
Update blog santai-santai

Alhamdulillah, dapat juga jumpa group sembang niaga walaupun diri ini tidak lah banyak berkata-kata serta diam seperti biasa. heee.. Bila jarang jumpa orang macam ini lah gayanya :) tak reti bersembang.

Partner : takpe, nanti lama-lama biasa la

InsyaAllah, kena banyak jumpa orang baru fasih berkata-kata. Baru ada keyakinan, keberanian. hiks. Alhamdulillah banyak perkongsian dari mereka yang berpegalaman, hamba yang kerdil ini lebih banyak menadah telinga. Almaklum lah, pengalaman pun ciput sangat. Hehe.

bersama Tuan Haji Zainal
Tuan Haji Zainal ni kenal dekat facebook mulanya dan ditakdirkan satu group whatsapp. Aktif dalam program wakaf Al-quran. Gambar dekat kedai Safa Bakeri.



Terselit di situ
Yang comel-comel terselit tu pius la. kan.. memang dekat situ pius yang paling comel lah. ahakk. Tengok jauh la comel, jangan tengok dekat-dekat. haha. Pujilah diri sendiri, nak harap korang puji sampai kesudah la jawapnya. Tunggu buah kelapa naik balik.

Yang paling comel, yang depan sekali pakai baju warna kuning adalah Encik Nizam, owner halal mart datang bersama isteri beliau. Tepi pius adalah cikgu kafa, Cikgu adnan ( Ke Ustaz Adnan?). Hujung berbaju hitam, shafiq sambal bilis bonda, mama ros (formulator-minyak wangi, sabun dll) dan baju biru adalah shawn (makanan).


Tengah mendengar perkongsian dari shawn. Tudung putih adalah Puan Fieza dari seremban (bekam).


Tme ni pius dah balik, hehe tak dapat berselfie ramai-ramai. Adalah dalam 15 orang. Sampai rumah terus pening kepala, banyak ilmu masuk agaknya :) minum air banyak-banyak. Mungkin sisa-sisa nak demam masih ada lagi. Lidah terasa pahit.

Banyak lagi ni ilmu yang pius nak pelajari, semoga tahun 2015 memperlihatkan perkembangan positif dalam bidang yang fairuz ceburi. Amin :)

Pius: Rehat :)


No comments:

Powered by Blogger.