Kecemasan kecemasan

/
0 Comments
Assalamualaikum, hai :)
Update blog cemas-cemas

Harini memang penuh dengan kecemasan, huuuu~ sepatutnya harini kad kahwin dah boleh hantar kepada customer tetapi sampulnya tiada stok pulak. Kilang ganti sampul lain. Esok baru sampai sampulnya. Ni la antara cabarannya bila buat printing online tetapi tiada cabaran macam mana pretasi kita nak meningkat kan. Janji dengan customer hari jumaat akan hantar kad, kad siap hari rabu tetapi tiada sampulnya. sob sob sob...


Perasaan berdebar tu ada setiap kali nak hantar barang kepada pelanggan. Risau pelanggan tak puas hati dengan hasilnya. Jantung tu berdebar-debar je masa nak hantar tetapi alhamdulillah, kebanyakkan pelanggan puas hati dengan hasilnya. Ada juga feedback negatif tapi berkenaan courier sebab ada sesetengah courier tak dapat masuk kampung jadi dorang hantar barang dekat satu tempat untuk diambil pelanggan. Maafkan segala kesulitan, hamba berusaha mempertingkatkan perkhidmatan ke arah yang lebih baik.



Kata orang-orang berjaya, bila ada cabaran maknanya kita akan ke level seterusnya jika kita berjaya tanggani cabaran tersebut. InsyaAllah :)

Baru tadi siapkan sampul duit raya walaupun raya lambat lagi, hehe. Raya cina mungkin. Ada lagi kad kahwin, flyer dan sulam jersey untuk disiapkan. Alhamdulillah. Panjang sebenarnya nak cerita pasal ni tapi kita tunggu entry tahun baru :)

Tadi turun bawah sekejap ambil barang dekat kereta, adik tegur pasal calar dekat kereta. Hurm, siapa yang baru dapat lesen P ni? hahaha.. kenapa nak bergesel dekat kereta kita?  hari dulu dah kena sekali, ni bertambah lagi panjang. Kadang-kadang tu pelik jugak, jalan bukan main besar takkan tak muat nak lalu dah tu kenanya dekat kereta kita aje. Kenapa tak kereta orang belakang dan orang hadapan? Tu belom lagi nak beli mini cooper, ahak , dah ada kang banyak lagi calarnya. merajuk.  Masuk dalam pagar, kucing pulak mencakar. Redha jela. huhu~

Apa lagi kecemasan harini? huhu. Harini sihat Alhamdulillah cuma tekak rasa kering, mulut dan lidah sedikit ulser. Tak boleh duduk bawah kipas nanti bertambah sakit tekaknya. Masih sihat, Alhamdulillah :)

Eh, nak rehat kejap tengok Maharaja lawak (walaupun tak berapa nak lawak) dan nak sambung runningman. haha. Kita nak tengok runningman je sebenarnya.

Pius: ketahanan mental fizikal :)


No comments:

Powered by Blogger.