Pre-Dream : Langit malam di kg Kemubu

/
0 Comments
Assalamualikum, hai :)

Masih tak dapat lupa langit malam di kampung Kemubu 17 januari 2015. Allah... rasa macam dapat pre-dream je. Huhu. Ada ke istilah pre-dream? Ya Allah, seronoknya rasa! Macam 80% impian tu dah tercapai. Hehe. Berkhemah di bawah langit Allah yang penuh bintang. Rasanya banyak kali kot cerita pasal bintang.

gambar hiasan :)

Sehari sebelum bertolak ke Kelantan, pius lepak di beranda dapur tengok bintang sambil main-main dengan kucing. Macam biasa, bumbung dan silauan lampu menutup kecerahan dan kemeriahan langit malam. Still, boleh nampak bintang-bintang.

Bagi pius, kawasan lapang, gelap tanpa silauan lampu adalah tempat paling baik nak tengok bintang.

:)

Bekalan elektrik di kampung kemubu masih terputus dan malam tu sambil mendengar perkongsian walid di hadapan unggun api.... tengok langit. Ada bintang :) tapi tidak semeriah di atas bukit dahulu. Masih tersenyum :)

Malamnya sangat sejuk! Pius banyak kali terjaga akibat kesejukkan yang.... sejuk lah~ walaupun tidur dalam rumah. (tingkat atas yang sudah agak bersih dari lumpur) Menggigil badan ni. Tengok jam baru pukul 1.30 pagi~ nak terkencing pulak! sejuk sangat. Tak sampai hati nak kejut cik shahera. tahan jela.. dah kenapa nak tahann kann.. kencing dalam seluar kang baru tahu. Masih, tahan.....

Akhirnya pukul 4 lebih gitu, pius dan kak june terjaga. Okay, kak june pun nak pergi toilet. hahahaha. Sejuk sangattttttt. Sempat pius buka tingkap tengok langit... waaaaaaaaaaaaa..... terus tak sabar nak turun bawah pergi bilik air (dekat luar).

Rupa-rupanya ada 2-3 ahli lelaki yang berjaga dan duduk depan unggun api. Terjaga sebab sejuk agaknya. Lepas ke toilet terus duduk depan unggun api panaskan badan dan tengok bintang berjuta malam tu. Allah, subhanallah . Cantikkkkkkkk!!!!!! Banyak giler bintang!!! sampaikan kumpulan bintang yang kecil-kecil pun boleh nampak!! Gerammmm. Lama juga duduk tengok bintang :)

Pius naik sorang sebab kak june tak nak sambung tidur. eh.. tak puas pulak kita nak tengok bintang. Takpe, layan tengok bintang dekat beranda bilik pulak. Hurrrmmmmmmmmm :) kot la tiba-tiba ada aurora pulak. huhu :)

Pius: nak keluar jumpa cik shahera dan walid :)


No comments:

Powered by Blogger.