SUKARELAWAN pembuka tirai 2015 (part 2)

/
0 Comments
16-18 Januari 2015 - Kelantan, kemubu

Atas inisiatif ahli-ahli bas (satu bas masa misi pasca banjir), tertubuhnya Sukarelawan Pasak ( Persatuan Sukarelawan Cakna Komuniti) untuk misi seterusnya. Alhamdulillah, kali ini betul-betul dapat masuk ke kawasan kampung walaupun tentatif sedikit lari dari perancangan asal. Masih bersyukur. Allah Maha Mengetahui. Allah letak kami di tempat yang betul :)

Berhampiran stesen keretapi kemubu
kerosakan teruk

dinding pecah
Rumah masih berselut tebal


Sedih sebenarnya tengok keadaan dekat kampung ni. Bayangkan malam-malam kena tidur bawah khemah. Ya Allah, sejuk sangat! Pius yang tidur dekat atas rumah (tingkat atas yang sudah agak bersih) tu pun dah menggigil kesejukan. Asyik terjaga tak tahan nak pergi bilik air. 

Khemah di mana pakcik, makcik dan ahli lain tidur sepanjang berada di kemubu. Betul-betul atas jalan keretapi.

 Proses membuang perabot dan barangan yang telah rosak

Turut sama membantu

Proses membasuh barangan yang masih boleh digunakan

Geng membasuh di rumah sebelah :)

licin berseri!
Arkitek bilik air :) Alhamdulillah, dapat la guna bilik air :)

Melihat adik sado di kejauhan :)
Munawah bekerja keras ulang alik dengan troli :) pius nak angkat pun tak larat! Kuat adik ni.

model tambahan
Ajk dapur dan ajk bilik bekerjasama, huuu.

betulkan kasut jap.
tak kurang hebatnya, cik shira kita menyodok lumpur :)
berehat sebentar :)
Rehat kejap
layan kak pura ambil gambar, huhu
Sempat tengok AJL yang bersiaran lebih awal di kg kemubu! Torbaekkk. haha
kuatnyaaa... paling berat nak angkat lumpur.

Gambar-gambar di hari kedua. Malas nak taip dah. banyak pulak gambarnya :)

sesi terapi selepas solat subuh hari kedua
Selesai terapi terus sarapan dan meneruskan kerja sampai tengahari.
Berehat sebentar melihat abang naz dan cucur kodoknya. sedap okay! sejarah awal cekodok baldi.
Eh, macam banyak kali pulak rehatnya. haha. takk.... berhenti minum air je. Bila orang nak ambil gambar, kita kena stay. tak gituuu.

Bergambar sebelum balik dengan pakcik dan makcik. Hurm? nampak gemuk pulak!
bas dah hon hon, huuu~


Ikutkan, jangkaan balik adalah pukul 4 petang tetapi bas sampai awal dan tak sabor pulak pemandu ni nak balik kl. Ada job lain katanya. Xpelah, harap ada sukarelawan lain pula yang datang untuk menghulurkan bantuan. Balik dengan baju berlumpur, huhuu.. nak buat macam mana dah uncle bas nak cepat. Terpaksa kami kotorkan bas :)

Susunan gambar berterabur, main masuk je :) 

******************************************

Kemubu, 17-18 januari 2015.

Bersama KMUB @sukarelawanpasak berkampung di kemubu. Rumah masih bersalut lumpur tebal, malam masih tidur di khemah kesejukan. Sejuk teramat! Menggigil! 2 hari berkampung tidak cukup untuk proses pembersihan. Tapi 2 hari sarat dengan pengajaran dan pengalaman yang....... tak mampu kita lupakan. Allah, terima kasih ..... untuk semuanya. Untuk malam yang penuh bintang juga. #sukarelawanpasak #kmub #pantaitimur


Insta:S.fairuz27

******************************************


Kredit gambar : Ahli-ahli group PASAK


No comments:

Powered by Blogger.