SUKARELAWAN pembuka tirai 2015

/
0 Comments
Assalamualaikum, hai :)

Setelah lama tidak bersiaran, akhirnya kecundang jugak. Haha. Ya, gagahkan diri untuk mengupdate beberapa peristiwa pembuka tirai 2015. Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk tahun 2015.

Akhir disember 2014, pius ke Busana mall untuk bertemu rakan sembang niaga. Seperti biasa berbincang dengan mereka idea-idea baru serta perkongsian berkaitan perniagaan. Dalam perbincangan terselit juga cerita-cerita berkaitan banjir yang sedang melanda Pantai timur. Rakan beritahu, kak azza perlukan pembantu untuk packing barang bantuan.

Hari Kedua
Hari berikutnya, pius ajak shira untuk sama-sama membantu. Memang sentiasa update each other kalau ada perkara berkaitan charity.



Kak Azza memang sangat sempoi, happening dan kelakar. Ada juga Kak Ani Mayuni, Zul Yahya, Siti Fazurina. (Yang lain tak ingat nama :) Beberapa hari kemudian, pius daftar sebagai sukarelawan untuk misi bantuan pasca banjir. Terima kasih Puan Nurul kerana memviralkan mesej tersebut :) Seperti biasa, update dengan partner. Rupanya dia pun dah daftar!

Misi Bantuan Pasca banjir 4-7 January 2015

8 buah bas
 Berkumpul di Bukit Jalil untuk solat maghrib dan hajat sebelum bertolak ke kelantan.


 5 dan 6hb berkampung di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. Keadaan hospital sudah semakin pulih cuma masih ada beberapa tempat yang tidak dibersihkan lagi. Mengikut kata staff di sana, hospitral memerlukan beberapa peringkat pembersihan untuk mengelak dari sebarang jangkitan.


Bergambar sebelum balik
 Licin berkilat lantai hospital kami kerjakan :) Lupa pulak ambik gambar sebelum. Masing-masing tengah berlumpur malas nak pegang handphone.


Hari Ketiga misi kami dihantar ke kawasan sekolah dan kawasan perumahan.

Bersihkan surau


Disebabkan masalah kekurangan air, tok ketua sarankan kami basuh guna air parit. Parit eh? Dengan anak-anak ikan semua kena kaut :)


Alhamdulillah, keadaan surau tidak terlalu teruk.

Bergambar dengan ketua kampung, ye kot ketua kampung. lupa dah.. huuuu~


Sebelum balik, sempat pakcik ni naik bas. Allah, nak menitis air mata tengok pakcik ni mengalirkan air mata. Rasa macam kecil sangat bantuan yang kami hulurkan. Ternyata pertolongan sekecil ini berharga buat mereka. 

Seterusnya ke Kuala krai.

Alhamdulillah, hajat semua orang nak pergi ke rumah-rumah mangsa banjir tercapai jugak walaupun dapat pergi sehari sahaja. Kualiti gambar kurang sedikit. 

lambaian kami :)
Rumah pakcik ni banyak barang-barang yang dah rosak~ Ni je gambar yang pius ada. huhuhuu...

Bergambar sebelum balik

Singgah hantar barang sumbangan sebelum balik ke kuala lumpur.

Bergambar sebelum pulang ke kuala lumpur


Ehhh, panjangnya nak taip. sambung part 2 la.

Kredit gambar : Ahli-ahli group Pasak


No comments:

Powered by Blogger.