Terima kasih 2014. Selamat datang 2015

/
0 Comments
Assalamualaikum, Hi.

Eh! rasa macam banyaknya cerita yang nak diceritakan. Dalam kepala ni berlegar-legar setiap peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2014. Ah, tak percaya. Tangan ni tak lepas dari menulis tarikh bertahunkan 2014.

Pius banyak benda nak cerita sebenarnya, ehem macam biasa ulang je ayat tu. Hahaha, ayat orang malas nak update blog. Pius rajin je buka blog setiap hari tapi malas nak mengupdate, sekadar baca je. Dah setahun berlalu kan, copat noh masa berlari berlalu. Meh nak throwback 2014.

KALERFESS
Alhamdulillah, Kalerfess baru di rebranding dengan logo dan misi yang baru. Baru minggu lepas kita berphotoshoot. hehe. InsyaAllah, bulan ni dilancarkan. Eh.. kena ikut cakap mentor, walau dekat facebook sekalipun perlu buat pelancaran produk. Cuma giveaway akan ditangguhkan bagi menghormati mangsa banjir yang juga teman-teman seperjuangan. Tak seronok la nak bergiveaway bila teman-teman seperjuangan sedang berada di dalam keadaan yang tidak berapa baik. Kita tunggu keadaan reda sikit ya.

Sebenarnya banyak isu yang timbul semenjak kalerfess ditubuhkan. Isu utama adalah kerisauan mak. Ibu mana yang tak risaukan anaknya bila tiba-tiba mengambil keputusan berhenti kerja dan memilih untuk bekerja sendiri. Elok setiap bulan duit masuk tiba-tiba berhenti... huhu. Sebenarnya pius paham je kerisauan mak. Persekitaran, masyarakat dan zaman memainkan peranan peting dalam membentuk pemikiran kita. Jadi pius tak salahkan mak jika pemikirannya seperti ini : Belajar bagus-bagus > Carik kerja bagus-bagus / better kerja kerajaan. Itu jugalah yang diajar di sekolah. Itu jugalah pemikiran pius selepas graduate tetapi sekarang pemikiran pius totally berlainan.



Okay je bekerja makan gaji tiap-tiap bulan duit masuk tetapi pius lebih suka bekerja sendiri walaupun duit tiap-tiap bulan melimpah ruah. hahaha.. doakan :) walaupun duit tak menentu setiap bulan tapi pius happy dengan apa yang pius buat. Pius dah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran di tahun awal bermulanya kalerfess.

Untuk sedapkan hati mak, pius letak janji. Jika dalam masa 3 tahun pius tak dapat capai apa yang pius ingin capai, pius akan stop semuanya dan ikut cakap mak. Kerja kerajaan or makan gaji. Degree ada, bila-bila boleh apply kerja (ewaaahh). Cuma beri pius peluang dan masa untuk mencapai matlamat diri.

mak: nanti nak kahwin macam mana, mak tak boleh bantu.

omgahhhh, itu yang dirisaukannya. Jangan risau mak, nanti ada orang "kaya, berjaya dan pemurah" datang meminang anak mak ni. haha.

Cabaran bekerja sendiri memang banyak, biasalah bila kita mula dengan zero semua benda kita yang buat. Kitalah kuli, kitalah bos, kita la jumpa supplier, kitalah yang hantar barang. Boleh je start dengan modal besar (pinjaman) tapi kata mentor 90% akan bankrup! Oooo.. terus takut. haha. Takpe start dari bawah, asalkan bukan dari atas ke bawah.

Pembuat > Pengurus > Usahawan . Sekarang baru di level pembuat. Chayokk! kena upgrade cepat-cepat :)

Isu dalaman yang lebih ni!

ILMU
Alhamdulillah :) Banyak ilmu berguna yang pius dapat sepanjang tahun 2014. Ilmu marketing, Ilmu pengurusan wang, Ilmu berkaitan Saham, Ilmu berkaitan properties. Eh, banyak la. Seronok sangat. Yang terbaru ilmu berkaitan pengurusan duit! bagaimana orang kaya berfikir dan menguruskan kewangan. Best ilmu ni ringkas dan padat. Kena start buat financial statement :)

KENALAN DAN MENTOR
Alhamdulillah, tahun ni paling ramai kenalan baru :) Banyak benda yang mereka kongsikan dengan bakal usahawan berjaya bernama fairuz jaafar ini. Ilmu berkaitan perniagaan, kongsi maklumat supplier, bestnya dapat kawan yang sudi berkongsi ilmu dan tak kedekut langsung! best best best.

dah kering idea nak taip apa.....

Tahun 2015 pius mulakan dengan aktiviti amal. Semua sedia maklum dengan situasi negara kita yang dilanda banjir. Jadi, pius sumbangkan tenaga untuk membantu apa yang perlu.

Eh! mati idea la nak taip. sambung nantilah.....


No comments:

Powered by Blogger.