Rumah baru, kunci baru dan sudah tentu workspace baru!

/
0 Comments
Assalamualaikum, Hi :)
Update blog santai-santai.

Alhamdulillah, selesai giveaway. Sekarang proses pengumpulan alamat pemenang. Masih ada lagi yang tidak memberi nama. Harap yang lain bersabar ya :)

Lama pula rasanya tak menulis. Hehe. Malas sebenarnya nak menaip. Lepas log in kita logout terus. huuhu. Alhamdulillah, pius dah masuk rumah baru. Nak masuk dua minggu kiranya. Langsir bilik dan kipas pun tak dipasang lagi :) Syukur sangat-sangat rumah ni kurang nyamuk. Entah kenapa lah nyamuk ni suka sangat kat pius.. sob sob.. sedih tengok tangan sendiri berbintik-bintik. Alhamdulillah, masih lagi sihat walaupun tangan dah berbintik-bintik dikerjakan nyamuk. Syukur :) Alhamdulillah.

Rumah baru, kunci baru dan sudah tentu workspace baru!

Tadaaaaa
bilik bersepah! haha~
Hehe, bersepah. Bilik ni half dari saiz bilik pius sebelum ni. Tapi kita okay je :) Tapi rasa tak sesuai sangat la ruang kerja ni. Memo board pun tiada, hik. Cari meja baru tetapi saiz semuanya tak bersesuaian dengan saiz bilik pius yang comel seperti tuannya ituww. Pikir punya pikir, buat jela workspace sendiri.

Okay, boleh dah ni.
Rak paling atas guna sedia ada dan yang lain beli di akiya. Wallpaper pulak tak jumpa yang berkenan. Lain hari jela. Okay, memo board dah ada :) Puas hati! Hiasan je tak berapa nak cantik. hehe. Boleh la, workspace sementara :)


Mak, anak mak dah bersedia capai matlamat seterusnya!


No comments:

Powered by Blogger.