Auwww dikriminasi betul. Haha. Kalau masih 'bro' sudah tentu kena sound bertepek tepek. Kuikuikui.  Comel sungguh ragam customer. Tu belum lagi tukar gambar dp wasap, kalau tukar tu agaknya dari awak jadi dot dot dot terus. Hahaha. Merepek fairuzjaafar di malam hari.

'Bro tukar ayat dekat belakang bro'

'Takpe awak, saya faham'

Hakhak. Hyde jekyell sedang berdrama di saluran 393.

Tempah Sticker anda di Sticker2u
[Quality Sticker]  [Glossy and Matt sticker available] [Free Delivery - Semenanjung]
[Fast and Easy]

Sticker sesuai digunakan pada Doorgift, Produk makanan, Label produk, Majlis Kahwin serta kegunaan lain. Dapatkan sticker anda dengan rekaan pilihan hati. Pasti puas hati! :)

Hubungi atau whatsapp 013-296 4760 untuk tempahan!

insta [sticker_2u]



Instagram : Sticker_2u

Hahahaha..

Jarang la customer nak sound setepek dekat pius. Hakhakhak. Semua yang diterima kebanyakannya adalah pujian sahaja. Pulak tiba-tiba customer sound setepek. Rasa nak terbahak ketawa.

'Bro tido ke?'

Haha, artwork bnyak typo. Pius tak patut buat kerja malam. Patut tak sambung. Gatal tangan sebab bosan memalam takde buat pe. Sekali kena sound. Haha.

Entah, kebanyakkan customer selalu mesej time malam. Daku juga tidak mengerti dan terikut sistem tu. Okay. Seperti biasa, pukul 5 kena off.

Kena pulak sound ngn cik kiah, jangan buat kerja malam. Kerja jadi tak berkualiti. Yelaaaaa. Baik sahabat dan customer ku. Terima kasih kerana sudi menegur kesilapan diri.

Okay besarkan mata baca setiap perkataan. Jangan nak typo sangat. Esok saya update artwork baru ya. Gerenti tak typo lagi. Haha.


Comel je gambar ni :) macam tuan belog. eh.

Pius tak ada apa nak cerita tapi tangan ni sangatlah sibuk nak menaip. Dari tadi tengok draft kot-kot ada lagi entry yang terperam lama sangat. erk... memang ada pun tapi dah lupa jalan cerita. haha. 

harini pius setelkan dua design je. Nak capai target setiap hari minimum siapkan dua tempahan. Nak capai target bulanan yang lebih stabil. InsyaAllah :) Insta untuk kalerfess dah lama pius tak update. banyak update insta untuk sticker sahaja. Pius rasa elok pius fokus satu produk dulu. Bak kata pakar, boom kan dulu satu produk baru beralih kepada produk baru. Betul juga. banyak perubahan yang dirasai :)

Baru setel kerja. dah pukul 6.30 dah pun. tadi start kerja lambat. ngeehhh. 

Tadi ada customer ni whatsapp, di 'bro' nya pius. haha. Layan jela. Kata flexible! Dia tak tahu la tu, kemungkinan rakan (customer) dia bagitau nama fairuz sahaja tanpa perkataan cik di hadapan. Benda-benda macam ni kekadang buat diri ketawa terbahak-bahak. Takpe, kita layan kan ajer perbualan sesama 'lelaki'. ngeh.

Assalamualaikum :) Hai.

Update blog santai-santai.

Berdikari? Jika merujuk maksud di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (ewah), berdikari membawa maksud:

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain atau Berdiri atas kaki sendiri; tidak bergantung pd bantuan orang lain

Dalam hidup, kita memang saling bergantungan, saling memerlukan Yang pesakit memerlukan doktor untuk mengubatinya. Murid memerlukan cikgu untuk mengajarnya. Ya, kita saling bergantungan dan memerlukan tetapi tidak bermaksud diri kita kena sentiasa bergantungan pada orang lain. Pada satu ketika, kita sendiri perlu berdiri di atas kedua kaki kita.

Suatu ketika dahulu, fairuz sering tertanya kenapa ayah dan kakak selalu biar fairuz selesaikan perkara sendiri. Jika dulu sekolah asrama di seremban, waktu cuti selalunya kena pulang ke k.l sendiri menaiki bas. Belajar di kedah juga sama. Hanya perkara penting sahaja baru melibatkan ayah seperti:

- First day daftar belajar
- Habis belajar-bawa balik barang banyak
- First day ke sekolah
- First day interview
- First day seminar

Boleh kata, first day aje la. huhu. Hari selebihnya akan dikeluarkan peta/arahan/cara bagaimana hendak ke destinasi. Siap ada buku peta K.L selangor tau. Kalau kakak pula, kalau minta hantar ke shah alam.. bukan main susah lagi :) tapi adakalanya dia hantar juga adik dia ni.

Bila dah biasa, semua perkara dah tak terasa susah. Senang ajer naik bas dari K.L ke Shah Alam. Kalau tak tahu, tanya ajelah operator bas.

Bila dah besar, baru tahu. Bukan berkira tapi nak mengajar untuk berdikari. Ahh... rasa bersyukur sangat! Sekurang-kurangnya, perkara-perkara kecil masih boleh pius lakukan tanpa mengharapkan bantuan.

Bagaimana bila kita berhadapan dengan orang yang tidak mahu memajukan diri? tidak mahu belajar berdikari? Semua perkara orang lain pula yang kena lakukan untuk dia. Nak apply kerja, kita kena uruskan. Resume kita kena buatkan. Nak naik bas, kita kena belikan tiket. Nak balik, kita kena berambil dan berhantar. Tidak mahu belajar naik bas. Tidak mahu belajar cara menulis resume. Semua perkara orang lain yang perlu uruskan. Bila melibatkan sesuatu perkara yang kita tidak tahu, kita boleh merujuk pada orang lain. Nak tulis resume? internet kan banyak contoh.

Bila kita tidak tahu sesuatu lah, kita harus belajar. Peluang untuk kita menambah ilmu pada diri. Bukan hendak berkira tetapi belajar lah bila melibatkan sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Bukan sesuka hati meletakkan sepenuhnya pada orang lain. (Emosi pulak)

Umur 21, kecil lagi kah? Wajarkah tidak tahu menaiki bas? wajarkah tidak tahu menulis resume?

"Lelaki memang lambat matang" Inilah ayat yang membuatkan ramai lelaki lambat matang! Susah nak matang. Sebab semua orang layan sebegitu.

Tetapi bab mencari kekasih, terlebih matang pula. Apa kejadahnya semua ini???

Fifi Fairuz Fuyooo Melaporkan edisi teramat serius ini.

Takde la, pius takde lah marah cuma..... yela, dah besarkan. Kita sepatutnya dah boleh buat banyak perkara asas tanpa bantuan. Cuma kadang-kadang kita ni malas berpikir, malas nak pikir solusi. Yang kita tahu, nak senang sahaja. Orang lain pun belajar bila nak buat sesuatu yang mereka tidak tahu. Tidak pandai berkomputer, belajar. Tidak tahu buat sushi, belajar. Tidak tahu menulis, belajar. Tidak tahu memasak, belajar memasak. Tidak tahu cara nak balik kampung di kedah, google. Haaa.. kan senang. Malas je sebenarnya punca dia.

Kalau kita nak senang, upah PA. Bayar tiap-tiap bulan. Upah driver, bawa pergi mana-mana.

pss: entry ini telah diperam selama 6 bulan lamanya dan ditulis dalam keadaan sangat beremosi. haha. sekian berita jam 12.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni selalu sangat skip makan tengahari. Malam jangan tanya, pukul 10 kot baru nak makan. Itupun kalau ingat nak makan la.Bila dah duduk depn komputer memang perut ni rasa kenyang jela. Makan kerja agaknya.

Sebenarnya pius ada lagi dua kerja tak setel tapi hati ni rasa malas yakmat nak buat. Asyik pikiaq pasal glow in the dark je. Parah sorang ni.

Sob sob sob.... pikiran ni kenapa ya asyik fokus dekat bintang je. Tensi pulak jadinya selagi tak capai hasrat di hati. Haha.. berhasrat betul tu.

Sabtu dan ahad lepas kakak pius kahwin. Nikah buat rumah nenek which is rumah lama, bilik pius dulu. After majlis kengkonon la rajin nak mengemas rumah nenek. Kengkonon... padahal datang masuk bilik terus tidur. Hahaha. Pukul 12 malam baru terjaga. Penat kot, da lama tak beraktiviti ( baca-malas senam)

Okay la, decide tidur je situ esok baru balik. Tutup lampu.

Eh, bintang! Rinduuuuuuuuuuuui. Terlupa pulak bilik ni ada bintang. Hasil kojer fairuz jaafar. Dulunya bilik tu ada banyak bintang, penuh satu syiling la senang cakap. Setiap hari lepas balik sekolah rendah, mesti singgah kedai tepi jalan beli bintang kecik-kecik sepeket 20sen. Adalah dalam 20pcs satu pek. Memang tu la bintang paling kecik pius pernah jumpa setakat ni.

Sampai rumah kedegung kedegang bunyi syiling bilik aku tu. Yolaaa, pendek kan. Tak sampai nak lekat bintang tu. Aku ambik jela penyapu, letak star tu kat hujung then lompat. Hahaha, melekat la star tu kat syilling. Sampai penuh semua ruang. Suka tahap super saiya!

Sampai la aku dh besar, tetiba pulak mak oden nak menyapu cat satu bilik termasuk syiling. Sekali dengan bintang-bintang kena cat.

Mental breakdown..... haha

Time tu tak jumpa lagi dah bintang saiz mikro. Mana-mana tempat pius pergi semuanya bintang saiz besar. Beli jugak tu. Kasi hati puas. Asalkan nampak macam star.
Tapi harini nak jugak star saiz mikrooooo. Bilik pius yang super duper gelap ni mesti sangat best kalau ada bintang. Habis satu internet aku jelajah tak juga jumpa dekat mana boleh beli. Omputih tu adalah tapi cas pos je dah RM80 henget. Apa kejadahnya. Semalam cari dekat mall, ado yang besar gabak je.
Hurm, boleh kot guna pen glow in the dark.

Kena cari kedai art ni.

Persoalannya macam mano nak titik kat syiling. Pinjam tangga bomba leh?

Assalamualaikum, hai

Memang malam ni takde angin, harapkan kipas je. huhu. Alhamdulillah :) selesai sudah majlis akad nikah dan bersanding kakak kepada fairuzjaafar pada 21 dan 22 mac. Amboi senggih memanjang je dia. Atas permintaan pengantin yang tidak mahu gambarnya bertebaran di laman sosial maka tiadalah gambar beliau yang pius upload di facebook mahupun di sini :)

Jumaat malam dah berkampung di rumah nenek menyiapkan apa yang masih belum selesai. Sempatlah pius mop lantai juga tonyoh bilik ayo. Oh! saya tolong buat sirih junjung jugak! haha. Selalu bab hantaran mak yang uruskan, so kira first time la buat sirih junjung. Okay dah boleh buka tempahan. haha.

Tengah sibuk mengemas tiba-tiba dari kejauhan *eceh* terdengar suara nenek. Tajuknya "tiada angin". Kebetulan waktu tu berangin sampai terbang-terbang langsir. Apa yang takde anginnya? langsir tepi pelamin sampai terkoyak terkena kipas sebab angin. Okay, fine............. mengata aku rupanya! haha. Malas nak layan. Berdasarkan pengalaman, kesemua akak pius yang dah kahwin tak kenal lama pun dengan husband. Kenal kejap terus kahwin. So? kesimpulannya tak payah mencari. haha.

Ada juga anginnya, tapi kejap je pastu aku dah malas. Haha. boleh tak?

Nak taknak, kali ni pius kena juga jadi pengapit. Tahun lepas dah lari, terpaksa kak long ganti. tapi kali ni non ado! dengan alasan orang dah kahwin tak sesuai jadi pengapit. Terpaksa la kita interframe kejap. Gambar selfie malam nikah banyak dekat handphone kak long. tak dapat la belanja gambar selfinot. Esok lusa la kalau ingat.

Diy back drop

Assalamualaikum, hai. Arigato sayonara.

Huahhhh lamanya tak buka blog! Tiba-tiba ada comment dari Hanis Kamal Bakar! Serius Hanis Kamal Bakar?? Rasa nak senyum sampai telinga kalau ya Hanis yang comment. Dari seorang yang pemalas, terus esok pagi nak ke taman kepong bersenam dan berareobik bagai semata hati gembira. Haha.

kalau bukan pun takpela.. kan ku setia senyum sampai telinga. Huhu. Eh, nak senyum!! Hehehe :)

Klik : Profile Hanis Kamal Bakar
Klik : Entry Special Hanis Kamal Bakar

Okay, nak sambung cerita pius. Walaupun kalian taknak baca, kan ku karanginya jua. haha. Lama pius tak mencatat segala aktiviti dekat blog. Hehe. Seakan malas pun ada.

Baru-baru ni pius ke Seminar Usahawan Asas Tani di Melaka. Walaupun macam tiada kena mengena tapi tetap juga pius pergi. Orang jemput kita datang la. kan. Memang pius sorang je tersesat dekat situ. huhu. 99.9% peserta adalah usahawan asas tani. Giler jeles tengok orang lain buat produk makanan!!! terus rasa nak buat jugak. hahahaha.

Banyak produk mereka yang dah masuk ke pasaraya besar dan tak kurang jugak yang dah bertapak di luar negara. Sungguh jeles hamba. Dan tak terkecuali Usahawan yang diberi ujian seperti kemusnahan kilang akibat kebakaran.

Banyak ilmu berguna yang pius dapat walaupun jauh beza percetakan dan pertanian. Allah beri ilmu mesti ada sebabnya kan. Mana tahu sebagai persediaan. hehe. Paling best dapat berkenalan dengan rakan usahawan dari bidang berbeza. Bestnyaaa!!

Seminar berlangsung selama 3 hari di Hotel Avillion Legacy, Melaka.


Tak puas hati dengan hotel ni, huhu ^_^" Setiap kali lepas seminar, kena turun lobi dulu untuk renew kad bilik. Then baru boleh masuk. Telefon bilik malam tak berfungsi, kena pergi telefon di ruang legar pulak. Ayoo..

Cik, boleh saya dapatkan seterika? telefon diruang legar

kerusi terbaik, hehe
 Best kerusi ni, empuk dan boleh buat tidur. hehe.  Baca buku pun layan.... belikan satuuuuu!


Time ni customer ramai yang whatsapp tanya itu ini. Muka senyum jeeee. Aura negeri melaka tinggi sikit kot, hehe. Pindah Melaka la macam ni :)

Pius: Tahun penghabisan dan pemulaan!
Powered by Blogger.